Beberapa jam sahaja lagi kita akan berhijrah dari bulan Syaaban ke bulan Ramadhan, Dari bulan Julai ke Bulan Ogos.
Bulan Ramadhan kita diwajibkan berpuasa, menahan lapar, menahan dahaga, bukan itu saja mata, dan telinga juga harus kita jaga.
Bulan Ramadhan, bulan yang mulia bulan yang penuh keberkatan manusia mencari pahala sebelum syawal berkunjung tiba kerana Rasulullah pernah bersabda bahawa Bulan Ramadhan adalah bulan manusia. Jadi sama-sama kita mengumpul pahala kerana mungkin ini adalah Ramadhan yang terakhir kita.
Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Muabarak kepada semua umat Islam tak kira di mana saja anda berada. Saya memohon ampun dan maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki, andai selama anda mengenali saya ada terguris rasa dan tersinggung dengan kata-kata. Ampun dan maaf dipinta.
MO kata : Jangan disiakan masa muda kita.
p/s : Terima kasih buat Mikro Kokus kerana membantu MO convert rakaman ucapan Ramadhan MO sehingga terhasil seperti di atas. Walaupun suara kedengaran agak penat dan serak sedikit kerana petang sebelum rakaman dibuat, terpaksa berjalan ke sana ke sini ditambah hampir pitam di pasar malam. Hayati kata-kata yang diberikan. Sekadar peringatan untuk saya dan semua. :-)
Terima Kasih atas kesudian Membaca dan Mendengar.
Sekian Wassalam.
6 Pesanan:
selamat menyambut bulan ramadhan sis..semoga ramadhan kali ini membawa seribu makna buat sis.. incya-Allah dan gunakan masa yang lapang itu untuk beribat keada Allah..incya-Allah
selamat menyambut bulan ramadhan dari KJ...
SMEi :)
Ramadan Kareem!
Selamat Tinggal Nuffnang...."_"
happy ramadhan kareem kak aimaa :)
selamat berpuasaa .:)
moga kita tak mempersiakannya..
Post a Comment