Showing posts with label PUISI. Show all posts
Showing posts with label PUISI. Show all posts

Contest Aku Berpuisi- Aku Mahu Bertaubat


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Kali ni MO nak join contest Aku Berpuisi yang dianjurkan oleh Cikgu Azhan. Kalau berminat nak join jugak sila klik banner di bawah. :-) MO bukanlah pandai sangat berpuisi tapi sekadar menghilangkan rasa tekanan dan bosan kadang-kadang terhasil puisi-puisi yang merapu. Hihihi...




Panorama alam
Indahnya
Tidak pernah aku bayangkan
Bagaimana alam seabad akan datang
Masih adakah pohon-pohon hijau
Yang sentiasa sujud dan patuh kepadaMu?
Atau hanya ada hutan-hutan batu
Yang keras
Yang bewarna warni

Ketika itu
Mungkin aku sudah di alam lain
Di alam barzakh
Mungkin aku sudah hancur dimamah bumi  
atau
Di seksa
Setiap hari aku akan meraung meminta dikurangkan keseksaan

Namun
Siapa yang mendengar
Tiada siapa melainkan ALLAH s.w.t

Tetapi
Ketika itu menangis air mata darah sekalipun tidak berguna lagi
Aku merasa penat
Namun seksaan itu juga tidak pernah berkurang
Aku tidak pernah dikasihani
Aku hanya mampu menangis dan meraung
Mohon dilepaskan dari seksaan

Namun jika aku dilepaskan 
Mungkin hanya sekadar mimpi

Kalaulah
Aku seorang anak yang soleh

Kalaulah
Aku seorang anak yang solehah

Kalaulah
Aku hamba Allah yang patuh

Kalaulah
Masa boleh diundur kembali

Aku mahu bertaubat YA ALLAH
Aku tidak sanggup diseksa begini YA ALLAH
Ampunkan aku YA ALLAH.
Ampunkan aku.

Nukilan,
Muslimah Optimis
11.11.10
9.30 Malam
Bilik Tesis dan Disertasi
Perpustakaan Utama Universiti Malaya

MO kata : Harap penyertaan ini diterima memandangkan nukilan ini dah lama dihasilkan semasa MO tekanan meyiapkan thesis MO. :-)

Syarat kena tag 3 orang : Bulan Bulat, Meor As-Syabab, Putera Remaja

Sekian Wassalam.

Puisi : : Gugurnya Daun



Daun itu warnanya hijau ketika muda,
Tapi lama kelamaan,
Daun yang hijau bertukar menjadi kuning 
Akhirnya coklat 
Dan gugur menyembah bumi.


Aku juga begitu,
Dulunya aku kecil masih bayi,
Aku berubah menjadi kanak-kanak,
Aku membesar sebagai remaja,
Kini aku sudah dewasa,
Tak lama lagi akan memegang title sebagai warga tua,
kerana semakin hari aku semakin berusia,
sudah ku ketahui ketetapan ILAHI
aku juga akan mati suatu hari nanti.
 
Hasil Nukilan :
Muslimah Optimis
18 Jun 2011

Sekian Wassalam

Pelangi Hitam

Assalamualaikum. 
Hari ni MO Cuti Sakit.. Hurmmm.. Sebenarnya dah lama bertagak nak gi klinik ni tapi disebabkan keja terpaksa la ditangguhkan hasrat hati tu. Dan pagi tadi memang dah tak tahan sangat, so pegilah klinik jugak. MO gi klinik Kesihatan Pelajar UM je yang bertempat di KK12, UM. 

Kalau kat UM ni, biorler nama kolej hebat macam mana pon still akan dipanggil KK1, KK2 hingga KK12. KK tu merujuk kepada Kolej Kediaman. Kalo KK12 tu nama kolejnye Kolej Kediaman Raja Dr. Nazrin Shah. Sedap kan namanya. Tapi selalu orang akan sebut sama ada KK12 or 12th je. Kalau macam kolej kediaman MO, KK4 kitorang sebut 4th je. Hohoho..Kalau nak tau berkenaan nama-nama kolej kediaman lain tu korang google jelah eh. Tak larat pulak nak menaip. Huhu. 

