Assalamualaikum semua pembaca Laman Muslimah Optimis. Jiwa kosong. Pernahkan anda berperasaan demikian. Anda rasakan dunia anda gelap kerana anda merasakan kosong. Selalu MO mendengar luahan begitu. Benarkah?? Kalau MO katakan tipu bagaimana?? Mustahil hati manusia kosong tiada perasaan. Pada ketika dia merasakan hatinya kosong maka itulah perasaan yang dia rasakan.
Cuba lihat gelas di bawah.
Apa yang anda lihat. Gelas kosong bukan? Ya gelas itu tidak diisi denganair tetapi hakikatnya gelas itu tidak kosong tetapi gelas itu penuh. Ya, gelas itu penuh dengan udara. Udara kan tak dapat dilihat sebab tu kita menganggap gelas itu kosong tapi dari segi hukum fizik gelas itu bukan sekadar gelas kosong.
Apa yang anda lihat. Gelas kosong bukan? Ya gelas itu tidak diisi denganair tetapi hakikatnya gelas itu tidak kosong tetapi gelas itu penuh. Ya, gelas itu penuh dengan udara. Udara kan tak dapat dilihat sebab tu kita menganggap gelas itu kosong tapi dari segi hukum fizik gelas itu bukan sekadar gelas kosong.
Macam tu jugak hati manusia. Tidak pernah ada istilah hati kosong tapi hati yang dahagakan kedamaian dan ketenangan adalah kerana hati yang dirasakan kosong itu sebenarnya jiwanya hampir mati. Ohhh.. jangan mati sebelum masanya..
Bila bercakap pasal hati @ jiwa mati suka untuk MO kongsikan perihal peranan guru. Siapa kata tugas sebagai seorang guru itu mudah, MO sendiri asik pening kepala memikirkan kaedah terbaik mau mengajar anak-anak didik yang masih kecil. Itu adalah amanah. Bila soal amanah diperkatakan maka segala yang kita lakukan akan disoal di akhirat kelak. Kita ambil contoh doctor yang merawat pesakit, jika doctor tersebut gagal mungkin hanya seorang pesakit yang mati pada satu-satu masa (semuanya atas kehendak Allah) tapi kalau cikgu gagal mendidik semua anak murid akan mati jiwanya. Didikan guru akan diaplikasikan sehingga anak-anak kecil menjadi remaja, dewasa, tua. Cuba bayangkan kesannya.
Ok, kembali kepada jiwa yang kosong. Ramai anak-anak zaman kini yang jiwanya kosong kerana kurang kasih sayang ibu bapa di rumah. Masakan tidak ibu dan bapa hanya asik tiada di rumah kononnya keluar mencari rezeki untuk kesenangan anak-anak juga. Ya memang mencari rezeki itu dituntut tapi janganlah sampai abaikan keperluan anak-anak. Keperluan yang dimaksudkan bukanlah keperluan material semata-mata tapi kasih sayang dan perhatian. Mungkin anda pernah membaca kisah bagaimana si anak mahu membeli masa ayahnya untuk makan bersama-sama. Pernahkah terjadi dalam kehidupan kita? Alhamdulillah keluarga MO masih berpeluang makan bersama-sama pada hari minggu dan masakan pada hari minggu selalunya lebih special dari hari-hari biasa. Masa nilah seluruh keluarga berkumpul tapi kini tiga daripada anak mama dan abah berada di negeri berbeza kerana jihad menuntut ilmu. Cuti semester sajalah dapat berkumpul sekali pun.
Ibu bapa hari ini ego. Setuju atau tidak dengan pendapat MO? Ego kerana tidak mahu menerima bahawa anak mereka sebenarnya perlukan mereka, perlukan kasih sayang mereka bukannya perlukan duit mereka semata-mata.
Adakah ibu bapa sekarang hanya menitik beratkan dunia anak-anak semata-mata tanpa mengambil kira akhirat anak-anak. Cuba kita renung sejenak, berapa ibu bapa yang pentingkan akademik anak-anak, pentingkan makan pakai anak-anak namun berapa ramai pula ibu bapa yang memikirkan masa depan anak-anak di akhirat kelak?
Kadang-kadang ibu bapa terlalu ego. Ibu bapa tidak mahu turun bertemu anak-anak dengan alasan yang muda perlu berjumpa yang tua. Tapi sedarkah ibu bapa bahawa anak-anak takut nak berjumpa dengan anda sebenarnya sebab tu mereka lebih selesa menceritakan masalah mereka kepada rakan sebaya. Pantaulah siapa kawan anak-anak anda. Dikhuatiri anak-anak anda bakal menerima pengaruh rakan sebaya yang tidak baik.
