Sipoot comel itu adalah Budak Pulau

Assalamualaikum...
Ceria-ceria semua di hari Ahad ini. Selamat Hari Abah untuk abah saya dan kepada semua abah, ayah, abi, walid, daddy, ayah di dunia ni. Semoga semuanya dalam lindungan Allah selalu..ameen.. Kakak sayang abah, mama dan adik-adik.. :-D
 
Okeh.. Entry kali ni MO nak melangsaikan hutang kepada peserta-peserta terawal contest AKU INGIN BERUBAH. Peserta pertama adalah Si Sipoot Comel ni. Entah mana dia dapat idea nak letak url blog dia sipootcomel.blogspot.com.

Beliau adalah seorang jejaka okeh bukan si gadis. Hohoho.. Kalau tengok url mesti ramai ingat dia ni pompuan kan. Oh..anda tersilap percaturan. Nama blog beliau adalah LAGENDA BUDAK PULAU kerana beliau berasal dari Pulang Helang. Pulau Helang tu Pulau Langkawi la.

Beliau ni peminat MU rasanya sebab kat sidebar blog beliau ada jersi MU. Hohoho. Eh lupa nak perkenalkan nama beliau. Nama beliau seperti dalam IC tak tau la tapi nama yang digunakan di FB ialah Syukri Hasshan. Hurmmmm.. Ada orang kata muka dia ada iras-iras Syahir AF8... Yeke?? Entah ler sebab MO bukan kenal Syahir tu pon.. hohoho.. Tapi kalo nak tau kesahihannya boleh klik link ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

Si sipoot comel ni buat MO terharu lah pulak. Nak tau kenapa?? Meh klik sini dan anda akan tau kenapa MO terharu..Ohh..ohhh.. Terima kasih Syuk.


Ni header blog beliau.. Apa kebenda yang warna-warni tu?? Itu adalah straw.. Tau apa itu straw?? Ala yang kita gunakan nak sedut air tu. Hohoho. Beliau ni juga dikenali sebagai Mr Straw sebab hobi beliau yang suka gigit straw. Hadoiii.. Habbit pelik ni. Hohoho.. Eh ada lagi sorang kenalan MO yang suka gigit straw, insyaAllah nanti MO akan review blog beliau pulak. 

Terima kasih sebab menjadi yang pertama join contest AKU INGIN BERUBAH anjuran Laman MO.  Sebagai janji masih ada 16 blog peserta terawal yang akan dibedah. Tunggu turn lah ye. Mungkin cepat mungkin lambat bergantung kepada urusan-urusan seharian MO yang agak padat sekarang ni. Semoga Allah permudahkan urusan kita semua..ameen..

Meh kita terjah blog Budak Pulau yang muka dia macam Syahir AF 8 tu. Blog beliau simple dan kemas. Teruskan menulis, sebab ada yang akan membaca penulisan anda wahai Budak Pulau.

p/s : Syuk, coklat Forrero Rocher cheq jangan lupa na. Hihihihi... 

Sekian Wassalam

5 Pesanan:

fRaMe+LenSeS said... [Reply]

waahhhh.. jeles la camni.. awat belog kami tadak orang nak review plak? lalalala~~ :P

cucu umie said... [Reply]

nak terjah juga..jom terjah ramai2..

JIJI YU said... [Reply]

hhoooo leh kirim cekelat la ni ek

Lydia Miza(Aidyl Azim) said... [Reply]

wahh leh kenal2...

Mr. Straw said... [Reply]

salam..macih RM!!!huhuh terharu wohh review belog aku yg tak ketahuan ni.. hahahahaha.