ADA BUDAK TEGUR MO, DIA KATA “AKAK TAK TUTUP AURATTTTTT”!!!

Assalamualaikum wbt.
Kakak tak tutup aurat… Huihhh, terkejut teghuih MO ada budak kecik (sekolah rendah rasanya) bila dia kata kat MO macam tu. Check stoking kot-kot koyak. Tak koyak pun. Lepas tu budak tu selak lengan baju MO. Dia kata, eh silap. Ingatkan akak tak tutup aurat.  Padahal MO pakai arm sock hitam (warna peberet) kot, kalau pakai arm sock skin colour lain ceritalah kan. Lepas tu dia senyum dan MO pun senyum sajalah. Malulah agaknya tu. Budak-budak bisik hati MO. Sebab dialah lahirnya entry ini. Thanks to her. Semoga budak tersebut tergolong dalam umat Muhammad yang menjaga auratnya apabila baligh nanti. Ameen.
Budak-budak kecik pun reti noh, tangan tu aurat. Peristiwa ni berlaku semasa MO join Operasi Khidmat Masyarakat di Jerlun Kedah masa cuti Raya Cina yang lalu. Masa tu waktu petang jalan-jalan kat kawasan bendang (sawah). Memang terkejut sungguh, bukan main-main. Bab aurat ni soal hidup dan mati. Pahala dan dosa. Mungkin sebab budak-budak lain hat join termasuk urusetia pakai tudung labuh (tudung bulat), MO pakai tudung bidang 50 saja, Kawan hat jalan sekali ngan MO pun pakai tudung bidang 60.
Kalau budak-budak sekecil itu (masih di sekolah rendah dan belum baligh) tau pasal aurat macam mana dengan kakak-kakak yang sudah besar panjang tapi masih menampakkan aurat mereka kepada tontonan umum. Kenapa ya agak-agaknya???? Ada insan-insan baik hati yang nak tolong jawab tak??? Yela, kadang-kadang MO tak tau apa yang terbuku dalam hati mereka sebab MO bukan mereka dan MO tidak pernah berada dalam situasi mereka. MO cuba nak memahami isi hati mereka. MO ingin mengetahui mengapa???
MO bukanlah nak kata MO baik sangat tapi insyaAllah MO cuba jaga aurat MO. MO tak mahu seorang hero di hati MO diseksa sebab MO membiarkan aurat MO kepada tuntunan umum. Nauzubillah. Hatta sehelai rambut kita yang terkeluar pun si ayah akan disoal apatah lagi kalau seluruh kepala ditambah bahagian badan yang lain. Kasihanilah Si ayah dan Ibu. Jangan pulak kaya di dunia muflis di akhirat. Semua orang nak mengejar kekayaan di dunia (MO pun nak kejar) tapi berapa ramai pulak yang nak mengejar kekayaan di akhirat (MO pun nak kejar). Tamak sungguh MO ni noh dua-dua nak.
Allah pernah berfirman,
Bekerjalah kamu seolah-olah kamu akan hidup 1000 tahun lagi dan beramal ibadatlah kamu seolah-olah kamu akan mati esok hari.
Jadi tak salah kan kalau MO tamak nak dunia dan akhirat. Mudah-mudahan dipermudahkan urusan. Ameen.
Berbalik kepada bab aurat tadi. Tahun lepas ada dianjurkan kempen Cover Your Aurat, Show your Support (boleh baca sini). MO tak mau mengulas panjang mengenai hukum membuka aurat dalam entry kali ini, boleh baca artikel MO yang terdahulu atau boleh klik saja pada uncle Google atau aunty Yahoo, pasti mereka ada jawapannya.
Masih berbicara soal aurat tapi ni pasal tudung fesyen kini yang belit-belit macam ular sawa tu.
Baru-baru ini juga ada seorang blogger lelaki yang bertanya kepada MO. Soalan dia lebih kurang macam ni. Kenapa ramai perempuan sekarang ni suka pakai shawl dan tudung yang melekat di kepala dan menampakkan kepada mereka yang bulat tu??? Lebih kurang la soalan dia. (Kalo tuan yang bertanya terbaca dan dia rasa soalan dia tanya lain, pandai-pandailah dia bagitau kat MO, nanti MO akan betulkan).
Jawapan MO bagi senang saja. “Manalah MO tau sebab MO tak pakai macam tu”. Hohohoho. Tapi betul la MO kata, MO pun tak tau pasai apa depa (perempuan zaman kini) suka sangat pakai macam tu. Dia kata dia geram tengok. Ingat dia sorang saja ka geram, MO pun geram jugak aihhh…


Antara pilihan jawapan yang mampu MO fikirkan.
1.    Pakai macam tu Lawa kot. Mungkin, Sebab lawa tu kan subjektif.

