Bismillah..
KISAH BENAR
Saya mengajar di sekolah rendah di tengah-tengah bandaraya Kuala
Lumpur. Saya mengajar sesi petang. Salah seorang murid saya setiap hari
datang lambat ke sekolah. Kasut dan bajunya selalu kotor. Setiap kali
saya bertanya tentang baju dan kasutnya dia hanya berdiam diri. Saya
masih bersabar dengan keadaan pakainnya tetapi kesabaran saya
tercabar dengan sikapnya yang setiap hari datang lambat. Pada mulanya
saya hanya memberi nasihat. Dia hanya menundukkan kepala tanpa
berkata-kata kecuali anggukkan yang seolah-olah dipaksa. Kali kedua saya
memberi amaran, dia masih juga mengangguk tetapi masih juga datang
lambat keesokannya.
Kali ketiga
saya terpaksa menjalankan janji saya untuk memukulnya kalau masih
lambat. Anehnya dia hanya menyerahkan punggungnya untuk dirotan .
Airmata saja yang jatuh tanpa sepatah kata dari mulutnya.
Keesokan harinya dia masih juga lambat, dan saya memukulnya lagi. Namun
ia masih tetap datang ke sekolah dan masih tetap lambat. Suatu hari saya
bercadang untuk mengintipnya ke rumahnya. Setelah mendapatkan
alamatnya, saya meneruskan niat saya. Dia tinggal di sebuah kawasan
setinggan tidak berapa jauh dari sekolah. Keadaan rumahnya sangat daif.
Saya nampak murid saya itu sedang berdiri di depan rumahnya dalam
keadaan gelisah. Seorang wanita yang mungkin ibunya juga kelihatan
gelisah. Lebih kurang pukul 1.30 seorang anak lelaki sedang berlari-lari
sekuat hati menuju ke rumah itu. Sambil berlari dia membuka baju
sekolahnya. Sampai di depan rumah baju dan kasutnya diserahkan pula
kepada murid saya yang terus bergegas memakainya. Sebelum pakaian
sekolah sempurna dipakai, dia sudah berlari ke arah sekolah.
Saya kembali ke sekolah dengan penuh penyesalan. Saya memanggil anak itu
sambil menahan airmata yang mula tergenang. "Maafkan cikgu. Tadi cikgu
pergi ke rumah kamu dan memerhatikan kamu dari jauh. Siapa yang berlari
memberikan kamu baju tadi?" Dia terkejut dan wajahnya berubah. "Itu
abang saya. Kami kongsi baju dan kasut sebab tak ada baju lain. Itu saja
baju dan kasut yang ada. Maafkan saya, cikgu." Jawabnya "Kenapa kamu
tak beritahu cikgu dan kenapa kamu biarkan saja cikgu pukul kamu?" " Mak
pesan, jangan meminta-minta pada orang, jangan ceritakan kemiskinan
kita pada orang. Kalau cikgu nak pukul serahkan saja punggung kamu."
Sambil menahan airmata yang mula berguguran saya memeluk anak itu,
"Maafkan cikgu, ......." Kejadian itu cukup menginsafkan saya. Selepas
itu saya cuba membantunya setakat yang mampu.
Dipetik dari pengalaman seorang guru yang dedikasi.
MO kata : Sebelum mengambil sesuatu keputusan selidiklah dahulu. Jangan terus mahu memaki hamun. Suka untuk MO kongsikan tweet di bawah.
MO kata lagi : Muhasabah diri setiap hari.
Keesokan harinya dia masih juga lambat, dan saya memukulnya lagi. Namun ia masih tetap datang ke sekolah dan masih tetap lambat. Suatu hari saya bercadang untuk mengintipnya ke rumahnya. Setelah mendapatkan alamatnya, saya meneruskan niat saya. Dia tinggal di sebuah kawasan setinggan tidak berapa jauh dari sekolah. Keadaan rumahnya sangat daif.