Ok.. Now back to the topic..

Bermula dari Ustaz Chong a.k.a Jiji Yu yang buat entry pasal pelanginya. Diikuti oleh Mis Ran a.k.a Cikgu Iffah yang nak gula-gula pelangi besor. Lepas tu Ustazah Sunah a.k.a Sunah Muhamad pun bagi la GAMBAR gula-gula pelangi kek Miss Ran. Hanya sekadar gambo saje yang diberi.. Jadi MO pon terpanggil jugak nak buat entry sal pelangi nih.

ihsan google

PELANGI.. Apa yang terimaginasi di minda bila kita sebut pelangi. Tentu seperti gambar di atas kan. Subhanallah cantiknya pelangi. Tapi mungkin ada yang cakap, "ala biase je aku tengok pelangi tu tak ada apa yang menarik pun". Itulah manusia kan, diberikan rasa yang berbeza, pengalaman yang berbeza. Sebab tu Si A mungkin mengatakan pelangi itu cantik sebaliknya tidak pada si B.

Hurmmm.. Apa kaitan pulak dengan pelangi hitam. Ohhh.. Sadis sungguh mendengarnya. Pelangi Hitam.

Pelangi itu warnanya pelbagai,
Merah, Jingga, Kuning, Hijau, Biru, Indigo, dan Ungu,
Hidup manusia juga begitu,
Warnanya pelbagai,
Jika hanya ada satu warna saja tentu tidak menarik,
Itulah rencah kehidupan,
Pahit, manis, masam, dan tawar,
Supaya kita merasai
Nikmatnya gembira, 
Nikmatnya berduka,
Nikmatnya kesakitan,
Nikmatnya disayangi, 
Nikmatnya dibenci,
Kenapa perlu berasa nikmat??
Kerana Allah menjadikan sesuatu itu bukan untuk sia-sia,
Pasti ada hikmah yang menanti dipenghujungnya.
Seperti dikisahkan dalam surah al-Insyirah.
Kerana sesungguhnya bersama setiap kesulitan ada kemudahan,
Jangan jadikan hidup kita seperti pelangi hitam. 
Hiasi hidup kita dengan warna-warna pelangi yang menyejukkan jiwa.
Semoga kita semua dalam redhaNya..
Ameen..Ya Rabbal Alamin..


p/s : 
banyak ubat kena makan.. sabo je lah nak baik kan.. huhu.. and nasib baik dapat Doktor pompuan tadi. Sebelum ni pi asik kena doctor lelaki je. Huhu.. Sedih tol..

Terima kasih kerana membaca.
Sekian Wassalam.

TIADA TAJUK LAGI!!!

Selamat pagi semua
Assalamualaikum wbt..

Yeah..
Tiada Tajuk Lagi..

sebelum baca puisi Tiada Tajuk Lagi..
wajib kena baca puisi Tiada Tajuk Okeh

Jika tidak, anda tidak akan tahu kisah di sebalik dua puisi ini
sentimental tu..
coretan dua sahabat
Angin dan Bintang
Siapa Angin? Siapa Bintang?
Sila klik dan baca Tiada Tajuk Okeh


Jom Baca...
 Tiada Tajuk Lagi

manusia kadang-kadang kala perlu diberi ruang
berfikir dengan tenang
mendalami diri dengan hati
menguatkan hati dengan cinta
namun..
awas..
jangan sesat dalam pencarian diri..
ruang yang luas usah disempitkan
cinta ??
ada apa dengan cinta?
bukan suatu kalam biasa
bukan cinta biasa
bukan juga cinta luar biasa
cinta adalah cinta..
manusia bijak hidup kerna cinta Ilahi
ya cinta ilahi yang dicari
namun mengapa ramai yang masih mencintai duniawi
aku juga cinta duniawi
aku boleh dapat macam-macam
tapi
macam-macam itu hanyalah sekejap
tiba-tiba hilang dari pandangan
ketika itu aku tercari-cari
cinta
mana kamu cinta
Ya ALLAH
masih adakah sisa cintaMU untukku
aku mahukan cintaMU
ya, kini aku bersedia memberi cintaku
hanya untukMU


