Bola o00oo Bola.. Malaysia Menang Sebenarnya.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 

Fuhhhhhhhhhh.. Berapi semalam penyokong Malaysia yang turun ke Stadium Nasional Bukit Jalil kan. Berapi sebab nak bagi sokongan kepada pemain-pemain Malaysia. Tahniah kepada pasukan Malaysia yang berjaya menjaringkan 1 goal (hasil jaringan Safee Sali). Satu prestasi yang baik. 

Bukan sengaja Harimau Malaya tewas kan. Kalau kita sebagai penonton kecewa, cuba bayangkan bagaimana perasaan mereka? MO pernah menjadi atlet semasa zaman sekolah, pernah mewakili sekolah dan daerah dalam beberapa acara sama ada sukan, pidato dan beberapa pertandingan lain. MO tahu bagaimana sakitnya kekalahan itu dan bagaimana nikmatnya kemenangan itu. 


MO tahu masih ramai yang menyokong Harimau Malaya walaupun kalah, yelah kan kita kan rakyat Malaysia, kalau kita yang tak sokong sapa lagi kan, dah lah negara jiran kutuk kita kaw-kaw. MO yang baca kutukan diorang tu rasa nak marah jugaklah. Sesuka hati diorang je.. Hurmmm... Jom like Kalah atau Menang Kami tetap Sokong Malaysia.

Dan MO perasan kewujudan satu pages "Singaporean Pondan". Hello guys, common.. Tak payahlah kita nak kutuk-kutukan sampai macam tu sekali even memang banyak lakonan (wallahualam), mungkin pemain Kota Singa betul-betul jatuh ke (tapi takkanlah ramai sangat nak jatuh iyo dak). Macam mana kita bengang negara jiran (bukan Singa) kutuk-kutuk Malaysia, macam tu jugak rakyat Kota Singa rasa kalau ada kata negara diorang macam tu. 

Semua dah besar dah boleh fikir secara matang la. Tambahan pulak yang betul-betul fanatik dengan bola ni Melayu je banyakknya. Yang banyak heboh kat FB pon Melayu jugak. Sebagai Muslim takkan kita nak bergaduh dengan Muslim lain hanya disebabkan sebiji bola????? Tepuk dada, jawab sendirilah. 

Sahabat-sahabat pembaca sekalian, Kita sedang diuji. Allah menguji kita dengan kekalahan. Kemenangan juga satu ujian sebenarnya. Pernah dengar kisah seekor Monyet handal yang jatuh pokok??

Saja nak cakap dalam loghat utagha boleh?? Macam best sikit. Al-maklumlah penulisnya orang utagha. 
Ada sekoq monyet yang sangat kiut, hobi monyet ni panjat pokok. So, sampailah kat hujung pokok. Tiba-tiba, huihhhh, mai angin yang sangat kencang (ala-ala tornado), tapi monyet ni pegang kuat gila kat dahan pokok tu. Alhamdulillah monyet kiut tu terselamat. 

Lepaih tu, mai pulak angin sepoi-sepoi bahasa (wahhh, kalo dok tepi pantai ni best ni), tapi monyet ni kan atas pokok tapi si monyet kiut ni perasan dok tepi pantai. Nikmat punya pasai, monyet ni pun termengantuk (abih dah dok kena angin lembut ja), pegangan monyet kiut tu di dahan semakin longgar dan akhirnya terlepas lalu te jatuh. Gedebuk..
Kadang-kadang Allah menguji kita dengan kesusahan sebab Allah tak mahu kita leka dan alpa. Pernah suatu ketika kejadian ini berlaku kepada salah seorang pemain negara X yang tidak pernah kalah selama dia bermain mewakili negara X. Ramailah yang memuji dan kagum dengannya. Namun dalam satu pertadingan, pemain tadi mengalami kekalahan. Ramai yang mengecam, strategi la, nu la, ni la. Dan hanya satu ayat yang keluar dari mulut pemain tadi. "Kenapa tiada siapa yang persoalkan kemenangan aku, tetapi kamu persoalkan kekalahan aku".

