Bahaya, Lelaki Bermulut Manis.


Bismillah...

Sekarang ni zaman teknologi,
Cinta mudah datang dan pergi,
Susah nak cari cinta sejati,
Cinta yang mendapat redha Ilahi. 

Saya sangat suka singgah di group "Srikandi Muslimah Sahaja" di FB. Banyak perkongsian dan peringatan hal-hal wanita sahaja. Seronok jumpa kawan baru di sana. Tadi terjumpa satu post yang sangat menyentuh hati saya.

Orang perempuan JANGAN MUDAH TERTIPU dengan ayat lelaki yang MENGORAT versi baik : 

"saya tertarik dengan status-status tazkirah awak di facebook.." atau "saya nak awak bimbing saya jadi baik.." dan yang sewaktu dengannya..

Ketahuilah, lelaki itu FITRAHNYA MEMBIMBING WANITA, bukan dibimbing wanita.. dan jika betul dia inginkan bimbingan, dia pasti akan MENCARI SAHABATNYA yang SOLEH ataupun PARA USTAZ..

:: Lelaki yang BAIK adalah lelaki yang boleh membimbing wanita ke jalanNya, BUKAN MENGHANYUTKANNYA ::

p/s : Jika dia mencari kamu sebagai 'PEMBIMBING', sangat pasti ada udang di sebalik mee.. HATI-HATI dengan AYAT LUNAK ORANG LELAKI..


Susah kan nak cari lelaki yang betul-betul boleh menjadi ketua keluarga yang baik sekarang ni. Terlalu sakit bila dipermainkan dan dikecewakan. Pastinya sukar untuk menerima kehadiran lelaki lain setelah dirisik dan mempunyai pilihan untuk memilih. Hati yang terluka pasti mengambil masa untuk sembuh. Tetapi jangan disalahkan pertemuan itu kerana kita sendiri boleh membuat pilihan untuk meneruskan perhubungan itu atau memutuskan hubungan itu kerana Allah swt. Jangan terus terjebak dalam kancah dosa.

Bak kata seorang kawan merujuk kepada artikel berita mengenai seorang "ustaz" yang berkahwin sebanyak 11 kali dengan alasan mahu mengahwini perempuan yang benar-benar solehah. Bila perempuan tu tidak cukup solehah terus ditinggalkan. Kenapa nak mencari yang solehah kalau diri itu tidak cukup soleh? Bukankah tugas seorang lelaki sebagai pemimpin keluarga untuk membimbing anak dan isteri menjadi soleh dan solehah serta membimbing diri sendiri menjadi soleh. 

MO kata : Kita tidak mampu untuk mengubah hati orang lain untuk berbaik sangka dengan kita, tetapi kita mampu untuk mentarbiah dan mendidik hati kita untuk berbaik sangka dengan orang lain.

MO kata lagi : Alhamdulillah, Allah pertemukan saya dengan ramai insan yang baik-baik bagi saya mengubah diri menjadi lebih baik. Ada Visi Allah Izin Laluan.



14 Pesanan:

IdaRaida said... [Reply]

iye kan.. kena hti2 ngn lelaki..

Muslimah Sejati said... [Reply]

"Kita tidak mampu untuk mengubah hati orang lain untuk berbaik sangka dengan kita, tetapi kita mampu untuk mentarbiah dan mendidik hati kita untuk berbaik sangka dengan orang lain.".... Suka kata2 MO..

Terima kasih di atas ukhuwah ini.. Terima kasih ALLAH krn menghadirkan dia sbg seorg teman, sahabat, kwn tepat pada masanya.. Setiap yg berlaku itu pasti percaturan yang terbaik drpdNYA..

Sentiasa muhasabah diri utk menjadi hamba yang baik.. Semoga ALLAH menjauhkan kita drpd lelaki yg 'tidak baik'... Aamiin

Bulan Syurga Firdausi said... [Reply]

aaamin..

yaqut hulaif said... [Reply]

Bahaya, kadang laki pun tak sedar mulut mereka tu mulut manis, huhu,
~bila baca artikel nie membuat diri semak semula setiap kata2.

puteraduyong said... [Reply]

penting jugak mulut manis ni kenkadang.. ;)

Erin Azizan said... [Reply]

bukankah jugak, lelaki fitrahnya bermulut manis?

susah nya nak cr lelaki yang betul2 baik.

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said... [Reply]

penah hampir-hampir terpedaya dengan lelaki mulut manis tapi rupa-rupanya suami orang...

nasib baik lg....

Muslimah Optimis said... [Reply]

@IdaRaida

sentiasa berhati-hati walau dengan siapapun.. tak kira lelaki mahupun perempuan

Muslimah Optimis said... [Reply]

@Muslimah Sejati

insyaAllah, berdoa selalu supaya ALlah sentiasa melimpahkan rahmat kepada kita

Muslimah Optimis said... [Reply]

@Bulan Syurga Firdausi

ameen

Muslimah Optimis said... [Reply]

@yaqut hulaif

haaaaaaaaaa. korn pun bermulut manislah ek.. hehe..

Muslimah Optimis said... [Reply]

@puteraduyong

memang penting tapi gunakan dijalan yang betul

Muslimah Optimis said... [Reply]

@Erin Azizan

memang susah.. huhuhu.. bukan sahaja lelaki, perempuan pun sama kan

Muslimah Optimis said... [Reply]

@GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr

waaaaaaaaaaaaaa... tu lagi bahaya