Hidup Kita Ni Umpama Pelayaran di Lautan Yang Luas

Assalamualaikum.. Peringatan buat saya dan kamu.. 

Cuba bayangkan cerita di bawah

gambar ehsan google

"Hidup kita ni umpama pelayaran. Selepas seharian berlayar, kapal berlabuh di sebuah pulau. Masing-masing turun dan kapten kapal cakap loceng akan berbunyi pada bila-bila masa jer dari sekarang. Kapten suruh cari banyak bekalan makanan dari hutan untuk nak belayar lagi puluhan tahun tanpa henti..

semua angguk. Kapten lepaskan semua anak kapal ke daratan. Ada satu golongan ni terus masuk hutan untuk cari makanan, buah-buahan dan apa saja yang boleh dijadikan bekalan makanan sampai habis tercucuk duri dan ranting dan ada satu lagi golongan pula nak cari kemudian, sebab nak berehat-rehat. Kemudian, bila sudah beberapa jam, tiba-tiba loceng berbunyi menandakan semua anak kapal perlu menaiki kapal semula untuk sebuah pelayaran yang panjang.

Ada yang bergegas naik dengan makanan yang sangat banyak, dan ada yang tak sempat cari bekalan makanan. Golongan yang tak sempat cari bekalan makanan berasa sedih dan takut sebab perjalanan lagi berpuluh tahun tanpa henti. Kapten pun berkata, "Kepada yang membawa bekal, berbahagialah dan yang leka tanpa mencari apa-apa bekalan makanan sengsara pasti menanti".

Macam tu juga kehidupan kita, hanya sekejap kita dihantar ke pulau dunia dan loceng kematian akan berbunyi. Kita berangkat menaiki bahtera kubur menuju destinasi mahsyar selama puluhan tahun akhirat".. Wallahualam

Kisah ini dikongsikan oleh Cik Nadiah di komen entry Farhan Al-Jitrawi dan diedit oleh MO. MO tertarik nak berkongsi dengan semua pembaca Laman MO.

Semoga kita semua mengambil ibrah daripada kisah di atas..
Sekian wassalam..

12 Pesanan:

nadzli azlan said... [Reply]

menginsafkan ! adek suka akak :)

Gen2Merah said... [Reply]

alhamdulillah.. sebuah perkongsian yang menarik untuk direnungkan... kemewahan dan kenikmatan dunia hanya sementara... akhirat jua lah yang kekal abadi

Muslimah Optimis said... [Reply]

@nadzli azlan sama2 kita cari bekalan ye adek.. terima kasih sudi baca

Muslimah Optimis said... [Reply]

@Gen2Merah yep..tepat sekali.. dunia ini hanyalah persinggahan kita untuk mencari bekalan ke akhirat..

tomato said... [Reply]

sukak jugak .. :))

.::.MY.s.e.l.f.::. said... [Reply]

wahhh!!! thankz kongsi akak.. entry yg punya maksud mendalam...

Sunah Mohammad said... [Reply]

subhanallah...ringkas tetapi sangat padat dengan isi...alhamdulillah, syukran ya ukhti manis~

Lydia Miza(Aidyl Azim) said... [Reply]

perkongsian yg menrik dan baik buat akak juga ..tq MO

Muslimah Optimis said... [Reply]

@tomato terima kasih kerana suka

Muslimah Optimis said... [Reply]

@.::.MY.s.e.l.f.::. sama2..sebab maksud mendalam tu yang konsi tu.. huhu..takutt

Muslimah Optimis said... [Reply]

@Sunah Mohammad ya afwan, sunah..

Muslimah Optimis said... [Reply]

@Lydia Miza(Aidyl Azim) sama2 kak miza