2.    Fesyen. Macam-macam fesyen. Fesyen Muslimah la sangat, tutup kepala, pakai tudung tapi berbogel dalam pakaian sendiri (mana taknya pakai baju nampak bentuk badan). Maaf ya kalau terlaser banyak.
Sebab apa ya?? Ada sahabat-sahabat pembaca nak tolong bagitau tak????
Nasihat MO kepada semua kawan-kawan MO di luar sana. Nanti ada pulak yang kata, bajet MO ni bagus sangat la nak bagi nasihat kat orang. Diri sendiri tak pakai tudung labuh pun. Hah, amik sebijik, kan MO dah kena. Memang la MO tak pakai tudung labuh, tapi dalam Islam tak kata pun pakai tudung labuh tu wajib, yang wajib menutup kepala yang merangkumi rambut sehingga ke dada. Nak pakai fesyen belit-belit tak pa, asalkan menutup dada bukan sekadar tutup rambut dan kepala.
MO pun pakai jugak shawl belit-belit ni tapi yang labuhnya sampai ke perut atau paling kurang pun melepasi bawah dada (baru kelmarin keluar pi shopping shawl). MO tak la buta fesyen sangat. Dan MO sangat suka berfesyen. Ada yang nak kongsi fesyen dengan MO?? Silakan. Kadang-kadang MO design sendiri baju dan hantar kat tukang jahit. Mama MO pun macam tu. Mana tak tumpahnya kuah kalau tak ke nasi, pengaruh dari mama la ni. Cumanya mesti longgar. Okeh..okeh..stop pasal fesyen MO. Ada orang dah menyampah dah tu. Huhuhu…


Nasihat sebagai saudara sesama Islam:
Kepada muslimah (wanita muslim) di luar sana, jagalah aurat anda.
Kasihanilah ibu dan ayah anda dan kasihanilah diri anda sendiri.  




Meh baca sini, ada pesanan untuk kita semua.

p/s:
Masa nak balik dari bendang tu nampak sun set, Subhanallah cantiknya. Tapi tak dan nak tangkap gambaq sebab cepat sangat matahari dah terbenam.

Alhamdulillah keesokkan harinya diberi kesempatan oleh Allah swt melihat sunrise. Memang cantik sangat. Masa ni sempat tangkap gambaq. Tapi gambaq tu hanya simpanan peribadi saja. Harap maklum.

Semoga kita semua diredhai Allah swt dan dipermudahkan urusan di dunia dan akhirat. Ameen.
Sekian wassalam.

24 Pesanan:

Myra Jay said... [Reply]

Sama2lah kita saling ingat mengingati..
MJ pun seboleh mungkin cuba menjaga aurat.. :)

fRaMe+LenSeS said... [Reply]

amin. supaya kita berada dalam golongan yang menjaga aurat kita.. ;

Muslimah Optimis said... [Reply]

Myra Jay : insyaAllah.. manusia tu kan mudah lupa dan memang tenggungjawab kita bersama untuk saling ingat mengingatkan..

Muslimah Optimis said... [Reply]

fRaMe+LenSeS : insyaAllah..sama-samalah kita jaga aurat kita ya..

AdiSuda said... [Reply]

mo..cm ne erk..nk tgur tkut dia trsa..nk share nie kat fb la..boleh??

Mahfuzah Husna Zulkifli said... [Reply]

Asssalamualaikum. Bagus anak kecil di didik sebegitu. Mcm mana pula budak2 yang pakai baju seksi dan terkinja2 menari di pentas persembahan dan liveshow? Hakikatnya, ramai yang berbangga...