Sedar tak? Kita juga kadang-kadang macam tu kan. Bila menang seronok bukan main. Kita menang kerana diri kita yang "hebat" tapi bila kita kalah??? Nak salahkan siapa?? Menunding jari pada orang lain??? Tepuk dada tanya hati. Allah menjadikan sesuatu itu pasti bersebab.

OK. Malaysia Menang Sebenarnya. Baru nak masuk pada tajuk ke? Hurmmm.. Ya Malaysia Menang dalam Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa kali ke-53 bagi kedua-dua kategori. Tahniah diucapkan kepada :-

Qari = Amirrahman Abas dan 
Qariah = Suraya Abu Hassan. 

Nak mengetahui lebih lanjut mengenai kemenangan Malaysia dalam Majlis Tilawah Al-Quran peringkat Antarabangsa Kali ke-53 boleh klik sini. 

Walau apa pun, TAHNIAH dan SYABAS diucapkan kepada kita semua kerana kita semua adalah JUARA yang menang dalam rahim ibu kita. Kitalah sperma ayah kita yang berenang dan berjaya mengetuk pintu ovum dalam rahim ibu kita. Akhirnya kita dilahirkan didunia sebagai khalifah. Hidup hanya sekali, jadikan di jalan yang benar. 

MO kata : Terima Kasih kerana membaca sampai habis. Btw, korang tau tak apa itu SMEi dalam dunia blog??

Sekian Wassalam. 

12 Pesanan:

Nomad Melayu said... [Reply]

Assalamualaikum,

hehehe, entri yang ada unsur lawak + pengajaran.

Apa2 pun, terima kasih atas perkongsian :)

shahjiehan said... [Reply]

elok pon malaysia kalah, klo x kalah, nest game mungkin di buat pada bulan puasa...


lagi 1, malaysia kalah kerana permainan yang kucar kacir malah hanya bergantung pada sesetengah pemain seperti

K.fahmi dan safee sali.


yang menjadi persoalannya, mengapakah rajagobul menurunkan ismalin faruqi? itu menjadi tanda tanya kepada ramai penyokong malaysia.



Demi bola, orang sanggup jem berjam2 di kawasan stadium.. orang sanggup berpanas dan bersesak2 demi melihat bola yang satu..


tetapi, adakah mereka ini sanggup melakukan semua itu demi Allah? adakah mereka sanggup menangis apabila mengenangkan dosa2 silam? renung2kan...



| salam ramadan al mubarak |


..

Muhd Iqbal Samsudin said... [Reply]

SMEi :)

Unknown said... [Reply]

tersentap bace yg last2 tu..menang dalam pertandgan tilawah..betol gak..bersyukur kan..kalah bola,menang tilawah..ok what..

Unknown said... [Reply]

walopon malysia kalah tapi malysia still memang bermaruah sebb pemain malysia semua adlh pemanin temptn.. incya-Allah tunggulah piala dunia 2018 nty..incya-Allah malysia lagi hebat..

btw, alhamdulilah hampir diktekan setiap tahun qari and qariah malysia berada di top 3..

Unknown said... [Reply]

aku takleyh terima ego mereka

arisbudi10 said... [Reply]

salam kenal..... :)

Munn Jaafar said... [Reply]

bgus MO buat entry ni...rasanya rmai yg xtahu kemenangan malaysia baru2 ni =)

Ce'gu JAERA said... [Reply]

cayalah MO.. suka dengan entri ini. sebuah nasihat yang baik untuk kita renungi apabila terlalu fanatik dengan bola ni...

azu said... [Reply]

Syabas jugak buat Msia!jom singgah2 ye!
http://azumie.blogspot.com/2011/07/harimau-malaya-tumbang-pada-si-singa.html

Anonymous said... [Reply]

Assalamualaikum.. entri y bernas MO, 3 DLM 1..^_^alhamdulillah..tahniah kepada wakil malaysia walau dlm bidg ap sekalipun.thniah juga kpada semua khalifah yang tidk lupa asl usul kjdian..;)may Allah bless.ameen..

Unknown said... [Reply]

ye menang sebenarnya


erm entry terbaik

5 bintang