KAYA DI DUNIA MUFLIS DI AKHIRAT.. NAK KE??

 

Assalamualaikum wbt. Semalam alhamdulillah MO berpeluang menemani seorang sahabat dari Jeddah (MO mana paham arab sangat sikit-sikit bolehlah jenuh nganga jugak dengar mak dia cakap arab, jenuhlah anak dia menjadi jurubahasa. Tergeliat  jugaklah lidah ni nak speaking omputih tu memandangkan itu sajalah bahasa yang mudah difahami kedua-dua pihak)..huhu.. Ermmm.. cuma nak gitau yang depa ajak MO dan rumet  orang lagi pi rumah depa (dekat je ngan bilik MO kat kolej ni), alhamdulillah dalam dok merindui buah tamar depa jamu MO buah tamar. 7 bijik MO makan. Alhamduillah

Baiklah berbalik kepada tajuk. Kaya di dunia Muflis di akhirat. Errrr. Macam mana tu?  Sebelum tu MO nak tanya, ada orang nak muflis tak? Tak nak ek? MO pun tak mau muflis. Tambah-tambah muflis di akhirat. Jom kita kumpul harta (amalan).

Ikuti dialog antara Rasulullah dan para sahabat..

Rasulullah :
“Tahukah kamu, siapakah gerangan orang yang muflis itu ?” 

Sahabat : 
“Pada pandangan kami, orang yang muflis itu ialah mereka yang tidak mempunyai wang dan harta?” 

Rasulullah : 
“Sesungguhnya orang yang muflis di kalangan umatku ialah mereka yang datang pada hari kiamat dengan membawa pahala sembahyang, puasa dan zakat dan dalam masa yang sama datang dengan membawa dosa menghina, menyakiti orang, memakan harta orang lain, menumpahkan darah (membunuh), dan memukul orang. Lalu diberi segala kebajikan itu kepada orang yang datang menuntut hutang umpatan dan kezalimannya di dunia.  Maka jika telah habis pahala kebajikannya sebelum dapat dibayar kepada orang yang menuntutnya (orang yang dihina, disakiti dan dizaliminya ketika di dunia dulu), maka dosa-dosanya itu akan dilemparkan kepadanya, lalu dia kemudiannya dicampakkan ke dalam api neraka.” (Hadis riwayat Muslim)

 (Hadis dariapada Abu Hurairah)

p/s 1: 
Golongan yang menjadi muflis pada akhirat adalah berasal daripada orang yang memiliki pahala yang banyak. Bagaimanapun, semua pahala ibadat mereka itu habis kerana digunakan sebagai bayaran ganti rugi kepada insan yang pernah disakiti, dikhianati, dihina, dibunuh atau dizaliminya


Haih, rugi-rugi.. Didunia dah kumpul harta (amalan) tapi disebabkan kelalaian di dunia segala harta perlu menjadi barang tukaran kepada orang lain (sistem barter).

Muflis di dunia lebih beruntung (at least masih ada yang nak membantu) 
daripada muflis di akhirat (sapa nak tolong weh, semua dah jual ikan).


p/s 2 :
Perpeganglah pada prinsip amal makruf nahi mungkar..  Jangan pula amal makruf amal mungkar..huhuhuh... parah ni..

Firman Allah bermaksud: 
“Pada hari itu Kami akan tutup mulut mereka dan tangan mereka memberitahu Kami (mengenai kesalahan masing-masing), dan kaki mereka pula menjadi saksi terhadap apa yang sudah mereka perbuatkan (ketika hidup di dunia)?”
(Surah Yaasin, ayat 65).

 p/s 3:
Kepada kaum bapa pula, jangan abaikan tanggungjawab pada anak dan isteri. Takut-takut di akhirat anak-anak dan isteri-isteri anda datang menuntut segala amanah anda yang tidak ditunaikan kepada mereka (terutama yang berpoligami tapi tidak adil). Cuba kita tengok dunia hari ini, ramai ibu bapa yang mengamalkan dan memiliki ilmu agama selayaknya namun membiarkan anak-anak mereka terus hanyut dengan dunia. Mereka mengejar amal sehingga mengabaikan anak sendiri (dituntut nanti), takut-takut semua amal didunia habis menjadi tukaran kepada anak-anak di akhirat kelak.

takutnya menjadi muflis di akhirat...semua pakat mai tuntut hutang.. tinggal kulitlah kita, isi semua dah bagi...huhuhu... Oklah ye.. semoga pengisian berguna... 

sumber:  sini.

tegurlah MO jika MO terlalai
Sekian, Wassalam

15 Pesanan:

fRaMe+LenSeS said... [Reply]

Perkongsian yang sangat berguna. :D

Kumbang Jingga said... [Reply]

tq sbb ingtkan..kenkadang KJ pun terpikir kenapa walaupun dh buat solat lima waktu tapi masih buat dosa..itu maksudnya solat nya tak kusyuk dan ikhlas kan..sbb pernah dgr ustaz ckp solat boleh mencegah kemungkaran

Budak Botak said... [Reply]

semoga kita x tergolong orang yg rugi di akhirat...

Entry terbaru -> Jangan Cuba2 Meraba Peramugari Hong Kong Airlines... (",)

hadiee said... [Reply]

tima kasih ataS ilmu yg dikongsikan ini. sama-sama kita muhasabah diri dan saling ingat mengingatkan. tima kasih sekali lg. excellent post!

Muslimah Optimis said... [Reply]

@fRaMe LenSeS
sama-sama kita berkongsi untuk peringatan bersama

Muslimah Optimis said... [Reply]

@Kumbang Jingga ya betul tu KJ.. MO pun penah dnegaq jugak.. betoi la kot apa yang KJ kata tu tapi mungkin juga Allah ingin menguji kerana kemungkran ini jugak satu bentuk ujian

... said... [Reply]

as salam..
betul2. apa2 pun, teguran-Nya keatas setiap khalifah-Nya tak terbatas kepada benda hidup je.

moga segala amal yang dilakukan, diredhai-Nya..ameen..

Muslimah Optimis said... [Reply]

@Budak Botak insyaAllah sama2 kita doakan..ameen

Rozuan Ismail said... [Reply]

terima kasih MO atas peringatan.Sangat rugi orang yang muflis di akhirat.Mereka punya banyak pahala tapi dalam masa sama,banyak dosa.

Muslimah Optimis said... [Reply]

@hadiee sama-sama kita kongsikan untuk kebaikan bersama.. terima kasih atas kesudian membaca

Muslimah Optimis said... [Reply]

@Rozuan Ismail sama2 berkongsi apa yang kita tau untuk kebaikan bersama.. terima kasih sebab sudi membaca

Muslimah Optimis said... [Reply]

@...

mohd fadzli : insyaAllah semoga apa sahaja yang kita lakukan dalam redhaNya.ameen

fierapirot said... [Reply]

betul tu...kalo rugi kt dunia xpe,,tapi kalo rugi kt akhirat xde sap nk tlg kite dah..thanks mengingatkan fiera yg selalu lupa perkare2 cm ni...=) singgah and follow MO..=)

FasiHaH SupiaN said... [Reply]

sama-samalah kita berdoa. Pensyarah saya selalu pesan ni...

*47!k@# said... [Reply]

tulah..kadang2 kite tak perasan kan kite buat silap..wuu~(T.T)mintk maaf byk2 naa k.aima~