Sekian saja dari kami berdua Bintang dan Angin
yang mengenali dari suatu peristiwa tidak terduga. 
Nak tahu peristiwa apa?? Sila tanya Si Angin ya...


p/s : 
bukan sengaja tak nak letak tajuk tapi kami tak tau nak letak tajuk apa...
coretan puisi di kala YM....

sekian
Wassalam

TIADA TAJUK OKEH!!!

Salam Semua...

Dikala pagi, aku berbalas madah kata
kata bukan sebarang kata
ini kata sangat berbisa

coretan dua sahabat Angin dan Bintang 


yeah, 
dulu main lukis-lukis kat doodle YM, 
tadi main coret-coret kat YM..

yang kaler biru tu coretan angin
yang warna pepel pulak coretan Bintang (MO la tu)

jom baca coretan kami

Tiada Tajuk Okeh
setiap  yang hidup pasti perlukan angin
aku juga perlu
setiap yang hidup pasti perlukan bintang
bukan sebab cantik
indah dimata
tapi bintang petunjuk jalan
moga jumpa bintang sebenar
petunjuk ke arah kebenaran
kadang-kadang kita silap
kita ingatkan bintang itu yang memberi cahaya
tapi pantulan cahaya bulan
bulan yang memberi cahaya
tapi sekali lagi kita silap
kerana bulan memantulkan cahaya matahari
ya
matahari
tak pernah lokek dengan cahayanya
tanpa matahari tentu kita dalam kegelapan
begitu juga nur islam
tanpa nur islam
pasti kita sesat
sesat kerana tidak dapat melihat jalan
jalan yang ada bukan hanya satu
bukan juga dua
namun beribu-ribu
pilih saja mana yang suka
namun pilihan kita tak semestinya tepat
tanpa petunjuk sebenar
itulah cahaya islam
agama teragung

Inilah coretan di kala jam sudah melangkaui 2 pagi.. kami masih melayan emosi..
tacing-tacing lagi..
huhuhu..

semoga ukhwah ni diredhai..
Saya sayang kamu kerana Allah
(pengakuan berani mati tuh)

okeh..okeh...actually ada puisi kedua....
juga tiada tajuk..

tunggu entry
TIADA TAJUK LAGI...

tapi nanti okeh...

sekian, wassalam

PENGEMBARAAN BERSAMA MUSLIMAH OPTIMIS (MO)


Assalamualaikum wbt…
Salam Imtihan buat semua sahabat-sahabat yang akan menduduki peperiksaan walau dimana sahaja anda berada. Esok adalah peperiksaan MO yang terakhir untuk sem ni. Semoga berjaya kepada MO dan Semoga semua yang mengambil peperiksaan esok akan menjawab dengan baik. 
Hari ini Mira a.k.a Muslimah Optimis (MO) ingin membawa pembaca semua ke sebuah destinasi menarik. Destinasi yang mana satu, anda semua tentukan sendiri.. Kita akan berehlah di tepi pantai.
Sebelum kita meneruskan pengembaraan, jom sama-sama kita membaca kalimah Bismillahhirohmanirrohim dengan penuh tertib.

Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Penyanyang kita akan mulakan pengembaraan kita pada hari ini. Bukan Pengembaraan Upin Ipin tau.. Ini Pengembaraan bersama Muslimah Optimis.. Nak mengembara ke mana ye? OK.. Jom… betulkan duduk biar selesa.
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Baiklah, sekarang tarik nafas dalam-dalam.
Hembus.
Tarik nafas.
Hembus.
Tarik nafas..
Hembus..

