Assalamualaikum wbt..
Apa khabar semua? Kalau ada yang tak sihat a.k.a demam a.k.a flu, jangan lupa makan ubat ye. Bahaya demam sekarang ni… Cepat-cepat kena jumpa doctor dan dapatkan rawatan.. takut melarat pulak..
Baik, kembali ke pangkal tajuk KAYU BERGERAK????
Kayu apa?? Kayu Kokka ?? Kayu-kayan??? Erkkkk….
Jom tengok gambar di bawah
kereta kayu
Bas Bandaran
Bas kayu merupakan satu keunikan Negeri Terengganu Darul IMAN(Check IMAN kita dah gemuk ke belum ni??? Kalau belum kena bagi santapan rohani banyak-banyak) OK..pesanan untuk diri sendiri jugak.
Mira percaya setiap negeri juga ada keunikan tersendiri, Cuma terdetik untuk berkongsi mengenai bas kayu ini hasil daripada perbualan dengan roommate Mira petang semalam. Terima kasih Buzz sebab bagi pengetahuan baru. Sebelum ni tak pernah tau pun kat Terengganu perkhidmatan bas yang disediakan dibuat daripada kayu (Bas Bandaran). Mira ada 2 orang roommate iaitu Diela dan Bazlin (Buzz), dua-dua orang asal dari Terengganu. Yang uniknya hubungan persahabatan kami, sorang panggil Mira dan sorang lagi panggil Aima. Hehehe.. Tak pa, Mira selesa dengan kedua-dua panggilan tersebut. Diorang ni kat luar bilik cakap luar ler, tapi dalam bilik cakap Terengganu, sampaikan Mira pun dah boleh cakap Terengganu sikit2 (hasil dok bercakap dengan depa hari-hari). Alhamdulillah.
Bercakap pasal dialek Terengganu ni, teringat satu kisah masa praktikal hari tu. Takdir ALLAH, partner (Adah) praktikal Mira tu pun orang Terengganu dan salah seorang staff (Kak Ida) kat situ pun orang Terengganu. Nak dijadikan kisahnya, Mira selamba je la cakap Terengganu dengan diorang, boleh pulak Kak Ida tu tanya Mira dok Terengganu kat mana? Adah cakap la yang Mira bukan asal Terengganu tapi asal Kedah. Kak Ida kata tak dengar slang Kedah pun. Hehehe.. memang ler, sebab kalau jumpa gang utara baru sedap nak cakap slang utara kan. Sebab tu la Mira ikut je slang diorang sebabnya Mira kalau boleh nak semua orang selesa dan suka berkawan dengan Mira.
Salah satu cara nak buat orang selesa dan mudah berkawan dengan kita, kita kenala hormati budaya dan paling penting sekali kena ingat nama diorang. Kalau ingat dengan bapa lagi bagus.
Eh, back to the discussion topic. KAYU tapi ni bukan KAYU BERGERAK ni KAYU ATAS LAPANGAN TERBANG. OOOO…OOOOO (bunyi buat gaya teletubies ye) hehe.. Bukan bas saja kayu malahan bumbung Lapangan Terbang Terengganu (LP Sultan Mahmud) juga dibuat daripada kayu… Kreatif betul… Itulah keunikan negeri Terengganu. Itu keunikan sebuah negeri di Pantai Timur….
Cantikkan binaan Manusia
Sebelum terus membaca kita buat exercise sikit.
1. Angkat tangan kanan
2. Angkat tangan kiri
3. Goyang-goyang tangan kanan
4. Goyang-goyang tangan kiri
5. Pusing-pusing kepala
6. Langkah seterusnya anda tentukan sendiri
Saya yakin dan percaya setiap pembaca akan mempunyai idea masing-masing dalam meneruskan senaman langkah 7 dan seterusnya. Ini menunjukkan keunikan manusia. Cara berfikir lain, cara berjalan lain, cara makan lain, cara pegang pen/pensil lain, cara tidur lain dan semuanya lain-lain belaka. Kalau nak cari yang sama pun mungkin 1 dalam 1000. Hatta kembar juga pasti berbeza. Ini juga dibuktikan dengan kajian saintifik mengenai cap jari manusia yang menunjukkan cap jari adalah unik dan tersendiri bagi setiap individu dan menggambarkan watak terperinci setiap orang (Hanizah Ujang, 2010).
