Assalamualaikum.
Kalau hari tu MO pernah join
contest cerpen sesedap rasa dan alhamdulillah menang cerpen paling serius..
ni saja nak buat cerita segmen Mr. BA pulak.
Tajuk :
Tiada Siapa Boleh Melawan Takdir.
Watak-watak Utama :
Hero a.ka. Abang a.k.a Iqbal
Heroin a.k.a Zue
5 Watak penjahat :
Watak Tambahan :
Jom baca sama-sama
“Ibu, Ibu tengah buat apa tu, sampai abang duduk dekat sini pun Ibu tak perasan,” tegur Iqbal kepada Ibu Juja.
Ibu Juja tidak menjawab. Tangannya ligat menyiang ikan. Iqbal melihat dengan penuh tanda tanya.
‘Apa yang tidak kena agaknya,’ monolong Iqbal sendirian. Setahunya sebelum ini Ibunya tidak pernah berperangai pelik macam ni. ‘aku ada buat salah kat Ibu ke sampai Ibu terasa hati?’. Iqbal terus bermain-main dengan perasaannya sendiri. Dia hairan dengan tingkah laku pelik Ibunya.
“Kalau Ibu busy tak pelah, abang nak keluar sekejap Ibu, nak pergi kedai beli topup,” bisik Iqbal di telinga Ibunya.
Iqbal bergerak keluar dari ruang dapur. Dia mahu ke kedai Ah Beng a.k.a Ben Ashaari. Di kampungnya, Kedai Ah Beng sangat popular. Segala benda ada dijual di situ. Dah seperti supermarket. Namun tuan kedai yang dipanggil sebagai Uncle Ah Beng sangat peramah. Dia tidak lokek dengan senyuman walaupun usianya sudah menjangkau 90 tahun. Uncle Ah Beng masih kuat dan bertenaga. Teringin pula Iqbal mengetahui rahsianya. Namun hasratnya itu terpaksa dimatikan begitu sahaja memandangkan pelanggan di kedai sentiasa ramai.
Tidak sempat dia membeli topup tiba-tiba dia dia terdengar bunyi siren polis.
“Ish, dah pukul berapa ni?” kata Iqbal sambil menggosok-gosok matanya. Rupa-rupanya siren polis itu adalah bunyi jam penggeranya. Dia tidur dengan nyeyak sekali sehinggakan dia tidak sedar jam penggeranya yang disetkan pada jam 5.45 pagi. Hanya selepas 45 minit barulah rohnya kembali ke jasadnya semula. “MasyaAllah, dah jam 6.35 pagi,” tanpa berlengah Iqbal terus menuju ke bilik mandi, menggosok gigi dan mengambil wudhu. Dia mahu menunaikan kewajipan kepada penciptanya. Dia tidak mahu terlepas jam 7.00 kerana akan masuk waktu syuruk nanti. Solat ketika waktu syuruk adalah haram. Kata para ilmuan agama, menunaikan solat ketika waktu syuruk adalah haram kerana ibarat solat di antara dua tanduk syaitan. Orang yang soat pada waktu ini juga samalah seperti menyambah matahari. Jadi, Iqbal mengambil langkah berjaga-jaga. Dia tidak mahu subuhnya terlambat.
‘Eh, tadi macam aku jumpa Ibu,’ dia memandang ke sekeliling. Dia berada di kolej kediaman bukan berada di rumah. Tiba-tiba hatinya di ketuk sayu. Dia rindukan eIbuknya. ‘Astagfirullah, aku mimpi rupanya’
“Ibu, abang rindukan Ibu. Ibu sihat-sihat di sana ya, abang takkan kecewakan Ibu. Tahun depan abang konvo Ibu. InsyaAllah, anak Ibu ini dapat cemerlang Ibu,”
Itulah rutin Iqbal setiap pagi. Dia akan bercakap sendirian. Bukan kerana dia gila, namun dia merasakan seperti Ibunya ada berdekatan dengannya. Tambahan pula pagi itu dia hanya bersendirian di bilik. Dua orang rakan sebiliknya tidak ada di bilik. Mereka mengikuti program anak angkat di Felda Jengka. Hanya dia tidak terlibat kerana dia bukan ahli Angkatan Kejuruteraan Islam, Universiti Malaya (AKIUM).
