Kena Raba masa pergi tengok Bola di Stadium.


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 

Bahang kehangatan bola semalam masih terasa kan. Seawal jam 2 petang (eh, yeke) orang ramai dah mula berpusu-pusu ke Stadium Nasional Bukit Jalil. Semangat punya pasal kan. 


Dalam kemeriahan ramai-ramai tu, rasa-rasa ada yang hilang apa-apa tak? Ngaaaaaaaa.. Selalunya dalam kemeriahan ramai-ramai macam tu ada pihak-pihak tertentu yang mengambil kesempatan (tidak menuduh, cuma berdasarkan pengalaman lampau saja) mencopek ataupun lebih dikenali dengan pick pocket. So hati-hati tau.

Cuba bayangkan hampir 100 000 lautan manusia yang pelbagai ragam dan jantina (eh, ada dua ja jantina lelaki dan perempuan but mungkin juga ada pomki~pompuanlelaki. Hohohho.. Manusia ni secara lahiriah ada dua mata, dua telinga, dua lobang hidung, dua kening, semuanya berpasang-pasang namun kita harus sedar bahawa manusia hanya ada satu saja hati yang menjadi rahsia diri masing-masing. 

Kita tak tau apa yang ada dalam hati orang lain kan. Ermmm. Ilmu Kasyaf??? Mungkin dia mengetahui tapi yang lebih mengetahui adalah Allah swt. So, hati-hati dengan makhluk bernama manusia. Zaman la ni (sekarang), kalau dok sorang-sorang bukan nak takut benda-benda yang kita tak nampak tapi takutkan manusia. Ya manusia. Manusia bertopengkan syaitan. Errrrrr... Takut...

Bab kena Raba masa pergi tengok Bola di Stadium pulak kan. Terjadi ka??? Boleh jadi raba secara sengaja atau tak sengaja. Yelah dah ramai-ramai berhimpit-himpit. Tolak sana, tolak sini. Sebab tu MO tak suka pi tempat orang ramai-ramai satgi MO boleh pengsan dengan macam-macam bau lagi. Bau rokok dah sepasai tak boleh nak bau satgi mula nak kena nafas ikut mulut. Huhuhu...

So, kepada yang pernah jumpa MO, dan jika anda merokok depan MO dan MO tutup hidung, itu maknanya MO benar-benar maksudkan OJ (ganti penggunakan OK).

Jadi kepada semua, berhati-hatilah bila pi tempat ramai orang yang terpaksa bersesak-sesak. Kalau boleh pakai la sweater ke ketika keluaq (memang hobi MO nih sampai budak-budak kolej panggil kak sweater.. Ngeee).

Entry ni hanya sebagai peringatan sebelum Ramadhan menjelang. Bila dah pi Bazar Ramadhan tu berpakaianlah sopan sikit. Dan jaga diri anda. Biasalah orang yang datang shopping bukak puasa tu mengalahkan orang pi shopping kat Uptown Shah Alam. 1st time pegi situ seram terus, tak beli apa pon. Sangat ramai manusia. Kat padang Masyar nanti macam mana ek?? Sendiri mau bayangkanlah.

Sekian Wassalam. 



14 Pesanan:

JIJI YU said... [Reply]

kat pdg mahsyar anak pon tak sempat nak kenal ibunye

Rozuan Ismail said... [Reply]

first time dengar perkataan pomki.huhu.

Iffah Afeefah said... [Reply]

Kak

emosi terganggu saat tengok OJ

kejam gle

Solihin Zubir said... [Reply]

seeloknya jgn pergi la kalau takut perkara sebegitu terjadi.. bahaya2.. huhu...

Putera Helmei said... [Reply]

xp tgk bola kt stadium juga coz takut kna raba.. tgk kt tv ja. kuikuikui... hehehe...

Saleem Wahab said... [Reply]

sangat setuju dengan post anda!!!

Farhan AJ said... [Reply]

INSAF LA PLAK BACA ENTRY KAK MO NI...hhehehe.. betul tu kak..dalam ramai2 tu sure ada yg nak ambil kesempatan..semoga kak sentiasa selamat :D

kaizen said... [Reply]

perkataan baru yg sy blaja kat sini adelah POMKI... hehehe

*hati2 kalo ramai2 tu...

latest entry 2 Benda yang Blogger TAKUT & Urban : Camera Paling CANGGIH

Wanz Mejuez said... [Reply]

=) sebaik nya jgn lah pergi tmpat yg sasak ngan org ramai...

sbb wan penah hilang barang n kena curi.. dompet penah hilang n hp pun penah ..

aesh came said... [Reply]

huhu tau xpe~ pompuan xyah la g stadium pun tgk bola.. x de makne nye fanatik sekali gitu~

Kumbang Jingga said... [Reply]

OJ ke KJ ni MO hehehe gurau je...apa pun tq atas peringatan..Kj pun takut kena himpit ngn gadis2 bukan muhrim ni hehehe

cucu umie said... [Reply]

ayie jarang sikit nak pi tmpt yang sesak2 nie..kalo kt kampus ad konsert pon snggup tak pi..lepak kt hostel..haha sampai mber2 marah sebb ayie xnak join diorng and merokok sudah smestinye ayie tidak suka..arghhhh

Qaseh dalia adelia said... [Reply]

tak suka jugak bersesak2 .. hurm lau pergi pasar pun benci .. bersentuh2 tak sengaja .. rimas !

qudwa said... [Reply]

oooo...gitu rupenye...x penah gi stadium tgk bola...raba2 pn jadi ea..

klu org isap rokok depan aq...direct je aq cakap "kene belatih tahan nafas ni" sambil wat2 sempot...XD