Assalamualaikum.. Alhamdulillah setelah 4 hari tidak update blog, kali ni MO muncul entry terbaru. Wahhh.. Macam best ja. Hoho. Semenjak dua menjak ni MO kurang aktif menulis di blog walaupun sangat banyak yang mahu dikongsi, namun kekangan masa untuk menulis entry dan artikel membuatkan MO perlu menumpukan untuk penulisan thesis MO. MO mintak maaf buat sahabat-sahabat Blogger MO juga kerana masih belum sempat untuk membuat review blog anda. InsyaAllah, suatu hari nanti. Doakan MO berjaya melaksanakan semua ujian di bumi Allah ini. Ameen.
Alhamdulillah kelmarin 27 Februari 2011, MO dan beberapa sahabat blogger yang lain telah mengambil keputusan untuk berjumpa dan berkongsi idea di Taman KLCC kira macam mini gathering la memandangkan hanya beberapa orang saja yang join. Kenapa taman KLCC bukan tempat lain?? Sebabnya nak memberi peluang kepada anak Papa Khai bermandi manda di situ. Siapa pulak Papa Khai ni?? Mai masuk sini terjah blog beliau. Beliau merupakan seorang prajurit tanah air dan siang tadi beliau datang bersama isteri dan dua anak beliau. MO sempat la cubit-cubit pipi baby Papa Khai yang berusia 2 bulan. Cute sangat.
MO : Papa Khai, nanti MO nak cubit pipi Aleesya lagi
Papa Khai : OK..
(boleh pulak macam tu ye..hoho)
Lagi sapa lagi yang dijumpai. Teetttt.. Adik Nadh (Adik la sangat kan, dia suka perasan muda, takpala MO kasi Chance la kan dia).. Hohoho.. Mau berkenalan dengan Adik Nadh mai masuk sini. Adik Nadh ni nampak macam budak tak matang, tapi sekali dia berkongsi fakta, mau terlopong sekejap sebab teserlah kematangan beliau. Hoho. Bukan bodek tapi kenyataan kot.
p/s :
Blog Adik Nadh warna hijau, warna fav MO tu..
Lagi MO jumpa Cik Tomyam. Memang suka makan Tomyam kot. Nak mengenali Cik Tomyam dengan lebih rapat mai klik Tomyam. Baik budaknya, sapa nak buat menantu boleh roger-roger MO na, nanti MO adjustkan. Erkk, tiba-tiba nak jadi match maker pulak. tapi jangan lupa, MO pernah jadi match maker dulu. Bila tu??? Mai baca sini kalau nak tau.
Lepas beberapa ketika muncul pulak seorang blogger hitam, eh blog dia la warna hitam, orangnya sawo matang. Siapakah dia??? Dush..Dush..Dush.. Sila Klik sana untuk mengetahui. Orangnya agak pendiam tadi, mungkin sebab keadaan kesihatannya yang tak berapa baik. Semoga Allah permudahkan urusan dia dan sembuhkan penyakit dia. ameen.
Selain daripada mereka di atas, MO juga sempat berkenalan dengan Mr. K yakni anak angkat kepada Mak Cik Tomyam (kira abang angkat Cik Tomyam la). Thax to him sebab bertanya mengenai Autism, boleh juga MO polish otak MO mengingat kembali fakta-fakta mengenai Autism.
Selain tu, semestinya Isteri Papa Khai la yakni Mama Khai a.k.a Kak As bersama dua anak mereka. Kiut-miut anak-anak mereka sama seperti papa dan mamanya.
Hampir beberapa jam juga kami menghabiskan masa bersama tadi. Berkongsi cerita dan pengalaman. Banyak jugak yang MO dapat daripada gath siang tadi. Mungkin ada yang kata, ala macam tak dak apa-apa pun sembang-sembang kosong saja. Not for me. Memang mulut bersembang tapi mata dok merayau sekeliling. Opsss, bukan melihat permandangan yang tidak elok (memang ada jugak hat tak elok) tapi melihat Alam ciptaan Allah swt. Melihat ciptaan manusia yang hebat. Sehebat-hebat manusia Allah itu Maha Hebat kerana Allah yang memberikan ilham kepada si manusia. Allahuakhbar.