Lantas, dia mengambil tafsir al-Quran dan dia membacakan ayat-ayat suci al-Quran. Dia mahu hadiahkan kepada junjungan besar Rasulullah dan keluarga serta kepada orang yang terdahulu yang meninggalkan alam fana ini terutama kepada Ibunya.
Iqbal juga teringatkan ayahnya di kampung. Kata Ibunya, ayahnya berasal dari Sabah. Sebelum berkahwin dengan Ibunya, ayahnya merupakan seorang paderi di salah sebuah gereja di Sabah. Namun kerana rasa cinta kepada Ibunya ayahnya telah meninggalkan agama lama dan berkahwin dengan Ibunya serta menganut agama Allah. Tetapi rasa cinta yang dibina terputus di tengah jalan apabila adiknya meninggal di dalam kandungan.
Dia masih ingat, pada ketika itu dia berumur sembilan tahun. Ibunya mengandung. Dialah orang yang sangat gembira kerana akan mendapat adik baru. Semua ahli keluarganya memanggilnya dengan panggilan abang. Dia sendiri yang mencadangkan begitu. Dia tidak sabar mahu mendapat adik. Abang Long dan Kak Ngahnya juga begitu. Setiap hari mereka akan berkumpul ramai-ramai dan mengusap-ngusap perut Ibunya sambil membaca Quran. Dia yang masih kecil pada ketika itu hanya membaca surah-surah pendek di dalam Muqadam.
“Ibu, bila adik akan lahir Ibu,” Iqbal bertanya kepada Ibunya pada suatu petang.
“Abang tak sabar nak dapat adik ke?” soalannya dijawab dengan soalan oleh eIbunya.
“Ala, abang tanya Ibu la, mana boleh Ibu tanya abang balik. Tak acilah macam ni,” kata Iqbal sambil mencebik wajah.
“Abang merajuk ye, abang mana boleh merajuk. Kalau abang kuat merajuk sapa nak jaga adik bila adik lahir nanti,” pujuk Ibunya.
“Mana ada merajuk la Ibu. Abang kan hero. Anak lelaki mana boleh merajuk kan Ibu,” dia berkata begitu sambil memeluk belakang eIbunya.
“Pandai anak Ibu ni ye,” kata Ibunya sambil menggosok-gosok kepala Iqbal.
Akhirnya persoalan mengenai kelahiran adiknya hanya terbiar begitu sahaja. Dia merasa rindu kepada Ibu dan adiknya. Tetapi Allah lebih sayangkan mereka berdua.
Dia teringat lagi bagaimana Ibunya mengadu bau busuk di dalam rumah. Penat abang long dan Kak ngahnya mencari bangkai di dalam rumah. Namun tidak berjumpa. Dia juga sibuk mencari kalau-kalau ada bangkai tikus yang terperangkap di dalam rumahnya. Hampa. Mereka tidak berjumpa apa pun. Pada masa ini, ayahnya tidak ada kerana ayahnya mengikut rombongan tabligh. Setelah menganut agama Islam, ayahnya tidak lekat di rumah, asyik ikut jemaah saja. Kadang-kadang Ibu merungut juga.
Dia pernah terdengar perbualan antara Ibu dan ayahnya suatu ketika dulu.
“Abang, Juja mengandung dah masuk tujuh bulan bang, takkan abang tak boleh nak duduk rumah, main dengan anak-anak,” Ibu Juja meluahkan rasa hatinya.
“Abang bukan pergi berfoya-foya Juja, abang pergi berdakwah. Terima Kasih Juja sebab perkenalkan abang dengan agama yang syumul ni. Alhamdulillah,” kata ayahnya menenangkan Ibunya yang kelihantannya amat berat hati mahu melepaskan ayahnya pergi pada hari itu.
“Alhamdulillah, Allah gerakkan hati abang dan Juja untuk menjadi salah seorang pejuang di jalan Allah. Juja jangan la risau, abang bukan pergi berperang, InsyaAllah abang selamat. Jaga anak kita baik-baik. Anak ni amanah Allah,” lantas dia mengucup ubun-ubun isterinya tercinta. Wanita itulah yang mengajarnya mengucap, wanita itulah yang memperkenalkan dia dengan Islam.
