Bismillahhirahmanirrahim..
Alhamdulillah berlalu sudah sebulan tahun baru hijrah 1434. Susunan angka yang sangat cantik hari ini iaitu 1/2/34. Lagi 22 hari maka genaplah saya 26 tahun mengikut Bulan Islam. Saya sudah dewasa. Bila semakin dewasa semakin besar tanggungjawab dan semakin banyak ilmu yang perlu digali dan dicari.
Gambar diambil dari FB
Baru-baru ni orang sibuk menyusun tarikh 12.12.12 susunan angka yang sangat cantik. Hanya sekali dalam seumur hidup. Tunggu 22 tahun lagi untuk mendapat tarikh 1/2/34 iaitu pada 1 Februari 2034. Masa tu umur saya 48 tahun. Pangkat emak agaknya itu pun kalau bernikah dan mempunyai anak atau siapa tahu kalau saya tidak sempat untuk menyambut ulangtahun kelahiran yang ke-48. Wallahualam. Moga Allah panjangkan usia dan sentiasa limpahkan rahmat. Ameen.
Tajuk entry pasal Cinta High Class.
Gambar dari blog http://lukisan-hatiku.blogspot.com/2012/09/menjejak-cinta-high-class.html
Minat saya yang satu ini memang tidak dapat dibendung jika masuk ke kedai buku. Wajib untuk saya keluar dengan sebuah buku ditangan jika kaki sudah melangkah masuk ke kedai buku. Hari selasa lepas saya ke kedai buku dan tiga buku menjadi pilihan. Daripada tiga buah bahan bacaan tersebut, satu daripadanya adalah novel yang berjudul Cinta High Class Cintaku Kerana Agamamu. Yang lagi dua buah tu buku motivasi.
Saya memang suka membaca bahan bacaan yang boleh memberikan inspirasi untuk meneruskan hidup di bumi Allah ini. Cinta High Class, Cintaku Kerana Agamamu dibeli sebagai rujukan untuk persediaan jatuh cinta. Jatuh cinta untuk seseorang yang halal untuk saya. Tapi biarkan masa itu datang. Buat masa sekarang, biarlah hati ini beku dari cinta lelaki. Saya mahu menumpukan hidup ini hanya untuk keluarga dan kerjaya. Tapi andai kata jodoh saya telah tiba, saya doakan DIA akan pertemukan saya dengan seorang bakal Imam yang dapat membimbing saya ke syurga Allah. Ameen.
MO kata : Siang dan malam nampak bermusuhan, namun keduanya mengabdi pada satu tujuan iaitu pengabdian kepada Allah SWT. Begitu juga lelaki dan wanita yang diciptakan Allah untuk saling melengkapi dan tujuan utamanya diciptakan ke dunia adalah untuk pengabdian kepada Allah SWT.
MO kata lagi : Buku selalu dibeli tapi perlu membeli masa untuk membacanya juga. Curi masa beberapa minit sebelum tidur untuk membaca buku. Curi masa beberapa minit lepas solat untuk membaca Quran. Hidup kita adalah kerana Allah swt.
6 Pesanan:
salam,
tkpe, beli buku byk2 w/pun bacanya belum tahu bila... bg sy buku tu harta yg sgt bernilai... bila2 kita perlukan, ia ada di sisi...
macam mnrik je buku tu...nak cri la kat kedai buku :)
sanah helwah sahabat :)
@Areef Ibn Naim
wasalam.. hehehe.. tau xpe.. impian saya nak memiliki sebuah library sendiri di rumah nanti.. syok kan baca buku
@FiZ
alhamdulillah.. terima kasih fizah.. menarik kot, ramai yang kata banyak pengisian sebab tu saya beli.. baru nak mula baca.. hehe
Sy pun mcm MO, beli byk buku tapi blm sempat nk abiskan lagi... Impian kita sama, xsabar nk ada umah sendiri & mini library... ;-)
cinta high class,mmg terbaekkkkk
Post a Comment