Pelangi Hitam

Assalamualaikum. 
Hari ni MO Cuti Sakit.. Hurmmm.. Sebenarnya dah lama bertagak nak gi klinik ni tapi disebabkan keja terpaksa la ditangguhkan hasrat hati tu. Dan pagi tadi memang dah tak tahan sangat, so pegilah klinik jugak. MO gi klinik Kesihatan Pelajar UM je yang bertempat di KK12, UM. 

Kalau kat UM ni, biorler nama kolej hebat macam mana pon still akan dipanggil KK1, KK2 hingga KK12. KK tu merujuk kepada Kolej Kediaman. Kalo KK12 tu nama kolejnye Kolej Kediaman Raja Dr. Nazrin Shah. Sedap kan namanya. Tapi selalu orang akan sebut sama ada KK12 or 12th je. Kalau macam kolej kediaman MO, KK4 kitorang sebut 4th je. Hohoho..Kalau nak tau berkenaan nama-nama kolej kediaman lain tu korang google jelah eh. Tak larat pulak nak menaip. Huhu. 

Ok.. Now back to the topic..

Bermula dari Ustaz Chong a.k.a Jiji Yu yang buat entry pasal pelanginya. Diikuti oleh Mis Ran a.k.a Cikgu Iffah yang nak gula-gula pelangi besor. Lepas tu Ustazah Sunah a.k.a Sunah Muhamad pun bagi la GAMBAR gula-gula pelangi kek Miss Ran. Hanya sekadar gambo saje yang diberi.. Jadi MO pon terpanggil jugak nak buat entry sal pelangi nih.

ihsan google

PELANGI.. Apa yang terimaginasi di minda bila kita sebut pelangi. Tentu seperti gambar di atas kan. Subhanallah cantiknya pelangi. Tapi mungkin ada yang cakap, "ala biase je aku tengok pelangi tu tak ada apa yang menarik pun". Itulah manusia kan, diberikan rasa yang berbeza, pengalaman yang berbeza. Sebab tu Si A mungkin mengatakan pelangi itu cantik sebaliknya tidak pada si B.

Hurmmm.. Apa kaitan pulak dengan pelangi hitam. Ohhh.. Sadis sungguh mendengarnya. Pelangi Hitam.

Pelangi itu warnanya pelbagai,
Merah, Jingga, Kuning, Hijau, Biru, Indigo, dan Ungu,
Hidup manusia juga begitu,
Warnanya pelbagai,
Jika hanya ada satu warna saja tentu tidak menarik,
Itulah rencah kehidupan,
Pahit, manis, masam, dan tawar,
Supaya kita merasai
Nikmatnya gembira, 
Nikmatnya berduka,
Nikmatnya kesakitan,
Nikmatnya disayangi, 
Nikmatnya dibenci,
Kenapa perlu berasa nikmat??
Kerana Allah menjadikan sesuatu itu bukan untuk sia-sia,
Pasti ada hikmah yang menanti dipenghujungnya.
Seperti dikisahkan dalam surah al-Insyirah.
Kerana sesungguhnya bersama setiap kesulitan ada kemudahan,
Jangan jadikan hidup kita seperti pelangi hitam. 
Hiasi hidup kita dengan warna-warna pelangi yang menyejukkan jiwa.
Semoga kita semua dalam redhaNya..
Ameen..Ya Rabbal Alamin..


p/s : 
banyak ubat kena makan.. sabo je lah nak baik kan.. huhu.. and nasib baik dapat Doktor pompuan tadi. Sebelum ni pi asik kena doctor lelaki je. Huhu.. Sedih tol..

Terima kasih kerana membaca.
Sekian Wassalam.

26 Pesanan:

Atiqah Sa'ahiry said... [Reply]

tiada pesanan untuk MO..

huhu..bestlah entri ini..semua nikmat kita merasainya..peringtn dan muhasabah untuk diriku juga..

banyak yg boleh dikaitkan dengan pelangi ne ...hhuu

JIJI YU said... [Reply]

pelangi kampong mane lak le kaler hitam..ahaha..

FasiHaH SupiaN said... [Reply]

banyak lagi warna, pilihlah yang pelbagai jangan yg hitam sahaja..:)

kak, makan ubat rerajin! TC :)

Sunah Sakura said... [Reply]

kampung saya pun pelangi takde kaler... sebab tak ujan hari ni... errr... :p

Kumbang Jingga said... [Reply]

dalam puisi tu ada jingga..best2 ehehehe

Gen2Merah said... [Reply]

makan ubat rajin2 ya MO... dah lama G2M tak tengok pelangi ni.. huhu

Iffah Afeefah said... [Reply]

lngit hitamkan pelangi hehehe

Mohamadazhan.com said... [Reply]

selalu makan kat KK12...murah.hehe

sangat terkesan dengan entri ni...hidup kadang2 ada suka dan duka...semuanya adalah ujian buat insan,apakah mereka mampu atau tewas dipersimpangan...moga semua dirahmati-NYA dalam melayari kehidupan ni =)

Muslimah Optimis said... [Reply]

@Atiqah Sa'ahiry yep.. Allah memberikan ilham..pelangi oo pelangi.. nikmat hidup ni hanya sekali

Muslimah Optimis said... [Reply]

@JIJI YU pelangi kampung pon pelangi kampunglah..hoho

Muslimah Optimis said... [Reply]

@FasiHaH SupiaN yep..hidup ni kena warna warni kan..hihi

Muslimah Optimis said... [Reply]

@Sunah Sakura hihihi..kalo ujan pon lom tentu ada pelangi..hihi

Muslimah Optimis said... [Reply]

@Kumbang Jingga ye kumbang jingga.. hihi

Muslimah Optimis said... [Reply]

@Gen2Merah insyaAllah.. kalo rajin makanlah ubat tu..hihi... aha, lama jugak dah MO pon xtengok pelangi..hihi

Muslimah Optimis said... [Reply]

@Iffah Afeefah hihih.. amik color hitam then color.jadilah pelangi hitam di langit..hihi

Muslimah Optimis said... [Reply]

@Mohamadazhan.com makan kat KK12?? cikgu azhan, IPBM ke??

moga dirahmati Allah semuanya..ameen

halila Ibrahim said... [Reply]

semoga cepat sembuh yea !!!

K O R I E said... [Reply]

Betul~ pelbagai rencah dlm kehidupan ini~
MO TERUSkan menulis yea.
korie suka baca ;)

Подтверждаю said... [Reply]

as salam..
semoga cepat sembuh.
amati setiap apa yang berlaku itu, dengan apa yang kita buat hari-hari..

moga kita sentiasa beringat..
ameen..

cik pulau said... [Reply]

dah lama tak jumpa pelangi...^^,

dianssi said... [Reply]

suka sangat dengan puisi pelangi hitamnya.
nak share buat muhasabah boleh tak?

Muslimah Optimis said... [Reply]

@halila Ibrahim terima kasih kak.. sakit tu kejap ada kejap hilang.. huhu

Muslimah Optimis said... [Reply]

@K O R I E terima kasih korie.. insyaAllah akan terus menulis

Muslimah Optimis said... [Reply]

@Подтверждаю waalaikumussalam.. insyaAllah pakcik

Muslimah Optimis said... [Reply]

@cik pulau heheh..sekarang hujan malam2, petang2 mana nak timbulnya pelangi.. hehe

Muslimah Optimis said... [Reply]

@dianssi terima kasih kerana suka.. boleh je nak share