Review Buku => BUMI CINTA


Assalamualaikum semua sahabat pembaca Laman Muslimah Optimis. MO nak habaq satu perkara penting mengenai diri MO. Perkara apakah itu??? Teeettttttt… MO suka membaca dan membaca merupakan hobi MO disamping hobi lain. Hobi lain tu apa dia?? Ermmm.. MO suka main game, tidoq (dah hari-hari buat kira hobi la kan, sapa kat sini tak suka tidoq habaq mai kat cek. Menderita kot kalau tak dapat tidoq semalaman), tengok drama @ movie tapi tengok dalam lappy @ TV ja, nak pi panggung sayang duit la. Lagi MO suka pi jalan-jalan dan join program kebajikan. Uihhhh, banyak pulak hobi MO yer.. Ok, tak mau cerita pasai hobi tapi MO nak review sebuah novel ilmiah.

Judul Novel : BUMI CINTA
Karya : Hebiburahman El-Shirazi (seorang penulis hebat dari Indonesia).
Bil Halaman : 722 m/s



Walaupun dah banyak novel @ buku MO baca. Banyak tak banyak sangat tapi dah puluhan novel malah mungkin dah ratusan sejak MO mula pandai membaca, MO tak pernah nak buat review buku, jadi kali ni MO nak buat review buku dan insyaAllah selepas ni akan lebih banyak review buku yang akan menyusul. MO tak berapa nak suka sebut novel la sebab banyak ilmu dalam tu bukan kisah ciptaan kosong macam sesetengah novel lain. MO ni memilih sikit kalau nak baca novel pun, kalau setakat kisah-kisah cinta biasa dah jemu baca (jalan cerita lebih kurang sama saja). Tu zaman-zaman sekolah boleh la, la ni dah matang sikit, bahan bacaan pun perlu lebih berat.

Buku Bumi Cinta ni kalau tengok cover dia sangat tak menarik dan suram (bagi MO la) tapi isi kandungan buku ni Subhanallah sangat membuatkan MO kagum kepada penulisnya. Bukan senang bagi seorang penulis menghasilkan sebuah novel ilmiah sebegini, memerlukan kajian yang mendalam kerana ia melibatkan hukum-hukum islam.

Bumi Cinta mengisahkan mengenai seorang lelaki Indonesia bernama Ayyas yang menjelajah ke sebuah negara bukan Islam yang sangat tinggi kadar pelacuran dan pornografi. Ayyas sedang melanjutkan pengajian di peringkat sarjana dan beliau ke Rusia atas sebab mahu menjalankan kajian mengenai sejarah Islam di Rusia. Pelbagai ujian yang dihadapinya namun Allah itu Maha Adil. Dia menguji hamba-hambanya yang selayaknya diuji. Di Mexico dan dia terpaksa tinggal bersama dengan dua orang rakan serumah berlainan jantina yang seorang bekerja sebagai pelacur kelas atasan (Yelena yang tidak percaya wujudnya Tuhan) dan seorang lagi bekerja sebagai wartawan dan pada masa yang sama merupakan ejen Mosad (Linor).

Ayyas juga terpaksa berhadapan dengan Penyelia kajiannya yang juga seorang perempuan cantik yang memegang kuat dengan ajaran Kristian (Dr. Annatasia Palazzo). Dr. Anatassia banyak menimbulkan persoalan mengenai agama Islam kepadanya sehingga namun semuanya dijawab dengan tenang dan tersusun. Disebabkan satu peristiwa dia dijemput menjadi panel ganti bagi diskusi Tuhan Era baru dan apabila dia berbicara mengenai agama dan Tuhan yang dia sembah, maka semua orang terpaku dengan hujahnya. Hujahnya menjurus kepada pakar-pakar pengkaji barat yang tidak percaya pada agama dan akhirnya menjadi Muslim sejati kerana kajian yang mereka buat menemukan mereka dengan sesuatu yang telah tertulis di dalam al-Quran. Disebabkan sambutan yang sangat hangat, stesen TV di sana menjemput Dr. Annatasia dan Ayyas untuk menjadi panel jemputan dalam rancangan yang diterbitkan oleh TV Rusia. Pada masa yang sama Linor telah merancang pengeboman sebuah hotel dan menjadikan Ayyas sebagai orang yang disyaki melakukan pengeboman dan Allah itu Maha Adil, pada masa bom meletup Ayyas sedang bersiaran dan dia terlepas daripada tuduhan tersebut.

