Ais Sangat Baik Diminum Selepas Makan


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Haaaaaaaaa.. Sapa suka minum air sejuk (minuman berais) selepas makan?? Ada berita baik untuk anda.. Rata-rata kebanyakan daripada kita sering mendengar bahawa ais tidak elok untuk diminum selepas makan. Jika kita dengar orang-orang tua pun sering sahaja mereka menyebut perkara ini. Malah, dalam IKIM.fm pun ada menyentuh perkara ini.

Justeru, saya ingin berkongsi maklumat sebenar berkenaan ais berdasarkan kajian yang telah dibuat. Jom kita lihat apa yang berlaku dalam proses pencernaan makanan. Tumpukan perhatian anda kepada perbezaaan proses yang berlaku apabila kita minum air panas dan air sejuk setelah kita menjamah makanan. Apabila kita makan, makanan akan masuk ke mulut dan mengalami proses-proses tertentu sehingga sampai ke perut. Sampai di perut, makanan akan disimpan untuk sementara waktu sebelum memasuki usus kecil.

Di usus kecil, makanan yang dicernakan ini diserap ke dalam salur darah dan dibawa ke jantung. Jantung seterusnya akan mengepam darah bernutrisi ini untuk kegunaan sel-sel. Makanan yang tidak dapat diserap di usus kecil pula akan disalurkan ke usus besar untuk dibuang melalui najis. Jika kita minum air panas selepas makan terutamanya selepas menjamah makanan yang berlemak atau berminyak, air itu akan mencairkan lemak atau minyak yang kita makan tadi dan memudahkan makanan tadi diserap oleh usus kecil.

Seterusnya, makanan tersebut akan pergi ke jantung kita. Apa yang berlaku di jantung ialah makanan akan disejukkan kerana jantung manusia berfungsi seperti sistem penyejuk kereta. Lemak atau minyak yang dimakan tadi apabila disejukkan akan menjadi beku di jantung. Inilah antara punca masalah jantung yang sering dihadapi oleh manusia kini. Ini akan menyebabkan fungsi jantung terganggu disebabkan oleh mendapan lemak atau minyak yang ada pada saluran darah di jantung manusia. Maka akan terjadilah penyakit jantung tersumbat, lemah jantung, dan lain-lain.
Sebaliknya, jika kita minum air sejuk atau ais, makanan tadi terutamanya yang berlemak atau berminyak akan disejukkan dan dibekukan di perut dan tidak akan dapat diserap oleh usus kecil. Malah, makanan berlemak ini akan terus ke usus besar dan dibuang sebagai najis. Maka akan selamatlah jantung kita daripada lemak berlebihan dalam makanan tadi.

Adalah salah sama sekali kita menyamakan proses yang berlaku di dalam dan di luar badan manusia. Ini kerana, fisiologi badan manusia itu sangat berbeza daripada fisiologi di luar badan manusia. Malah, tidak sama sekali dapat disamakan dengan apa-apa pun binatang yang ada di dunia ini. Kerana itulah kejadian manusia itu adalah sebaik-baik penciptaan oleh Allah S.W.T.

Kesimpulannya, adalah digalakkan kita minum ais sejurus selepas makan, minum air pada suhu bilik, 30 minit selepas makan dan minum air panas atau suam 2 jam selepas makan. Namun, ais tersebut adalah ais yang kita buat sendiri daripada air yang ditapis bukan ais di kedai kerana ais di kedai tinggi kandungan ammonia yang akan memberi mudarat kepada kita.

Sangat penting kita menjaga pemakanan kerana ia sangat berkait dengan perkembangan akal manusia. Sama-salah kita jaga kesihatan ya kerana kesihatan tak boleh dibeli dengan wang ringgit namun pelaburan untuk mendapatkan kesihatan yang baik memerlukan wang ringgit.. :-D

sumber : IluvIslam
Sekian Wassalam. 

27 Pesanan:

amierah said... [Reply]

thanks sudi kongsi pasal ais ni. selama ni saya ingat kalau minum air sejuk lepas makan, lemak terus menjadi beku, dan terus bergerak ke salur darah,lepas tu tersumbat. rupa2nya ke usus besar untuk dibuang..

cucu umie said... [Reply]

kan sis ckap kndgn air dekat kedai agk tinggi ammonia.. so, mcm gitu beetter tak boleh makan dekt kedai ah..hehe kne makan dekt rumah jer sebb nak dptkan knddgn ais yg dlm suhu bilik..