Muslimah Optimis said... [Reply]

Adi Suda : boleh saja nak share mana2 artikel MO di FB atau di blog masing2... ilmu ni untuk dikongsi bukan untuk makan sendiri.. terima kasih sebab sudi nak share di FB ya..

Muslimah Optimis said... [Reply]

Mahfuzah Husna Zulkifli : Waalakumussalam... itu la kan... ramai orang yang berfikiran terbalik sekarang ni.. yang menutup seluruh tuduh dikatakan kolot yang mendedahkan bahagian badan dikatakan up to date...

Unknown said... [Reply]

wah! bagusnya budak tuu :)

Hadi Rofiee said... [Reply]

Salam MO. Bagi saya, soal fesyen juga agak subjektif. Kadang2 perbincangannya apabila melibatkan orang awam sedikit sukar. Banyak pertimbangan & perbincangan dari sudut syarak yang mungkin terlibat.

Masing2 mempunyai kefahaman tersendiri & itulah feqah. Soalnya: fesyen manakah yang betul2 menepati kehendak syarak. Hmm.. agak subjektif.

Walau apa2 pun, tahniah untuk MO kerana masih cekal walaupun di dalam dunia yang penuh pancaroba ini. :-)

Muslimah Optimis said... [Reply]

iqbal : tu la, terkejut akak bila ditegur macam tu...

Muslimah Optimis said... [Reply]

Hadi Rofiee : Wasalam.. terima kasih ustaz atas pendapat... memang subjektif

ユ ユ 江角 said... [Reply]

kakak!! like ur post!
ade kena mengena ngan saya!! ehe
sy penggemar selendang! dr skola menengah memang pakai selendang..

insyaALLAH sebagai gadis akan kupelihara auratku =)

erm- perkara ni subjektif ...
kenapa ramai sangt suke pakai selendang?
- memang dah trend skang ni.dan..selendang banyak yang kecik2 dan nipis ..( biasa la selendang hanya untuk fesyen)
- ada juga yang free hair tapi pakai selendang sebab fesyen nye menarik n YUNIK ( sy ade bnyak kawan camtu..pakai selendang suke2)

tapi bag pendapat saya pakai selendang xsalah..tetapi kena pandai2 la..

sebagai gadis..kena pandai lindungi diri..kan kan.

adek yuyu, yaya pon pakai selendang n selendang kami labuh jer..( ade yang kata boleh masuk 5 orang dalam selendang kami ..hamboii kemain kan..)

ada apa dengan fesyen???
tepuk dada tanya iman..
jangan kerana taksub berfesyen " permata diri" dipamir mudah!

jaga diri jaga aty jaga iman

shahjiehan said... [Reply]

wahh.. akak! Sj baru je gtau kat geng KBU... tibe2 akak pulak buat post!! mmg terbaik!!

Muslimah Optimis said... [Reply]

yuyu : lamanya tak jumpa... aha setuju dengan kata-kata kamu

Muslimah Optimis said... [Reply]

SJ : sama-sama kita mengingatkan..SJ xnak buat post pasal ni ke

qaseh johanna said... [Reply]

salam perkenalan.... =)

Hadi Rofiee said... [Reply]

Salah silap harap ditegur demi kebaikan bersama. ;-)

oshin said... [Reply]

waahhh , gud job kat budak kecik itu ;)) header terbaek lah awak ;) mcm ganas

Muslimah Optimis said... [Reply]

@qaseh johanna

salam perkenalan

Muslimah Optimis said... [Reply]

@Hadi Rofiee

saya sedia ditegur insyaAllah.. tegurlah saya jika saya ada buat silap

Muslimah Optimis said... [Reply]

@oshin

hehehe.. terima kasih.. ganas ka?? memang pemilik blog ni agak ganas..hehe

Anonymous said... [Reply]

tu bukan tutup aurat MO. tu balut aurat. sock ni tk same mcm pki lengan yg panjang. beza. pd pandangan sy lah. kan lebih elok pki lengan panjang terus + sock lengan. lagi manis n sopan.

Muslimah Optimis said... [Reply]

@Anonymous ye atepat sekali. MO pon memang tak pakai baju lengan pendek. masa tu MO memang pakai baju kurung. Lagipun MO memang selesa keluar kemana-mana pakai baju kurung je. Selesa. terima kasih atas komen dan cadangan. :-)