KHIDMAT CIKGU PRAKTIKAL DIMANFAATKAN SEPENUHNYA


Assalamualaikum.. Lama benar saya tidak menulis di Laman Muslimah Optimis ni. Sejak akhir-akhir ni memang masa yang ada perlu disusun dengan begitu rapi dan teratur supaya semua perkara yang tersenarai di to do list dapat dilaksanakan dengan baik. Jika ada pun mengupdate entry, hanyalah repost entry-entry lama yang dirasakan bermanfaat untuk dikongsikan bersama dan hanyalah update Contest AKU INGIN BERUBAH. Masih ada seminggu lagi untuk blogger-blogger yang berminat untuk join contest ni. Antara hadiah yang ditawarkan adalah buku perihal wanita dan lelaki, novel terkini Sutera Bidadari karya RAM, topup bernilai RM 30 untuk dimenangi, header blog, banner blog, photo puisi, bookmark dan kalau nak tau dengan lebih lanjut boleh klik sini


Baiklah, tengok tajuk tu KHIDMAT CIKGU PRAKTIKAL DIMANFAATKAN SEPENUHNYA. Ermmm.. Bermula 16 Mei 2011 hingga 8 Julai 2011 saya menjalani latihan mengajar (fasa 3) di Sekolah Kebangsaan Setapak Indah, Kuala Lumpur (sekolah ni tepi kubur okeh, so setiap hari akan melalui jalan sebelah kubur ni, muhasabah diri setiap hari, tak lama lagi saya juga akan mengikut mereka tinggal di dalam rumah batu dua).. Sebelum tu nak bagitau dulu MO ni amik Sarjana Muda Pendidikan di Universiti Malaya. Major, Pendidikan Awal Kanak-kanak dan Minor, Pendidikan Khas. Praktikal fasa 1 di taska (mendidik anak-anak berusia 4 tahun ke bawah), praktikal fasa 2 pulak pulak di Sekolah Kebangsaan (Perempuan) Jalan Batu, Kuala Lumpur (Integrasi Pendidikan Khas) dan kali ni fasa 3 di Prasekolah, SK Setapak Indah, Kuala Lumpur. 

Okiesss.. Bukan senang nak jadi cikgu prasekolah ni. ermmm.. budak-budak yang dihantar langsung 0 dalam pendidikan dan menjadi tugas kami mengajar mereka dari tidak tahu apa-apa sehingga pandai membaca, membentuk disiplin mereka hormatkan orang tua, dan sebagainya. Tapi ramai yang menyangka menjadi guru prasekolah ni hanya sekadar mengajar ABC, 123. Setiap hari kami perlu bermain dengan emosi. Tugas kami jugak sama macam tugas cikgu-cikgu lain masih kena jadi guru penasihat kelab, unit beruniform, menguruskan fail dan sebagainya tapi fail prasekolah ni banyak. Baru jadi cikgu praktikal tengok fail-fail semua dah pening kalau dihantar mengajar esok tak tau macam mana. Huhu. Semoga dipermudahkan urusan. 

Ha, ni nak masuk pasal tajuk Khidmat Cikgu Praktikal dimanfaatkan sepenuhnya. Sedia maklumlah kan 16 Mei merupakan sambutan hari guru setiap tahun dan kami pulak lapor diri 16 Mei.. Ok, pi dewan macam biasa dan tetiba ada cikgu ni datang cakap lebih kurang macam ni "Cikgu praktikal ek, lepas ni boleh la buat satu persembahan kan sementara nak tunggu majlis penyampaian hadiah". Lepas tu saya dan partner pun terkesima dah la baru masuk  tak ketahuan hala lagi pun dengan agak berat hati buat lah persembahan tu. Mujurlah semasa di UM kami dah biasa terlibat dengan persembahan. Seingat MO selama 4 tahun di UM semenjak tahun pertama MO memang agak ligat dan aktif dengan program dan persatuan. Alhamdulillah semua tu pengalaman beharga buat MO walaupun selama aktif dengan program dan persatuan menyebabkan masa untuk bersuka-suki amat terbatas tapi masih ada masa bersama kawan-kawan dan keluarga. 

Selasa, 17 Mei 2011 cuti Hari Wesak so tak pi sekolah lah kan. Masuk hari rabu, guru pembimbing tu bagitau kami (saya dan partner) apa yang perlu kami lakukan selama kami berpraktikal. Macam ni lah lebih kurang ayat dia (tapi kami tau dia baik).. Lebih kurang ayat di bawah ni lah...