Kenapa ibu bapa yang perlu turun berjumpa anak-anak? Lumrah alam ditengah-tengah pusat bumi ada daya tarikah gravity jadi benda yang berada di atas mudah jatuh kebawah. Macam tu juga konsep dalam ibu bapa, pasti anak-anak suka kalau ibu bapa yang turun mendapatkan mereka. MO sendiri suka jika mama atau abah MO mengambil berat dan mahu bertanya perihal diri MO tambah-tambah bab sensitive kan, sebagai anak mestilah kita malu nak mulakan. Jadi kepada ibu bapa, fahamilah kehendak anak-anak anda.
Kesilapan Ibu Bapa yang paling ketara (wah, ayat pedas, mintak maaf no)
Ramai dalam kalangan ibu bapa zaman sekarang yang buat kesilapan besar apabila mendidik anak-anak kecil sebagai dewasa dan mendidik anak-anak yang sudah dewasa masih seperti budak sekolah rendah. Anak mana yang suka macam tu. Bila anak sudah menginjak dewasa, pasti yang si anak mahukan adalah layanan seperti rakan (tapi masih ada sikap hormat kepada ibu bapa) bukan seperti anak kecil dalam buaian. Anak-anak tidak mahu kebebasan mereka disekat, namun janganlah sampai terlalu memberikan kebebasan sehinggakan anak-anak anda terjerumus ke lembah yang hina. Nauzubillah.
Pesanan kepada sang anak :
Setiap ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak mereka, namun mungkin pendekatan yang mereka gunakan kurang tepat. Terimalah ibu bapa anda seadanya. Jika mereka melakukan khilaf, maafkanlah mereka. Jadilah kita anak yang berguna dan berbakti kepada ibu bapa selama mereka masih dikandung hayat.
p/s :
mulalah penuhkan hati kita dengan zikrullah. Jangan biarkan hati kita kosong kerana bila kita merasakan hati kita kosong maka syaitan mula mengatur strategi menyusun perangkap supaya kita rebah di pangkuannya.
p/s : ni entry repost untuk bacaan bersama
Semoga kita sama-sama beroleh manfaat. Sekian wassalam.
14 Pesanan:
Subhanallah.
catatan yg santai dan mudah utk difahami.
Benarlah, setiap org itu ada kelebihannya yg tersendiri. (",)
~MQ~ : terima kasih MQ atas kesudian membaca..singgah la selalu..
agree... ilmu ibu bapa perlu sangat2 sebelum bergelar ibu bapa... salam ukhuwah...=)
picairin : salam ukhwah.. yep... sebelum nak melangkah ke alam perkahwinan iilmu keibubapaan kita kena blajaq dulu...
kak, congratez!! baek tulisan akak ni...ada bakat..troskan usaha dlm mberi pkongsian brmanfaat 2k smua k...all the best (",)
~khairul alif~
khairul aliff : terima kasih kerana kesudian singgah dan membaca...insyaAllah MO akan terus menulis demi manfaat bersama..
takut utk jadi ibu...
takut xdpt mendidik anak sebaiknya..
apatah lagi zaman yg akan datang ni lebih mencabar
@GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr takut jugak..huhu
setuju jadilah rakan kepada anak2,kelak mereka akan lebih hormat dan sayang akan org tua.. alhamdulilah mama papa kira bukan jer sbg parents tapi jugak sebagai rakan...
benda mcm ni didikan ibu bapa tu penting dari mengelakan anak-anak ni menyimpang pada benda yg lain apa-apa pon jadikanlah ibu bapa tu mcm rakan rapat kita :)
setuju..
jgn buat anak yg besaq pnjg rsa mcm vbudak2..
si anak pun, jgn wat pangai budak2 smpai asik kena mrah mcm budak2 wlau dh besaq pnjg...
akak la sombong... xmai komen pon entri2.... mai kat shbox je...mmg x layan..hahaaha
setuju jadilah rakan kepada anak2,kelak mereka akan lebih hormat dan sayang akan org tua
jom baca dan komen Tangkap ikan guna tangan. | ! !shahjiehan [dot] com ! !
didikan yg paling awal dtg dari rumah.
=)
wow.. dasyatttt :)
Post a Comment