KECIK KENOT KE KECIK KONET???


Assalamualaikum.. Kecik Kenot ke Kecik Konet ek?? Ermmm.. Alkisahnya berbunyi begini. Minggu lepas tema pengajaran adalah kenderaan air, jadi semua aktiviti yang dilakukan mesti berkaitan dengan kenderaan air. MO mengajar Tunjang Sains dan Teknologi-Matematik Awal, jadi MO ajar topik klasifikasi saiz. Jadi MO pon buatlah kapal kertas tu (ke sampan ek), hahaha, panggil kapal je. MO buat empat saiz, besar, sederhana, kecil dan paling kecil. Lepas tu MO minta murid-murid klasifikasikan saiz kapal dan siap eja sekali. Comel je bila murid-murid tu eja ramai-ramai, bila suruh eja sorang-sorang ada yang boleh ada yang gagap. Ermmm, tak pe, slow-slow cikgu ajarkan.


Kemudian MO bahagikan mereka kepada 4 kumpulan dan MO bagi kertas pelbagai saiz untuk mereka buat kapal kertas tu (ramai jugak yang tak pandai buat ni). So, bila semua dah siap MO minta mereka longgokkan kapal kertas mereka tu kat depan, dan MO panggil sorang-sorang untuk kelaskan mengikut saiz dan warna (semua pass).

Yang MO nak cakap ni pasal kecik kenot tu.. Bila MO tunjuk kapal kertas yang besar, murid-murid kata besar, bila ditunjukkan yang kecik dikatakan kecik, bila ditunjukkan yang sederhana dikatakan sederhana tapi bila ditunjukkan yang paling kecik dikatakan KECIK KENOT.. hohoho.. haduiii la budak-budak ni... 

tapi kan orang panggil kecik kenot ke kecik konet ek??? sebab MO rasa MO selalu sebut kecik konet atau cekonet je.. hihi.. sahabat pembaca panggil apa??

alaaaaaaaaaaa.. MO lupa tangkap gambar pulak pembelajaran dalam kelas hari tu. Huhuhu.. 

Ermmm.. Bila bercakap soal kecik ni, sedar tak kita semua ni lebih kecik dari kuman. Manusia?? tiada apa-apa?? tak mampu pun nak menggerakkan hatta sebatang jari tanpa izin dari Allah swt. Kalau dilihat dari alam semesta, manusia (kita ni) lebih kecik dari kuman, tak pun lebih kecik dari zarah atom.. wallahualam.. sama-sama kita renungkan, kemana perjalanan hidup kita nanti. Ke sinikah??

terima kasih sudi baca. sekian wassalam

12 Pesanan:

Ce'gu JAERA said... [Reply]

kalau bahasa kat Tawau Sabah lak, yang paling kecik tu kami panggil "kecik Kemetot".... hehehe...
Salam ukhuwah 'dhearty'

Muslimah Optimis said... [Reply]

@Gen2Merah kami pon ada panggil kemetot jugak..hihihi.. tapi xde kecik kt depan..

izahdaut said... [Reply]

cikenit..kot.. hehehe

Erin Azizan said... [Reply]

kalau kecik orang kmpg saya pangey tiny jerrr lalalala~~

Akulah Pak Lan said... [Reply]

konet tuh orang kedah panggai..hurm..google sendiri

Lydia Miza said... [Reply]

akak biasanya akak panggil kenit.hehehe

Muslimah Optimis said... [Reply]

@izahdaut cekenit tu bukan sejenis serangga ke yang macam kutu tu, kalo dia ketit, sakitt kena pakai pin untuk tarik keluar.. dia masuk dalam isi

Muslimah Optimis said... [Reply]

@Erin Azizan depa terre omputih panggil tiny la.. haha..kalo kat kampung kami tiny tu nama orang..hihi

Muslimah Optimis said... [Reply]

@Akulah Pak Lan apa dia pak lan??

Muslimah Optimis said... [Reply]

@Lydia Miza(Aidyl Azim) aha kan.. kecik kenit tu mostly digunakan untuk orang kan..heheh

Dak Ketegaq said... [Reply]

apa pun bahasanya yang penting maksudnya sama :)

shiemah el even said... [Reply]

kecik tuet..