Kitalah ciptaan ALLAH yang paling UNIK dan bijak sekali.
"Jika kami mendengar dan berfikir nescaya kami tidak akan tergolong bersama ahli neraka",
(surah al-Mulk, ayat 10)
Disebabkan kita ciptaan yang paling bijak maka buatlah pilihan yang terbaik dalam kehidupan kita sama ada kita mahu menjadi hamba yang patuh atau hamba yang ingkar kerana hidup hanya sekali dan mati juga hanya sekali (mungkin ada orang mati (mati otak a.k.a koma) dan kemudian hidup semula). Tapi itu hanya kes terpencil saja. Kita yang belum tahu nasib kita macam mana kan.
Kematian adalah akhir daripada kegembiraan dan kesedihan, kekayaan dan kemiskinan, kejayaan dalam hidup dan kegagalan mendapatkan sesuatu, dan apa jua yang kita lakukan.
Kehidupan kita di dunia jelas ada hadnya, ada akhirnya. Jadi, setiap apa yang kita lakukan mestilah sebagai persediaan untuk kita menghadapi kematian.
Mati Hanya Sekali, Jadikannya Di Jalan Allah
Memang benar kubur masing-masing tapi siapa yang nak menguruskan jenazah nanti (masing-masing ke). Tentu sekali tidak. Manusia ni dah dijanjikan ALLAH tidak boleh hidup secara bersendirian sebab itu diciptakan Hawa untuk Adam supaya ada teman berbual, teman bermain dan teman hidup semati.
Sama macam kita, kita perlukan teman, sahabat, rakan, keluarga untuk saling melengkapi hidup kita supaya kita boleh berpesan-pesan kepada kebenaran. Mengajak kearah kebaikan. Takkan kita saja nak dapat ganjaran sedangkan teman kita tidak. Selalu orang kata jangan pentingkan diri. Sebab tak pentingkan diri la kita kena tegur-menegur, tolong-menolong, nasihat-menasihati, supaya kita sama-sama mendapat mardhotillah. InsyaALLAH..
Sahabat tidak semestinya mampu mengangkat kita saat kita jatuh. Tetapi mereka akan slalu fikirkan jalan tuk mengelak kita dari terus jatuh.
Kereta kayu, motor kayu, bas kayu (nak ukir tu bukan senang). Hebat kan. Kalau hebat ciptaan manusia tapi kita kena ingat HEBAT lagi ciptaan ALLAH swt. ALLAH yang mendorongkan kita melakukan sesuatu. ALLAH yang mendorongkan kita mencipta sesuatu. Tanpa ALLAH siapalah kita (selalu kita dengar tanpa mak ayah siapalah kita kan). Memang benar tanpa mak ayah siapalah kita (tak lahir kedunia ni) tapi kita kena ingat dan wajib untuk ingat bahawa setiap penciptaan itu PENCIPTANYA adalah ALLAH swt. DIA yang mendorongkan hati kita, DIA yang memberi ILHAM kepada kita.
YAKIN ATAU TIDAK??? KALAU TIDAK YAKIN, SILA RENUNGI DAN BERSIHKAN JIWA KITA. ALLAH YANG MENCIPTAKAN SESUATU.
Akhir kata, kita yang membuat keputusan hidup kita sama ada kita mahu menjadi hamba yang patuh atau hamba yang ingkar.
Petikan daripada lagu arwah Tan Sri P.Ramlee
Yang mana satu, Idaman Kalbu..
Alamak, Mira bab-bab nak ingat lirik lagu ni memang lemah sikit la. Tapi 2 baris lirik tu je ingat.
Yang mana satu idaman kalbu SYURGA ke NERAKA???
Jika diberi pilihan kita memilih untuk ke syurga tapi tapi cara kita??? Menempah jalan ke mana??
Sama-sama introspeksi (muhasabah) diri sendiri. Mira juga harus muhasabah kerana Mira hanyalah insan yang lemah lagi hina. Yang masih merangkak mencari ilmu mcm baby 2 tahun..padahal usia dah ada angka 2 di depan.hehe.
Semoga Allah memberi tabah di dalam hati.
Sekian. Assalamualaikum
1 Pesanan:
kira hebat jugak lah kan moto ciptaan kayu..... :)
Post a Comment