“Abang Long, Kak Ngah, abang, ayah nak pegi dah ni, cepat salam,” kata Ibu Juja kepada anak-anaknya.
Ketiga-tiga mereka menghampiri dan menyalami ayah mereka. Suasana di tepi pintu kayu itu sangat syahdu. Si Ayah memeluk cium anak-anaknya seperti mahu pergi jauh. Anak-anaknya juga seperti tidak mahu melepaskan ayah mereka pergi. Namun tiada air mata yang mengalir.
“Perjuangan ini bukan kita yang mulakan dan bukan kita juga yang mengakhirkannya. Hiduplah untuk berjuang dan jangan bazirkan air mata jika bukan menangis kerana Allah,” kata ayahnya sebelum pergi. Lantas mereka berpelukan anak beranak.
“Anak-anak ayah semua, jadilah khalifah yang tidak pernah kenal erti putus asa berjuang di jalan Allah ya. Jadilah mujahid yang sentiasa berusaha mengangkat martabat agama Islam. InsyaAllah, kita akan berjumpa lagi. Jangan lupa solat tau,” pesan ayahnya.
Panjang nasihat si ayah. Ketiga-tiga si anak hanya mengangguk tanpa sebarang kata. Selepas bersalam-salaman, Si ayah meninggalkan perkarangan rumah dengan jiwa yang tenang. Sempat si ayah menoleh sekali sebelum benar-benar hilang dari pandangan dengan sebuah waja hitam.
“Juja, jaga anak kita baik-baik, merekalah bakal pejuang di jalan Allah,” itulah kata-kata terakhir ayahnya sebelum ayahnya pergi.
“Baik, bang,” Ibu Juja hanya mampu menjawab dua patah kata itu. Dia masuk ke dalam sambil mengelap air jernih yang turun dari matanya. Dia sebak. Hanya dua bulan sebelum dia melahirkan, suaminya berpergian lagi.
“Ibu, Ibu nangis ke?” tanya Abang Long. Kak Ngah dan Abang hanya menjadi pemerhati terhormat. Mereka hanya mendiamkan diri. Namun secara perlahan-lahan mereka mendekati ibu mereka dan memeluk ibu mereka dengan erat.
********
“Apa yang bau busuk-busuk ni,” tegur Ibu Juja. Pada masa ini mereka sekeluarga sedang menonton televisyen. Walaupun si ayah tiada bersama namun kehidupan mereka masih diteruskan seperti biasa.
“Mana ada bau apa-apa la Ibu, tadi Abang Long baru je buang sampah,” Abang Long cuba mempertahankan diri kerana sangkanya Ibunya hanya ingin memerli sampah belum dibuang.
“Ibu ada bau macam bangkai la, kot-kot bangkai tikus kot,” teka Ibu Juja.
“Ibu, rumah kita mana pernah ada tikus Ibu, lipas Kak Ngah pernah jumpa tapi bangkai lipas mana ada bau Ibu” kata Abang Ngah.
“Habis tu, apa yang Ibu bau busuk-busuk macam bangkai ni,” Ibunya mash belum berpuas hati dengan jawapan yang diberikan oleh anak-anaknya.
Persoalan bau busuk itu terjawab dua hari kemudian apabila Ibunya tumpah darah. Sangka mereka Ibu mereka akan melahirkan adik mereka tidak cukup bulan namun kata-kata doktor sangat menyentap jiwa mereka anak beranak.
“Maafkan kami. Kandungan puan tak dapat diselamatkan. Anak dalam kandungan puan telah meninggal lebih kurang dua minggu,” kata doktor Syuhada yang merawat Ibunya.
Hanya air mata yang menjawab persoalan doktor muda itu. Ibunya tidak bersuara sepatah pun. Apatah lagi sang suami tidak ada bersama untuk menenangkan jiwanya pada ketika itu.