Pada masa yang sama Linor pulang ke kampung halamannya dan dia bertemu dengan ibunya yang semakin dimamah usia. Ibunya seorang bekas sukarelawan Palestin. Linor hanyalah anak angkatnya namun dia mengasuh Linor saling tidak tumpah seperti anaknya sendiri kerana dia dan mendiang suaminya tidak mempunyai anak. Suaminya merupakan ejen Mosad dan Linor juga dilatih supaya menjadi ejen Mosad sehingga menjadikan Linor seorang yang sangat cekap. Semasa dia berada di rumah, ibunya telah menceritakan satu rahsia besar yang mana Linor sebenarnyaa adalah seorang anak kepada wanita Palestin yang mati syahid. Namun diasuh oleh seorang yang berbangsa Yahudi menjadikan dia seorang Yahudi yang patuh. Namun pada suatu hari dia ternampak ibu angkatnya bersolat dan membaca Al-Quran, dia bertanya adakah ibunya kini seorang Muslim dan ibunya menjawab “Ya”. Dia tidak mampu berkata apa-apa kerana Islam adalah agama yang paling dibencinya namun akhirnya dia mula menerima Islam dan dia mula mengkaji mengenai Islam sehinggalah dia menjadi Muslimah yang solehah kerana dia sememangnya berdarah Palestin dan bukannya Yahudi.

Yelena yang tidak percayakan Tuhan juga telah menerima hidayah dan menjadi Muslimah solehah kerana satu peristiwa yang hampir-hampir meragut nyawanya. Dikala dia terlantar kerana dibuang di celahan salji pada suatu malam yang dingin, hati kecilnya meminta bantuan Tuhan dan akhirnya dia ditemui oleh seorang wanita tua yang juga pengamal Kristian Ortodoks serta dibantu oleh Ayyas. Akhirnya dia percayakan Tuhan itu ada dan hanya Allah yang wajib disembah.

DI akhir cerita dikisahkan Linor datang melamar Ayyas dan Ayyas yang pada mulanya ragu-ragu akhirnya berhasrat mahu menerima Linor sebagai pasangan hidupnya, namun belum sempat dia memberi kata putus Linor ditembak.

Kesudahannya???? Bacalah kalau nak tau. Hehehe

Cerita yang memang best dan banyak pengajaran. Tak rugi kalau kita baca.

MO juga baru sahaja selesai membaca sebuah novel Pembentangan Perbandingan Antara Islam dan Kristian : Isabella karya Maulana Muhammad Saeed Dehlvi (terjemahan dari bahasa Urdu) tapi buku ni lebih nipis hanya 336 m/s. InsyaAllah buku kedua yang akan MO review adalah Novel Isabella.

Dan kini MO sedang berusaha untuk menghabiskan bacaan Buku Kembara Atiq Wazif Satu Anugerah karya Hasan Suyut. Entah bila nak habis baca buku ni tak tau. Jurnal pun banyak nak kena baca ni. Ermmmm..mudah-mudahan dipermudahkan segala urusan. Ameen.

Tips MO baca novel @ buku non-academic tanpa menganggu urusan seharian:


Nak tau ka???? InsyaAllah MO akan maklumkan dalam next entry okeh…


p/s :
Kalau budak-budak UM yang nak pinjam buku-buku MO sangat dialu-alukan. 
MO tak kedekut nak pinjamkan dengan syarat jaga elok-elok dan pulangkan dalam keadaan baik. 
Kita boleh runding.

Sekian wassalam.

8 Pesanan:

kubiey AkhmAL said... [Reply]

I read this novel and it is indeed a very interesting novel. A pleasant reading just like expected from Hebiburahman.

Tapi .. Ending dia macam tergantung je... hehe .. kan? Kan? Kan?

http://konspirasikubiey.blogspot.com

shahjiehan said... [Reply]

tahniah!! genggam bara api biar smpai jdi abu!! genggam keyboard dan mouse biar smpai jd scroll box!!!!

Muslimah Optimis said... [Reply]

kubiey AkhmAL : bukan macam tergantung tapi memang tergantung pun..heheh. mb ada sambungan bumi cinta 2 sama macam karya beliau ketika cinta bertasbih 1 yang memang tergantung...

Muslimah Optimis said... [Reply]

SJ : xpayah la genggam SJ jz sentuh je keyyboard n mouse..hehehe..tq cikgu SJ..hehe

fRaMe+LenSeS said... [Reply]

ampa penah cita sal novel ni kat kami kan? nak pjm.. hehehe.. :D

hadi Saaidin said... [Reply]

nak pinjam gak MO. jika ilmu itu ibarat setitik nila didalam belangan susu, maka rosaklah susu sebelanga akibat warnyanya itu. :)

Muslimah Optimis said... [Reply]

@fRaMe LenSeS

boleh2..xdak masalah.. nanti kita jumpa kami bawak kat ampa..syarat jaga baik2 na..

Muslimah Optimis said... [Reply]

@hadiee

jauh sangat nak bagi pinjam..huhu..jauh sangat