"ok Aima dan Emily.. banyak saya nak mintak tolong kamu..semua yang dibawah saya automatiknya kamu berdua akan terlibat. latihan rumah sukan setiap hari khamis (kalau tak dak boleh balik awal, latihan stat jam 5.30-6.30 petang), saya cikgu KRS dan kelab pencegah jenayah (nanti tolong buat kertas kerja untuk jemput polis bagi taklimat dan kita akan jemput kelab-kelab lain, kamu berdua tentukanlah sama ada nak buat hari sabtu atau hari biasa), koko hari rabu. Ermmm.. untuk lawatan pulak tahun lepas pegi zoo negara, dua tahun lepas pergi pusat sains negara, so tahun ni korang pilihlah tempat nak pegi mana, tolong buat kertas kerja nanti tunjuk pada saya.

Setiap tahun kita akan buat jamuan untuk budak-budak prasekolah, kalau budak-budak selalu kita oder KFC je muda tapi tolong fikirkan menu untuk guru-guru lain dan boleh deal dengan Kak Z (PPM) sebab Z (bukan nama sebenar) yang akan deal dengan kantin. pelaka baru dah sampai nanti sebelum habis boleh la lukis mural kat dinding tu (ni pembantu pra yang cakap), setiap pagi jam 7.20-7.50 kita akan program bacaan, kamu tolong fikirkan program macam mana, aktiviti apa. Nanti akan diadakan hari kanak-kanak, murid-murid pra kena buat persembahan tolong latih murid-murid tarian untuk persembahan tu.

Saya juga nak mintak tolong kamu fikirkan aktiviti padang yang sesuai dengan kanak-kanak sama ada camping atau xplorace dan pilih satu tarikh untuk kita jalankan aktiviti tu, tahun lepas dengan cikgu-cikgu praktikal kami buat camping. Ala camping kat padang je nak bagi budak-budak rasa kelainan belajar. Ermm. Nanti mungkin bulan 6 atau 7 kita akan buat Karnival Jualan, profit sekolah jangkakan RM 15K. Saya ajk hadiah dan cenderamata, korang pun sekali dengan sayalah.

Sementara ada korang ni, korang tolong uruskan sesi fotografi murid jemput GB dan PK, Nanti akan tangkap gambar dengan cikgu praktikal sekali, kira bajet nak mintak kat parents berapa, nanti kita keluarkan memo untuk parents. Kira siap-siap untuk lawatan dan jamuan sekali. Diorang ni semua dari family SES rendah so tak boleh mintak banyak sangat.

Nanti sebelumkorang habis saya nak mintak tolong korang isi buku rekod dan tolong buat rekod anekdot dan running record (ni digunakan untuk penilaian murid), Saya tak sempat lah. Lagipun korang masa praktikal nilah nak kena kumpul pengalaman banyak-banyak. Nanti kalau ada masa saya nak suruh jugak korang tutup attendence (yeke ayat ni, ntah ingat-ingat lupa dah tapi lebih kurang kira kehadiran hujung bulan dan bukak yang baru). Lepas tu korang kena belajar jugak urus fail ni semua.
 
aduiiiiiiii... poning pala ni ha... itu belum masuk mengajar lagi sebab sepanjang 5 minggu akan datang tugas mengajar diserahkan kepada kami berdua total. Memang kami akan diberi pengalaman yang banyak..padahal adal 5 minggu je lagi.. Dah lah tuntutan pengajian kami kena buat kajian kes ke atas dua murid (mengkaji tahap perkembangan mereka), RPH opkos kena buat kan, penulisan jurnal setiap hari. Rasa macam terbeban tapi inilah amanah dan tanggungjawab.
 
(semua ayat-ayat ni lebih kurang la tapi semua tu kami kena buat, siap disenaraikan di atas kertas)
 
Sapa cakap senang nak jadi cikgu prasekolah ni?? Ermmm.. Semua terletak atas bahu cikgu dan dibantu oleh pembantu pengurusan murid (PPM). Semua subjek (bm, bi, sains awal kanak-kanak, math awal kanak-kanak, seni, aktiviti fizikal) pun hanya di ajar oleh satu cikgu sahaja kecuali pendidikan Islam ada ustazah yang mengajar. Dan kalau tengok silibus sekarang memang sangat memeningkan kepala cikgu. Murid pra ni wajib pandai membaca sebelum masuk darjah 1. Aktiviti mengajar pulak perlulah pelbagai kalau dak murid boring. Kreatif  tu perlu, cikgu pra kena pandai guna photoshop lah senang nak buat Bahan Bantu Mengajar (BBM).. Waaa, MO lom pandai guna photoshop ni. huhuhu...

