Jari Kelingking fungsinya untuk Korek Hidung?? errkkk


Assalamualaikum.. neno neno, nak cakap, Malam ni kira malam terakhir penyertaan contest Aku Ingin Berubah diterima. Lepas jam 12 je, dah tutup. Ada sesiapa masih berminat nak join, bolehlah klik link hijau kat pesanan tuan blog tu ye. 

Haaa, ni MO nak cakap pasal jari kelingking ni digunakan untuk korek hidung ke??? ermmmm... (jangan cakap MO ni pengotor pulak), ni sekadar nak kongsi satu cerita.. MO baru balik lepak dari satu blog ni. Sebelum MO teruskan kepada fokus utama entry ni meh le baca kisah di bawah dulu ye.. Baca sampai habis tau, baru tau kesudahan entry.. peace.. 


Pada suatu hari yg damai, seorang gergasi bangun dari pembaringannya. Dengan hati yg kurang riang, almaklum sejak dari semalam semua jari tangannya kebas-kebas. Mungkin dari akibat terlalu lama mengapak pokok. Si gergasi ini bangun dan mencari makanan, sambil termenung memikirkan surutnya pendapatan akibat taufan yg masih lagi memberi kesan kemusnahan keatas tapak semaiannya, dia mengharapkan agar sesuatu yg baik bakal menyusul selepas kerja-kerja pemulihan dilakukan. Dlm mengelamun itu, dia terlena. Tika ini lah kelima-lima jemari mula berbual sesama sendiri.

Si ibu jari: tahukah kalian bahawa akulah yg paling penting kepada tuan kita ini?
Tanya yg lain: kenapa pula kau berkata demikian?

Si ibu jari: tanpa aku, segala urusan rasmi yg melibatkan pengenalan diri tuan kita, tidak sah, kan ke aku yg diambil copnya untuk pengesahan, kau semua mana layak! jawab ibu jari.

Dengan yakin jari telunjuk pula berang, Hoi, aku lebih berkuasa dari kamu semua. Kalau tuan kita nak mengarahkan orang lain untuk buat kerja, dia cuma memerlukan aku sambil duduk saja, tak payah susah-susah dakwa sitelunjuk dengan bangga.

Ha! Ye le kamu je yang bagus, akulah yang paling tinggi kedudukan ku antara kamu semua, dan yang tengah diapit oleh kamu semua, sudah tentulah aku yg paling istimewa, malah nama aku je dah menggerunkan bantah si jari hantu.

Hoi, dengar sini semua, kalau takat tinggi, boleh mengarah, dan diambil cop je, tapi tak kaya tak guna gak, kamu semua tahu, akulah yg paling kaya diantara kamu, lihat tuan kita tidak pernah menanggalkan cincin batu berlian ini dari badan ku, pastilah aku yang paling dia sayang dan dihargai tukas sijari manis penuh bangga.


Sejak dari tadi, jari kelingking yang berdiam diri akhirnya bersuara dengan lemah dan sayu. Sudahlah, kamu semua, tak baik kita bercakaran, walau pun aku yang paling kecil dan halus pula tu, tapi aku juga ada memberi kebaikan kepada tuan kita, yelah walau hanya tugas yang tidak mulia, setakat membuang kotoran dari lubang hidungnya, kalau aku tak buat dan lubang hidungnya tersumbat dia tak bernafas, lalu mati.. kita semua dah takde fungsinya lagi terang sikelingking penuh sayu.

Ermmmm.. Dah habis baca semua kisah jari-jemari yang bergaduh tu??? Macam tu lah manusia semua nak tunjuk hebat, semua nak tunjuk kuat, semua nak tunjuk kuasa kan. Sebenarnya kita kena sedar, hidup kita ni hanya pinjaman. Setiap daripada kita ada fungsi yang tersendiri, sebab tu ada cikgu, ada doktor, ada tukang sapu dan bidang-bidang lain lagi, sebab kita ni saling memerlukan antara satu sama lain.

Kita ni ibarat macam sebuah kereta. Ada stereng, ada cermin, ada seat, ada tayar, ada pintu dan sebagainya. Cuba bayangkan kalau salah satu daripadanya tiada, tak sempurna kereta tu kan, nak gerak pon tak boleh. Andai kata tak dak tayar, konfem-konfem kereta tak boleh jalan. Kalau tak dak seat, macam mana nak duduk, yang lain-lain pikioler sendiri.. :-D

Semua pekerjaan adalah mulia, bergantung kepada niat kita kepada Allah swt. Asalkan rezeki yang dicari itu halal.

sumber cerita jari-jemari tu dari blog Lepak di  Bangku Kosong.

terima kasih atas kesudian membaca.. Sekian Wassalam

16 Pesanan:

Erin Azizan said... [Reply]

tak patot kita pertikai setiap kejadian allah sesungguhnya setiap yng allah ciptakan itu adalah yg trbaik.

arima kamila said... [Reply]

ya btol tu, kita hidup saling melengkapi. tak ada kau, tak ada aku. tak ada aku tak ada kau ;)

Muslimah Optimis said... [Reply]

@Erin Azizan ha, betul tu cikgu erin..siapa kita nak mempertikaikan.. kita juga hanyalah hamba.. tiada apa kelebihan pun kalo ALlah xkurniakan..:D

Muslimah Optimis said... [Reply]

@arima kamila yep.. hidup kita memang saling melengkapi antara satu sama lain sebab manusia itu tak sempurna..kelebihan orang lain akan menutup kekurangan kita dan sebaliknya..wallahualam

Muslimah Optimis said... [Reply]

@arima kamila yep.. hidup kita memang saling melengkapi antara satu sama lain sebab manusia itu tak sempurna..kelebihan orang lain akan menutup kekurangan kita dan sebaliknya..wallahualam

Kumbang Jingga said... [Reply]

betul3.....

Budak Botak said... [Reply]

he3, banyak pengajarannya...

Entry terbaru -> Apa Manusia pada Tahun 1910 Fikirkan Akan Terjadi Pada Tahun 2000?... (",)

Ai-Sis said... [Reply]

hehehe.i like.banyak moral boleh diambil :D

Doktor Cinta said... [Reply]

ciptaan Allah adalah yang terbaik jgan dipertikaikan nya..nice entri

Muslimah Optimis said... [Reply]

@Kumbang Jingga caka dengan gaya upin ipin ek..hehe

Muslimah Optimis said... [Reply]

@Budak Botak yepp.. berbaktilah selai hayat dikandung badan kan

Muslimah Optimis said... [Reply]

@Ai-Sisterima ksih sebab like.. aha.. so, ambil simpan dalam hati ye..:D

Muslimah Optimis said... [Reply]

@Doktor Cinta yup..jangan dipertikaikan.. terima kasih sudi baca

tomato said... [Reply]

wahh suka2.. penah dgr sebelum ni .. terbaekkk ;D

WuMing said... [Reply]

WuMing ada buat Entri tentang MO... tengok laaaa

Hadi Rofiee said... [Reply]

Cerita yang menarik, saling berkaitan di antara satu sama lain. :-)