Saya nampak murid saya itu sedang berdiri di depan rumahnya dalam keadaan gelisah. Seorang wanita yang mungkin ibunya juga kelihatan gelisah. Lebih kurang pukul 1.30 seorang anak lelaki sedang berlari-lari sekuat hati menuju ke rumah itu. Sambil berlari dia membuka baju sekolahnya. Sampai di depan rumah baju dan kasutnya diserahkan pula kepada murid saya yang terus bergegas memakainya. Sebelum pakaian sekolah sempurna dipakai, dia sudah berlari ke arah sekolah.
Saya kembali ke sekolah dengan penuh penyesalan. Saya memanggil anak itu sambil menahan airmata yang mula tergenang. "Maafkan cikgu. Tadi cikgu pergi ke rumah kamu dan memerhatikan kamu dari jauh. Siapa yang berlari memberikan kamu baju tadi?" Dia terkejut dan wajahnya berubah. "Itu abang saya. Kami kongsi baju dan kasut sebab tak ada baju lain. Itu saja baju dan kasut yang ada. Maafkan saya, cikgu." Jawabnya "Kenapa kamu tak beritahu cikgu dan kenapa kamu biarkan saja cikgu pukul kamu?" " Mak pesan, jangan meminta-minta pada orang, jangan ceritakan kemiskinan kita pada orang. Kalau cikgu nak pukul serahkan saja punggung kamu." Sambil menahan airmata yang mula berguguran saya memeluk anak itu, "Maafkan cikgu, ......." Kejadian itu cukup menginsafkan saya. Selepas itu saya cuba membantunya setakat yang mampu.
Dipetik dari pengalaman seorang guru yang dedikasi.
MO kata : Sebelum mengambil sesuatu keputusan selidiklah dahulu. Jangan terus mahu memaki hamun. Suka untuk MO kongsikan tweet di bawah.
12 Pesanan:
jatuh air mata,bila lihat kesungguhan anak2 begini tuk mendapatkan ilmu...berbeza ngan sesetengah anak2 yg di mewahkan,nak ke sekolah siap bagi syarat kat mak ayah,nak ipad la,nak henpon la baru nak pegi sekolah...Allahuakbar....
Xsanggup utk bc kali ke 2 kisah ini... br sedikit bc kisah itu dh menangis, menangis & menangis... Sampai bengkak mata... Seorg anak yg begitu dahagakan ilmu tanpa meminta ehsan org lain..
Muhasabah pada diri: Selalu melakukan kebaikan walaupun kecil tp di pandang mulia oleh ALLAH... Hidup utk memberi sebanyak-banyaknya akan di pupuk dlm diri..
Thanx MO!!
salam.
satu cerita yang menarik. tak semua anak-anak sekarang merasa syukur dengan apa yang mereka ada
emm, zaman sekarang kan dah ada bantuan smua? ada lg eh yg mcm tu.
semangat belajar tu penting bg diorang! bgus
salam,
sy pun sbg cikgu jrg sgt nak ambil berat masalah student ni... huhuhu...
baru pg semalam akak tgok slmt pg mesia..ada YB nie bicara kan tentang kes buang sekolah...sebab bila kes buang sekolah automatik budak2 akan memberontak dan libatkan diri dlm perkara2 -ve.,.so dia syorkan cikgu2 ke rumah jumpa mak ayah..tengok keadaan rumah kenapa pelajar tu masalah...
@puteri rimba
yep.. pengalaman beharga, bila mereka mengecapi kejayaan kelak
@Muslimah Sejati
ya melakukan kebaikan yang kecil tetapi mulia disisi Allah seperti mana burung kecil yang berusaha menitiskan air menggunakan paruhnya untuk memabantu memadamkan api yang membakar Nabi Ibrahim..
@Norazila Awang
kadang-kadang untuk bersyukur tu perlu diterapkan dan diajar di rumah walaupun anak-anak disogok dengan kemewahan
@korie hensem
ramai lagi pelajar miskin sekarang ni
@Areef Ibn Naim
wasalam..
xpe, lepas ni rajin-rajinkanlah amik berat pasal student ye ustaz
@aDisH.sHidA
sebenaqnya memang cikgu kena buat pemantauan di rumah pun
Post a Comment