p/s : 
Hari jumaat hari tu MO kena ukur tinggi dan berat murid. Tinggi dan berat ni akan diambil pada bulan Jan, Mei dan Okt. So sekarang bulan Mei kan. Memang seronok bila ukur tengok eh ada pertambahan ketinggian budak-budak tu ada yang 2 cm, 3 cm dan paling banyak pertambahan pun 4 cm ja. Tapi berat mostly tak bertambah pun.(rasa seronok tengok budak-budak membesar)

Khidmat Cikgu Praktikal memang digunakan sepenuhnya kan. Tapi kami xdiberi elaun pun. MO dan partner pulak terpaksa berulang alik selama lebih kurang sejam setiap hari. Perjalanan bermula seawal jam 6 pagi dan balik dari sekolah lebih kurang 3 petang (mungkin pada minggu-minggu hadapan lebih lewat kot) dan akan sampai ke kediaman MO agak lewat la setiap hari. Setengah jam dalam LRT, MO sempat tidur (manfaatkan masa yang ada) sebab setiap malam jam 1.30-2.00 pagi baru tido dan bangun pulak jam 5 pagi atau lajak sikit 5 lebih. Ermmm.. Semua ni akan berlarutan sehinggalah habis praktikal.

BUKAN SENANG NAK JADI CIKGU TAPI KENAPA SEMUA ORANG KATA SENANG JADI CIKGU??? SEMUA PAKAT NAK JADI CIKGU KALAU TAK DAPAT KERJA??? KALAU NAK MINTAK CIKGU SEKADAR NAK DAPATKAN KERJA MO NASIHATKAN TAK PAYAH LA APPLY KPLI ATAU DPLI.

p/s :
PPM kata MO ni lembut ketika mengajar (haihhh dah rasa garang habih dah ni). Tahun lepas masa kat taska pun partner MO kata MO tak garang langsung. Junior-junior pun kata saya tak garang (sebab dulu aima jadi Pembantu Mahasiswa semasa Minggu Haluansiswa UM). Selama 4 tahun di UM pun ada kawan kata tak pernah nampak MO marah cuma tegas dan ayat kawan lelaki paling aima tak boleh lupa bila dia kata " Satu yang S (bukan nama sebenar) suka  kat aima sebab aima tak pernah marah dan satu yang S tak suka sebab aima banyak cakap. (kami memang akrab masa uruskan projek dulu semasa di tahun dua pengajian tapi dia senior setahun). 
 
Ok saya admit saya memang susah nak marah, tapi kalau marah pun cepat je sejuknya dan saya juga admit saya banyak cakap. Tapi sebab banyak cakap tu lah saya selalu dikatakan penghibur dan pendamai keadaan masa berlaku pertelingkahan dalam kalangan MT masa projek dulu. Semua tu kenangan kan. Rindu mereka. Rindu nak makan sama-sama. Rindu nak keja dalam bilik gerakan sampai lewat malam.

Tapi kalau nak jadi cikgu prasekolah kenalah banyak cakap kan. hihihihi.. Tapi saya pun kadang-kadang cakap bila perlu saja, suka nak jadi burung helang pulak sekarang ni.

Terima kasih kalau baca sampai habis entry panjang ni. haihhhh.. tak sangka terpanjang pulak.

sekian wassalam.

26 Pesanan:

Sumaiyyah said... [Reply]

Jadi cikgu memang bukan kerja yang mudah.

Hehe seronok baca sebab teringat masa praktikal yg baru sebulan dua lepas. Bab guru pembimbing memang depend on rezeki, klu dpt yang aktif, aktifla kita. Tp dpt experience, so ok la tu.

Time praktikal memang tak cukup tido. Kadang2 tak tido malam, especially klu esok kena observe. Kira ok la MO sempat nk update blog... sy mmg surrender terus! Haha.

Bab garang pun sama... tak pandai la nak marah budak2. Awal2 tu rasa mcm baik sgt, tak sesuai jd cikgu. Tp bila dah lama ok la, dh tau bila nak marah and mcm mana nak marah..hehe

All the best ya. Praktikum ni mmg masa terbaik utk belajar mengajar. Tu pun bil dh habis,rasa mcm bnyk lg xtau..;)

Muslimah Optimis said... [Reply]

@SumaiyyahAbidah

heheheh..sempat update blog ni sebab poning dah tengok thesis dan jurnal dan RPH ni.. thesis pon lom siap sikit lagi nak kena buat correction.. aduii.. betul even nanti dah dihantar mengajar tu pun rasa lost n banyak giler xtau kan..

