“ PENIPU BESAR BILA KAU KATA KAU TAK PERNAH BERUBAH”




Assalamualaikum.. Wah, keraskan tajuk MO pada entry kali ni. Ermmm…Setiap hari akan ada perubahan kecil pada diri kita. Siapa yang kata “aku masih sama macam dulu, tak ada apa yang berubah” dia penipu besar. Mana boleh kata macam tu sedangkan setiap hari kita berubah. Kita semakin tua. Kita semakin matang. Kita semakin hampir dengan hari pengakhiran. Kita semakin dekat dengan kematian. Masihkah kita beranggapan bahawa kita tidak berubah????
Mungkin sikapnya tidak berubah. Tapi masih samakah sikap di usia 10 tahun dengan sikap ketika berusia 20 tahun. Masih samakah sikap ketika berusia 30 tahun dengan sikap ketika berusia 50 tahun??? Masih samakah???? Rasanya mungkin tidak. Patsti ada perubahan sedikit sebanyak. Kerana perubahan hormon akan mempengaruhi cara kita berfikir dan sikap kita. Mungkin semasa kecilnya dia seorang pemarah tetapi menjadi lebih penyabar apabila semakin dewasa. Mungkin dia dikenali sebagai budak nakal dan samseng jalanan semasa zaman persekolahannya tetapi berubah menjadi seorang kaki masjid ketika usia senjanya.
Setiap hari kita akan melalui satu proses pembelajaran yang tak akan pernah habis. Percayalah setiap hari kita belajar benda baru dan kita berubah seiring dengan usia kita. Baiklah, MO nak kongsikan sebuah kisah dengan anda semua. Kisah mengenai sebuah cawan yang sangat cantik. Namun ada kisah di sebalik kecantikan cawan tersebut.

Jom Baca….
Sepasang datuk dan nenek pergi ke sebuah kedai cenderamata untuk mencari hadiah buat cucu kesayangan mereka. Kemudian mata mereka tertuju kepada sebuah cawan yang sangat cantik. "Lihat cawan itu, cantik kan," kata si nenek kepada suaminya. "Kau betul, inilah cawan tercantik yang pernah aku lihat," ujar si datuk. Pada ketika mereka mendekati cawan itu, tiba-tiba cawan yang dimaksud berbicara,
"Terima kasih untuk perhatian anda, dulunya aku tidak cantik. Sebelum menjadi cawan yang dikagumi, aku hanyalah selonggok tanah liat yang tidak berguna. Namun suatu hari ada seorang pembuat tembikar dengan tangan kotor melempar aku ke sebuah roda berputar. Kemudian ia mulai memutar-mutar aku hingga aku merasa pening. Stop ! Stop ! Aku berteriak. Tetapi orang itu berkata, 'Belum !' Lalu ia mulai menyodok dan meninju aku berulang-ulang. Stop! Stop ! teriakku lagi. Tapi orang ini masih saja meninjuku, tanpa menghiraukan teriakanku. Bahkan lebih buruk lagi ia memasukkan aku ke dalam api. Panas! Panas ! Teriakku dengan kuat. Stop ! Cukup ! Teriakku lagi.Tapi orang ini berkata, 'Belum !' Akhirnya ia mengangkat aku dari api itu dan membiarkan aku sampai sejuk.

Aku fikir, selesailah penderitaanku. Oh ternyata belum. Setelah sejuk aku diberikan kepada seorang wanita muda dan ia mulai mewarnai aku. Asapnya begitu memualkan. Stop ! Stop ! Aku berteriak. Wanita itu berkata, ' Belum !' Lalu ia memberikan aku kepada seorang lelaki dan ia memasukkan aku sekali lagi ke api yang lebih panas dari sebelumnya ! Tolong ! Hentikan penyiksaan ini ! Sambil menangis aku berteriak sekuat-kuatnya.Tapi orang ini tidak peduli dengan teriakanku. Ia terus membakarku. Setelah puas "menyiksaku" kini aku dibiarkan sejuk. Setelah benar-benar sejuk seorang wanita cantik mengangkatku dan menempatkan aku dekat kaca. Aku melihat diriku.Aku terkejut sekali. Aku hampir tidak percaya, kerana di hadapanku berdiri sebuah cawan yang begitu cantik. Semua kesakitan dan penderitaanku yang lalu menjadi sirna tatkala kulihat diriku."