Sehari kemudian mereka dikejutkan dengan berita yang lebih menyedihkan iaitu ibu mereka telah pergi buat selama-lamanya kerana mengalami pendarahan yang teruk semasa proses vacum dilakukan untuk mengeluarkan mayat adik mereka dari dalam perut.
********
“Abang, Kak Ngah, jangan sedih ya. Walaupun Ibu dengan adik dah tak ada tapi kita masih ada ayah. InsyaAllah ayah akan balik tak lama lagi,” pujuk Abang Long.
Pada masa ini orang ramai sedang memandikan jenazah ibu dan adik mereka. Namun ayah mereka tiada di sisi dan mereka tidak dapat mengenal pasti di mana kedudukan ayah mereka kerana telefon bimbit si ayah tidak dapat dihubungi. Hanya peti simpanan suara yang menjawab panggilan. Mereka buntu. Akhirnya jenazah ibu dan adik mereka disimpan di dalam satu liang tanpa kehadiran si ayah di sisi.
***************
Seminggu telah berlalu, dua minggu telah berlalu, sebulan, dua bulan sehingga dua tahun lamanya barulah ayah mereka pulang. Tapi kepulangan si ayah bersama lima orang yang tidak dikenali. Ayah perkenalkan mereka sebagai Do, Re, Me, Fa, dan So. Mereka juga memakai jubah sama seperti ayah. Yang perempuan memakai tudung dan berniqab. Ayah menjemput mereka masuk ke dalam rumah untuk diperkenalkan dengan isteri dan anak-anaknya.
Apabila tiba saat ayah bertanya pasal ibu, Abang Long, Kak Ngah dan Abang menjadi kelu untuk berkata-kata. Tiada suara yang keluar, hanya air mata menjawab segala persoalan. Si ayah masih tidak faham, tiba-tiba Puan Vee iaitu nenek mereka bertiga keluar dan menjelaskan keadaan sebenar. Fahamlah ayah mereka bahawa isteri yang dicintainya dan anak yang di dalam kandungan telah pergi meninggalkan dunia yang fana ini.
“Ayah kenapa muka kawan ayah tu ada parut macam kena hiris ja dekat pipi dia” tanya abang kepada Si Ayah.
“Jangan cakap kuat-kuat. Sebenarnya mereka berlima tu dulu pernah menculik ayah dan kawan-kawan ayah yang lain. Selama setahun setengah kami menjadi tawanan mereka. Dan selama itulah ayah dan kawan-kawan ayah berdakwah kepada mereka. Alhamdulillah, akhirnya Allah berikan mereka hidayah. Sekarang ni mereka juga dah mula berdakwah. Layan tetamu dengan baik, mereka dah berubah, InsyaAllah,” kata Si Ayah menjelaskan perkara yang sebenarnya.
Dollah atau DO pernah menjadi ketua lanun sebelum mereka kembali ke pangkal jalan. Hanya dua perempuan di dalam kumpulan mereka iaitu Fa a.k.a Fasihah dan So a.k.a Sofiah yang memasak dan melakukan tugas harian di dalam kumpulan mereka. Re dan Me pula adalah yang paling muda antara mereka semua. Nama Re mengikut kad pengenalan adalah Redzuan dan Me pula bernama Azmi. Segala kejahatan mereka dan dosa mereka telah terhapus apabila mereka bertaubat nasuha dan berjanji tidak akan mengulangi perbuatan lama lagi.
Iqbal tersedar daripada lamunan. Dia perlu bersiap-siap ke kelas. Dia telah berjanji untuk berjumpa dengan Zue di hadapan perpustakaan sebelum ke kelas. Dia mahu pulangkan nota Zue yang dipinjamnya. Walaupun dia tidak pernah memaklumkan isi hatinya kepada Zue namun dia selalu berdoa di dalam hati bahawa Zue adalah wanita yang Allah ciptakan untuk hidup bersama-sama dengannya sehingga ke syurga. Dia mahu menjadi seperti cinta Saidina Ali kepada Saidatina Fatimah. Dia hanya akan melamar Zue setelah dia benar-benar bersedia dan apabila dia menamatkan pengajiannya nanti.