Sumaiyyah said... [Reply]

Ada kena buat thesis jugak?

Ada gak rasa mcm takut tak mampu handle bl kena posting nnt, tp bila tanya lecturer, dia ckap nnt bila dah keje lain. Keje banyak, tp tak mcm praktikum, even kalau dah ada family and byk tugasan lain. Dia kata jgn risau... t time praktikum kena risau hehe

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said... [Reply]

Aima memang banyak cakap..

hehehe

Muslimah Optimis said... [Reply]

@SumaiyyahAbidah
aha kami kena buat thesis jugak.. yep praktikum kena risau sebab nanti nak grad.. kalo dah keje nanti pandai2lah urus diri sendiri.. kadang2 sampai termenung dibuatnya..hihi.. termenung tu ayar guru pebimbing.. dia kata sampai xtau nak buat apa.. macam lost sangat..hihi..

cikgu SumaiyyahAbidah blaja kat mana?? option apa??

Muslimah Optimis said... [Reply]

@GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr

tunggu aima jadi pendiam na kalo pi gath nanti..hihihi..orang tanya baru aima cakap...:D

Sumaiyyah said... [Reply]

Hehe main blas2 komen.. best gak.

Hmm segan nak citer detail2 kat sini, nnt suma org baca. Kan rmai dtg sini...Bljr kat ipgm melaka (cari ye ipg ape), amik tesl. baru je habis, skg tgh tgu posting. bln 8 bru tau... lmbt lg :D

Praktikum fasa 3 12 mgu eh? Hari tu msa dkt2 nk habis mmg kering giler idea... ni dh week ke brp?

Muslimah Optimis said... [Reply]

@SumaiyyahAbidah

hihihi.. best gak kan... ermmm.. setiap kali praktikal 8 minggu je.. tapi sebab dah cuti sekolah tu 2 minggu jadilah 6 minggu je kat sekolah.. masa cuti sekolah seminggu je kitorang cuti seminggu lagi masuk kelas balik ada bengkel..

IPG perempuan melayu melaka ek??? hihi..tu la ni nak ngajo budak2 ni kena banyak aktiviti, games.. takut gak ni.. nak menjadi kreatif tu bukan senang sebab MO bukan kreatif sangat pon..huhu

Sumaiyyah said... [Reply]

Yezza...bijak2. mktb perempuan melayu terakhir. tp twinning prgm, so ada la can pegi uni 2 thn. merasa la jgak, hehe.

Kiranya 8 mgu x 3 - 2 mgu = 22 mgu la praktikum? Wahh hebat gak. Termasuk SBE ke x?

Jgn bmbang, awk kreatif je sy tgok kt blog, kt luar pun msti kreatif. Bdk2 ni je snang nk amik hati, tmbh2 cikgu praktikum muda2 n lawa2..hehe

Muslimah Optimis said... [Reply]

@SumaiyyahAbidah
hehehe.. memang la senang nak ambik hati takutnya kelo time SV datang buatnye budak2 tu buat kepala jenuh dapat 0 marks tang pengawalan kelas..huhu.. SBE tu apa ek??hihi. kadang2 term2 maktab guna uni tak guna..hihi.. aha kalo tesl memang 2 tahun maktab 2 tahun uni kan sebab ada member dari ipik diorang tahun 3 n 4 akan blaja kat um..pernah amik kelas sama ngan diorang cuma kenal2 gitu je lah..hihi

Sumaiyyah said... [Reply]

SV dah prnh pgi blom? Mmg... sy ajar English kt Year 3, ada 11 org je tp Ya Allah... bila fikir balik pun rse penat haha. Dorg tak heran lansung dgn kehadiran lecturer.

SBE tu school based orientation, tak pun ade org pgil rancangan orientasi sekolah (ros). Yg kita pgi observe je tp tak ngaja.mybe korg pnya yg praktikum fasa 1 ke?