Datuk dan nenek itu terdiam membisu.


Pengajaran:

Seperti inilah kehidupan membentuk kita. Dalam perjalanan hidup akan banyak kita temui keadaan yang tidak menyenangkan, sakit, penuh penderitaan, dan banyak air mata. Tetapi inilah satu-satunya cara untuk mengubah kita supaya menjadi 'cantik'.

Jangan lupa bahawa cubaan yang kita alami tidak akan melebihi kekuatan kita. Ertinya tidak ada alasan untuk tergoda dan jatuh dalam dosa apabila kita sedang menghadapi ujian hidup, jangan kecil hati, kerana Tuhan sedang membentuk kita. Bentukan-bentukan ini memang menyakitkan tetapi setelah semua proses itu selesai. Kita akan melihat betapa cantiknya Tuhan membentuk kita untuk kehidupan yang lebih baik dan bermakna di hari kemudian dan hari pembalasan (akhirat).

So, sama2 kita renungkan diri kita. Jangan mengeluh dengan ujian yang menimpa kerana ujian itu akan membuatkan kita menjadi lebih kuat dari sebelumnya..


Selamat berjuang dan semoga semakin tabah dalam menghadapi ujian hidup.
Sekian wassalam.


14 Pesanan:

@mel said... [Reply]

as'salam MO..

"sedangkan pantai yg besar tu pon berubah di sebabkan masa..

inikan pulak hati kita manusia yg kecik nih"

Dzu Aamal said... [Reply]

follower kiter hampir sama jumlah .
tak jumpe shoutbox, tinggalkan jejak kat cni pun oke la kan :)

shahjiehan said... [Reply]

berubahlah wpon sedikit..kan kan

misznanarizal said... [Reply]

thanx!motivasi pagi untuk hri ini =)

Fasihah Supian said... [Reply]

Salam MO...xkan lah xberubah....lagipun sepatutnya hari ini lebih baik dariopada semalam kan...

Muslimah Optimis said... [Reply]

@@mel

Wassalam.. betul tu papa khai... kita berubah setiap hari malah setiap saat

Muslimah Optimis said... [Reply]

@cik Ladies

ok saja

Muslimah Optimis said... [Reply]

@shahjiehan

betul tu SJ

Muslimah Optimis said... [Reply]

@misznanarizal

u r most welcome

Muslimah Optimis said... [Reply]

@FasiHaH SupiaN

Wassalam.. betul tu, hari ini lebih baik dari semalam dan esok harus lebih baik dari hari ini

ahmad firdaus said... [Reply]

aimaa... along terime kasih untuk hadiah hari jadi along ni... :).. terharu n tersentuh dengan membaca cerita ni...

serius ly, tak pernah terfikir...
terime kasih kerana mengingatkan along..
harap2 selalu la mengingatkan along ek... :)...

Muslimah Optimis said... [Reply]

@ahmad firdaus

sama-sama along... sama-sama meningatkan okeh..rajin2 la jenguk blog aima..heheh..insyaAllah akan ada perkongsian2 menarik dan bermanfaat

Kumiko Ryou | Farah Amira said... [Reply]

skali air sungai melimpah..sekali pasirnya pun berubah..urm...2 la kn..stiap 2 mst ad yg brubah..:)

Ce'gu JAERA said... [Reply]

tiada kejayaan tanpa usaha dan liku2 hidup yang perlu ditempuhi... Thanx atas perkongsian ini