SumaiyyahAbidah said... [Reply]

Ada baca jugak artikel ni. Tapi nak tau jugak ape 'take' doktor2 atau sapa2 yg tau pasal benda ni, sebab selama ni kita dgar org ckap ais tak elok utk badan kan. Artikel ni pun xde state source dia... bukan nak meragui cuma nak tau yg mana betul.

Kalau betul, bestla, haha, dah memang suka minum air ais ;)

p.s. MO rase mcm link yg MO letak tu broken je, ke sy je yang tak dpt tekan kt link tu...

JIJI YU said... [Reply]

aku tak minum ai pon pas makan

Muhammad Iqbal said... [Reply]

Saya rasa saya lebih elok mengamalkan minum air selepas 15 minit ( bagi lelaki ) atau 30 minit ( bagi wanita ). Kerana di bahagian perut, ia mengandungi asid untuk membantu digestion. Jadi, kalau minum air awal, ia akan mencairkan asid dalam perut kita lalu digestion process pun kurang efisyen.

Wallahua'lam.

pengemis Cinta~ said... [Reply]

Assalamualaikum MO..

baru tahu info tepat..PC kurg mnum ais ingtkn bhaya..huhu.syukran ats prkgsiannya.^_^
may Allah bless.ameen..

p/s:wa..wajah baru..PC pun berwajah baru..hehe:)

shameel Iskandar said... [Reply]

Trima kash atas info yg menarik. selama ini ramai yg beranggapan ais perlu dijauhi demi kesiahatan.

p/s= sy suka ABC

cik AngguR said... [Reply]

bru tau ~

kiera'sakura said... [Reply]

kami slalu minum air putih.. cm ner lak tue? hihihi

muhamadsufian89 said... [Reply]

owh macam ni ke?? mekasih ye utk fakta ni.


eh ni akak ek?? umur berapa tu?? hehe

oPiE iSa said... [Reply]

Oh, baru tahu... :)
Setuju juga dengan Muhammad Iqbal.....
Tq~

nelly said... [Reply]

nelly baru tau !
tq !

ghab van hal said... [Reply]

salam..wah, bagus ini, selama ini engar keburukan ais jek..tq..

I do I need Iman said... [Reply]

waaaaaaah info yg menarik.
slmt perkenalan. dari mawar kat sini ;) waah femes rupanya ;p

Popoi said... [Reply]

thanx bgi info ni~

Wanz Mejuez said... [Reply]

aku tersenyum baca enrti ni... thanks sebab info ni... kena minum air masak byk2 ni....

Junie Octovian said... [Reply]

Salam MO..
Tips yg bagus utk dikongsi. TQVM

shahjiehan said... [Reply]

nabi pon cakap elok minum air sejuk...

tp saintis barat cakap x elok.. so... huhuhuhu....

Solihin Zubir said... [Reply]

uik.. x sgka plak.. slama ni punya la jaga n tahan nafsu xnk minum ais lpas mkn.. huhu..

Hamdin Zarif said... [Reply]

hehe..ye ke bgus..ragu2..http://hamdinz.blogspot.com/

AmalinaNashihin said... [Reply]

tak tahu pula :O

nurhamizatulzullraooh said... [Reply]

xtahu plak mcm 2..tp org tua2 dulu mgatakn yg mnumn ais 2 angin..bleh jgk mnjdkn sseorg 2 gemuk yg 2 xpasti la..dulu masa kecil2 mmg pg2 buta dh mnum ais tp sjak dh mngkat dwasa automtik bhnti sdri skrg ni mmg xmnum ais lbh suka air kosong,suam@panas je..klu p kduri@umh sdara diorg hdang ais mmg xsentuh msti mnum air kosong klu ada kt umh diorg tp klu xada 2 blik umh bru mnum..

MaiRa QuEeN said... [Reply]

bawu tau nie...ingat xelok sngat..nice info

saiazuan said... [Reply]

tak suka minum ais..

hestyrezyuda said... [Reply]

SMEi .. baru tahu.. huhuuu

ABC said... [Reply]

nice inf0..^_^

Anonymous said... [Reply]

Orang tua2 kata minum air batu/ais menyebabkan lemah tenaga batin. Penis lelaki jadi lembik! Lagi menakutkan kan...?