Yup betul la tu. Foundation kt mktb 2 thn, dgree 2 thn kt mktb, 2 thn kt u. Tah2 awk kenal kwn2 sy... ada kenal gak dorg tu, Tp skg dh xde prgm ni, sbb mktb dh blh bg dgree so yg bwh mktb memg sepenuhynya study kt mktb. kakak sy tesl gak, tp full bwh um...

myezatul aQma said... [Reply]

bg saya , kerja cikgu nisusah..bukan saja nak mengajar..nak mendidik lagi..hanya orang yang semangat juang tinggi mampu menjadi ciku terbaik(^__^)

Muslimah Optimis said... [Reply]

@SumaiyyahAbidah

ohhh..kitorang xde ros ni.. kalo ada pon kena observation tu masa buat asgmen je tapi observe budak je,observe cikgu ada sekali dalam asgmen ovbservation and assesment.. tapi xdipanggil ROS or SBE pon.. praktikum fasa 1,2,3 sama je..stil kena buat kajian kes..cuma fasa 1 n 2 1 budak je pilih untuk kajian kes yang fasa 3 ni kena pilih 2 budak..

kakak bacth bila???

Muslimah Optimis said... [Reply]

@myezatul aQma

aha bukan senang nak jadi cikgu terbaik kan kena ada semangat yang kental dan jitu..parentas hari ni x macam zaman dulu sikit2 nak salahkan cikgu..kalo anak diorang pandai ohh sebab anak diorang memang pandai, genetik pandai tapi kalo anak diorang xreti baca cakap cikgu xpandai ajar..adeiii...macam2

Erin Azizan said... [Reply]

K.A erin tau macam mana ada kat tempat k.a...gila la rph tu pntg kot dah kalau masa bnyk disumbangkan kat skolah time bila pulak nak fokus kat rph..macam tu la kan...paham2 sniri la

Muslimah Optimis said... [Reply]

@Erin Azizan hehehe..senyum sajalah dalam keterpaksaan..hihihi..redha

Sumaiyyah said... [Reply]

Oh... lain sikit la cara pelaksanaan kot kan. Tapi kalau kursus lain kat maktab yg skrg ni memang praktikum 3 fasa. Prgm ktorang je, mybe sbb twinning so susah nak atur kot. Ktorg ROS skali (4mgu) and practicum skali (12 mgu). Segala mak nenek kajian kes, latihan mengajar, etc kena buat time praktikum..so sgt penat...

Saya cohort 4, kalau yg ada kt UM skg cohort 5 rasanya. Dorg last batch. Yg cohort saya smua dah habis n tgh tgu posting :)

Muslimah Optimis said... [Reply]

@SumaiyyahAbidah

hahha.. tu yang penat tu.. aduiiiii.. sekali hantar 3 ring file yang tebal tu.. praktikum kos lain xde pulak sampai macam kita kan..huhu..

Fasihah Supian said... [Reply]

Salam MO, ya siapa kata menjadi seorang guru itu suatu kerja mudah, tapi kerja guru itu sungguh MULIA.. tanpa guru tiadalah profesion yang lain....semoga seronok dengan apa yang dilakukan, moga2 Allah memberkati setiap usaha yang dilakukan ^^

Sumaiyyah said... [Reply]

Ada2, don't worry. Saya penah tgok smpai 4 files. Mmg mantap la.. dpt cemerlang tu :)

Muslimah Optimis said... [Reply]

@FasiHaH SupiaN insyaAllah.. semoga setiap usaha kita diredhai dan diberkati Allah swt..

Muslimah Optimis said... [Reply]

@SumaiyyahAbidah

maksud MO kos lain yang bukan pendidikan sekai je praktikal dan sekali je buat report..hihi.. tapi ok lah pengalaman tepat berbeza..

cik ciput said... [Reply]

tak semua org boleh jadi cikgu, kan?mcm saya, rasanya tak boleh..kaku je nanti..jadi gugup..tmbh2 lgi bila dgn budak2..huhu..

*ambil pengalaman sebanyak mungkin...jadikan masalah yg mendatang satu cabaran!

Muslimah Optimis said... [Reply]

@cik ciput ermm..mungkin kot tak semua orang boleh jadi cikgu.. ermm.. yup cabaran yang perlu ditempuh dan bukan dianggap sebagai masalah

Sumaiyyah said... [Reply]

Oh..haha. Salah paham plak. Anyway kalau ada pengalaman menarik tulis la ye... suka baca pasal experience kat skolah ni...maklumla cikgu :)

tomato said... [Reply]

wahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh *tak mampu berkata2 -.-

mmg susah jadikk cekgu .. banyak nye keje kne buat .. huhuhu