p/s :
1. Berjuanglah menegakkan agama Allah. InsyaAllah tidak ada ruginya
2. Hidayah itu milik Allah dan Allah berhak memberinya kepada sesiapa sahaja, jadi jangan suka mengata orang mungkin dia akan menjadi lebih baik daripada kita setelah dia diberi hidayah.
sekian wassalam
42 Pesanan:
salam MO~
nice lah jalan cite..ada nilai dan manfaat..:)
jemput baca cerita saya juga~ ;)
TUAN DIREKTOR! PILIH KASIH EH!!
bes la.tapi cerita macam....erm...asa macam tergantung..pengolahan tu kena up sket... anyway nice work =) jeles kat awak sebab pandai menulis =)
semoga juja dapat jadi ibu yang baik suatu hari nanti...insyaallah~
cerita yang sangat menarik dear... :)
@Sunah Mohammad
wassalam.. tq
@misznanarizal
tq...sebab sudi baca.. aha, memang agak tergantung sebab rushing nak habiskan penulisan tadi sebab kul 9 tadi ada event...jap lagi nak edit sikit2 bahagian penutup...tq atas kritikan
@cik juja mafia
insyaAllah juja
@a n a . i z z t y
terima kasih
thanks..sedih tambah ader ciri cinta islamik....ump...tq jd watak heroin
tu dia.... 5 komen die kebas.. hahhaha
jom baca dan komen ! !shahjiehan [dot] com ! !: Rahsia Solat di Awal waktu.
best x?? smabil bw bleh tinggalakan komen cam ni kan.. kan
jom baca dan komen ! !shahjiehan [dot] com ! !: Tutorial tinggal kan link pada Komen
due dalam satu
sambil bercerite sambil dakwah
nice
ingat-mengingati
thanks mo jadikan iqbal watak utama... =)
banyak pengajaran cerita ni..rasa nak nanges pun ada..huhu
nice story MO..byk elemen2 kemanusiaan..:)
salam..terbaiklahh awk ^^ bnyk unsur2 pengajrn =)
gud luck dik..:)
jemput ke rumah,
http://laydie-dda.blogspot.com
keep in touch ye..♥♥♥
spnjg bce cerita ni rse cam hiba je..sayu..sweet sgt cerita ni.! nice... :))
@shahjiehan
hahaha.. yela SJ..tq cikgu SJ
@bun
memang tugas kita sebagai khalifah untuk saling ingat-mengingatkan..disamping mengingatkan diri sendiri kita mengingatkan orang lain jugak kan
@iqbalhakimi
u r welcome iqbal.. jangan nangis..jangan nangis..tisu dah habis..hehe
@Syafiq Rosli
thax syafiq
@Novelgurl
tq sebab sudi baca... semoga mendapat pengajaranya
@Dda Ly
tq kak Dda Ly..insyaAllah akan menyusul
@Nurul Afifah
terima kasih sebab sudi nak baca
Bes jalan citer nih.... ada peringatan..
@Pembawa_Wacana
terima kasih kerana membaca ..semoga mendapat pengajaran
best cita ni..tak bosan baca
Ya Allah.. Sayunya membaca..
moga kita semua diberi hidayah Allah..
tersntuh kt ati kecik~
nice m0ral value..
keep it up aimaa ^_^
best sgt2... ada bakat... :)
salam
MO, MB suke la bace..
byak moral value :)
insyaAllah, same2 usaha sebarkan dakwah neh.. :)
banyak pengajaran :) nice story dear
@hani syahida
terima ksih kerana kesudian membaca
@Mamaleesya
INsyaAllah akan menyusul
@Solihin Zubir
Janganla sayu2 SZ...ceria2 ok..
@CiK LiYzA ^^,
tq cik Lyza
@Awok's Kiter (SyaAz)
thax... mudaha2an sentiasa ada idea untuk menulis
@Mutiara Bernilai
thax MB..jemput la baca entry2 lain sama
@Qaseh dalia adelia
tq
ter touching sat..hehhee
asal ramai sgt komen blog akak? blog shah sikit je..sob3
jom baca dan komen Novel cinta yang hangat di pasaran.
saya da jd follower yg ke-450 :D
btw..best gak cite tu..
Post a Comment