MO juga sempat mengenali beberapa karekter manusia yang MO jumpa tadi. Yang positif MO ambik dan topup kat diri MO, yang negatif MO ambik jugak tapi sebelum balik tadi sempat la buang kat dalam tong sampah. Hohoho.
Aikkk, tengok tajuk MASA KITA TAK BERKAT KA?? Tapi tak dak langsung dok kongsi pasai masa pun, dok cerita pasal gath ada la. Hohohoh... Saja ja buh tajuk tu, sebab pasal keberkatan masa ni MO dah pernah kongsi dulu. SO, kalau ampa semua nak baca mai klik sini mai. KLIK untuk membaca. Terima kasih.
Saja MO nak ingatkan diri MO dan sahabat-sahabat pembaca semua. Masa ni hanya 24 jam saja tapi untuk apa kita manfaatkan masa yang ada??? Sebab sekarang ni ramai dok merungut. Depa kata, "haih, dah hari khamis, baru ja rasa kelmarin hari Ahad". Hah, masa berlalu sangat pantas. Usia pun semakin meningkat ni. MO pun semakin matang (erkk, matang ka)..hoho.. Mungkin..
Singkatnya waktu itu adalah disebabkan hilangnya berkat. Nikmat itu Allah tarik sedikit demi sedikit, namun kita tidak menyedarinya secara langsung. Masa itu adalah nikmat kerana dengan masa memang kita tidak boleh membeli emas namun dengan emas juga belum tentu kita boleh membeli masa. Tetapi kita harus ingat, dengan masa kita mampu melaksanakan semua tugasan yang bertimbun. Dengan masa yang ada kita mampu bersama-sama kawan-kawan berseronok di mana-mana tempat yang kita suka, dengan masa yang ada kita boleh bergembira bersama sanak saudara, dengan masa yang ada kita boleh menyambut Hari Raya dengan keluarga. DENGAN MASA YANG ADA KITA BOLEH BERIBADAT KEPADA ALLAH SWT DAN DENGAN MASA YANG ADA KITA BOLEH BUAT MACAM-MACAM.
p/s :
Terima kasih kepada semua yang menceriakan hidup MO
terutamanya Mama, Abah dan Adik-adikku.. Sayang depa infiniti...
Terima kasih kepada sahabat-sahabat "Kami Blogger Utagha" yang join mini gath tadi.
Terima kasih kepada Papa Khai sebab belanja KFC dan cenderamata dari Lubnan berupa Al-Quran kecik dan Habatus Sauda untuk MO.
Terima Kasih dan Terima Kasih kepada semua Sahabat Blogger MO yang sentiasa menyokong MO sama ada dalam senyap atau bersuara.
Semoga Allah berkati segala pekerjaan kita,
dan semoga kita semua berada dalam lindungannya. ameen..
sekian Wassalam.
7 Pesanan:
nak join gak mo..heheee
@Woofer Storm
nak join apa???
Adik Nadh mengomen.. hihihi.. suka2.. maceh tau.. n maaf la kalau Adik nadh byk sgt telatah bengong tak ketahuan punca semalam.. ;)
@fRaMe LenSeS
hahahah.. kami paham perangai budak-budak macam adik nadh ni..budak-budak memang perangai agak-agak macam ampa semalam la...haha
uhukkk..tenkiu..kami memng suka tomyam..lagi 1 lau nak taw hidup kita nie ibarat tomyam..ada mcm2 rasa taw..rasa2 ni semua yg wat hidup ni bermakna..=)
takpyah la dok pomot kami..kami dh ada yg punya..hee =D
Ooh.. geng2 utara ni. Hehe.
Bagi saya: masa itu nyawa & bukannya emas. :-)
Semua kita mempunyai 24 jam, tetapi tidak semua yang merasakan 24 jam itu.
haha..entry ni mmg sesuai kot dengan tajuk..
u r discussing mase gather tu kan ? bukan bercakap soal dunia semata2..
knowlegde sharing ade,persefahaman ade,ini gathering yg sihat,dan diberkati,insyaAllah
boleh ke islamkan babi ?
Post a Comment