Ok, setelah anda menarik nafas dalam-dalam dan hembus nafas secara perlahan-lahan sebanyak tiga kali, cuba anda buang semua masalah yang sedang bersarang dalam fikiran anda sekarang. Buang jauh-jauh. Segala situasi dan cabaran yang anda hadapi anda letakkan di dalam sebuah beg plastik hitam dan anda ikat kuat-kuat. 
Bagi pelajar-pelajar yang bakal menduduki peperiksaan, sila masukkan segala input yang telah anda baca di dalam peti besi supaya semua ilmu itu tidak lari.
Ok. Sekarang pengambaraan bersama Muslimah Optimis bermula.
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
(Sila baca dengan penuh perasaan ya).
Cuba anda bayangkan anda kini sedang berada di sebuah pulau yang sangat cantik. Pepasir pantai yang halus dan bersih. Anda terdengar desiran ombak yang memukul-mukul pantai. Anda berjalan-jalan menyusuri pantai tanpa kasut. Anda berjalan tanpa menoleh kebelakang. Anda menapak dari satu tapak ke satu tapak. Anda melangkah selangkah demi selangkah sehingga anda sampai ke tempat permulaan tadi kerana pulau ini berbentuk bulat. Anda tidak tahu dari mana pantai ini bermula. Tiada titik penyambung. Yang anda nampak hanyalah ciptaan ALLAH yang sangat indah. Kini anda merasai hembusan bayu di wajah anda. Hembusan lembut. 
Anda kini sedang melutut di atas pasir pantai. Tiba-tiba anda teringatkan dosa lampau yang anda pernah lakukan. Anda rasakan diri anda begitu kerdil di tengah pulau yang tidak berpenghuni itu. Anda terasa mahu menangis, namun air mata anda tidak mahu mengalir. Anda memaksa untuk menangis namun anda masih tidak berjaya. 
Kemudian,
Anda merenung ke langit, anda melihat hamparan langit yang sangat cantik. Warnanya kebiru-biruan sama seperti warna air laut di hadapan anda. Ada dua ekor burung sedang terbang beriringan di langit biru. 
Anda ternampak wajah ibu dan ayah anda di hujung pantai. Anda memanggil mereka tetapi mereka tidak mendengar panggilan anda. Anda menjerit sekuat hati anda, namun usaha anda sia-sia. Anda masih tidak berputus asa, anda berlari sekuat hati anda untuk sampai ke hujung pantai, namun setelah anda sampai ibu bapa anda telah tiada di situ. Anda kecewa. 
Tiba-tiba anda terdengar suatu suara berkata kepada anda 
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
 
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
“Imej 3D”…
heheheh.. jangan marah

dah lama tak menyusuri pantai...  
Masa kecik-kecik abah suka bawak pi Pantai Bersih, Penang 
tapi lani dah tak tau apa jadi kat pantai tu.. Masih bersihkah?? hehe

Macam mana pengembaraan bersama MO. Apa yang anda dapat bayangkan? Pulau? Pantai yang bersih pasirnya? Laut yang biru airnya? Langit yang terbentang luas? Tidak kisahlah apa sahaja yang anda semua bayangkan, Itu adalah imej 3D yang wujud dalam minda anda (akan lebih berkesan imej yang wujud jika anda memejamkan mata dan menghayati setiap bait kata, namun anda sedang membaca, kalau menutup mata macam mana mahu menghabiskan pembacaan? Kan..kan… hehe…
Pernah tak anda merasai seperti anda benar-benar berada dalam khayalan anda. Pernah rasa atau tidak??? Jika YA, sila maklumkan ke MO. 
Sebenarnya semasa sedang bersiap petang di hadapan cermin, tiba-tiba terlintas satu perkataan di minda MO iaitu Imej 3D. Tu yang MO coretkan disini. Saja mau kongsi dengan para pembaca. 
Yakinlah dengan diri anda bahawa anda adalah apa yang anda fikirkan. Mohonlah pada ALLAH apa yang anda mahukan kerana hanya DIA yang berkuasa memberi. 
Walau suapa pun kita, jagalah hubungan dengan TIGA, 
Tuhan, Ibubapa, Guru-guru, Al-Quran..
Jangan membelakangkan Allah swt dalam setiap perlakuan kita,
Sentiasa memuliakan ibu bapa yang banyak berkorban untuk kita,
Jangan lupakan Guru yang mengajar tulis baca,
Dan Jadikan Al-Quran sebagai teman rapat kita..

(kata-kata ini diperolehi semasa mendengar ceramah menjelang peperiksaan dulu - tepat sekali hubungan dengan yang TIGA ini perlu dijaga)

InsyaALLAH jika kita menjaga hubungan dengan yang TIGA ini, hidup akan sentiasa berada dalam rahmatNya. 
Jika anda semua perasan dalam pengembaraan bersama MO tadi MO ada selitkan kata-kata Anda tidak tahu dari mana pantai ini bermula. Ya kita tidak tahu dari mana pantai itu bermula, kita tidak tahu dari mana bumi ini bermula. Adakah dari Australia dan berakhir dengan Malaysia atau dari Tanah Arab dan berakhir di Jepun??? Jawapannya TAK TAHU...
Tetapi kita harus tahu bahawa kita semua bermula daripada setitis air yang hina sehingga terbentuknya zigot di dalam rahim ibu kita dan setelah berada di alam rahim selama 38 minggu maka kita menjenguk ke dunia. Kehidupan kita di dunia kita tidak tahu selama mana. Mungkinkah hanya selama sebulan (tetapi Alhamdulillah anda yang membaca ini dan MO juga pastinya umurnya lebih panjang dari sebulan kerana ada sahabat kita yang mungkin kini sebaya atau lebih tua telah dipanggil pulang oleh ALLAH sejurus selepas dilahirkan), mungkin usia kita di dunia selama 20 tahun, 30 tahun, 40 tahun, 60 tahun atau lebih panjang??

Jangan sesekali kita lupa bahawa daripada DIA kita datang dan kepada DIA kita kembali. Hanya masa dan ketikanya adalah dalam rahsia ALLAH. Tiada siapa yang mengetahui kecuali DIA.

Bersyukurlah kepada yang mengetahui bila mereka akan ‘pergi’. MO ada seorang teman yang pernah berkhidmat di salah sebuah hospital sebagai social worker, salah satu daripada tugasnya adalah memberi kaunseling kepada pesakit kronik yang mana menurut doctor tiada harapan lama untuk bertahan (hidup). Salah satu kes yang pernah beliau ceritakan kepada MO iaitu beliau terpaksa memberi kaunseling kepada pesakit kanser hati (kalau tak silap) yang ada masa kira-kira seminggu untuk hidup namun pesakit itu bukan beragama Islam. Beliau sendiri berasa tidak sampai hati dan risau mengenangkan nasib yang menimpa pesakit yang kini telah meninggalkan suami dan anak-anaknya yang masih kecil. 

Beruntunglah jika kita mengetahui bila kita akan pergi menemuiNya. Bagi mereka yang mengetahui (mungkin yang sakit-sakit kronik) bisa bersedia menerima dengan redha. Namun kita yang sihat-sihat ini bagaimana?? Mahu duduk sajakah??? Takkan dah sakaratulmaut baru nak bertaubat a.k.a nak bertaubat last minute seperti dalam entry MO Saat Terakhir.

Kata beliau lagi, memang menginsafkan bila mengenangkan pesakit-pesakit yang sedang bertarung nyawa di hospital. Kalau rasa-rasa anda sedang mengalami cabaran yang sangat genting (big n biggest problem yang tak tertanggung) anda bolehlah melawat ke hospital atau melawat ke rumah-rumah orang tua (yang kudratnya telah berkurangan berbanding kita yang masih muda belia) atau mambuat lawatan ke rumah spastik (kanak-kanak cacat CP) atau merenung nasib pengemis-pengemis di jalanan atau apa-apa sahaja yang boleh membuatkan kita berasa bersyukur bahawa situasi yang anda hadapi itu tidaklah sebesar mana.
  
Renung-renungkan dan selamat beramal (pinjam ayat prof Izi)….
Sekian…sehingga berjumpa lagi…
Wassalam.