Jadi penulis NOVEL itu lebih baik dari jadi penulis SKRIP DRAMA atau FILEM

Assalamualaikum..
Kenapa tulis novel lagi baik dari tulis skrip drama atau filem?? Bukan lagi best tengok orang berlakon ke?? ermmm??? Ramai kan yang tengok cerita Nora Elena?? MO pun tengok la jugak itu pon bermula episod ke 14 dah bila orang sebok-sebok heboh kata cerita tu best so MO pon cari la kat youtube..hihi.. Eermmm.. bestnya kat mana ek? Setianya Seth kah?? Lakonan mantap Yvonne kah?? Atau Si Nora Elena yang sangat lembut perwatakannya kah??? ermmm.. terpulang pada penilaian masing-masing. 

Cerita Nora Elena ni bukan tak bagus, ada ciri-ciri Islamic juga bila dikatakan si Nora Elena tu tidak meninggalkan solat dan bagaimana ditunjukkan si Seth berubah menjadi seorang muslim yang mengamalkan ajaran Islam yang sebenar. TAPI pelik sungguh dengan si Nora Elena tu pakai skirt siang dan malam (tak sejuk ke, kan ke dia keje dalam ekon)..

Dan satu yang MO pelik dalam cerita ni, kenapa mesti watak di kampung dia memakai baju kurung dan tudung dan bila dah pindah KL pakaian dia dah bertukar, tudung dia dah terbang??? Ermmm.. Tak paham betullah.. (ni hanya pendapat peribadi).

Ok.. Stop pasal Nora Elena.. MO bagi contoh Nora Elena sebab cerita tu baru je selesai episod terakhir semalam kan. Ermmm. Kalau tengok tajuk Jadi penulis NOVEL itu lebih baik dari jadi penulis SKRIP DRAMA atau FILEM.. 

Kenapa???

Kenapa??? 

dan Kenapa??? 

MO ni bukanlah ariff sangat tapi daripada apa yang MO belajar subahat itu boleh mendatangkan dosa. Subahat macam mana ni? Contoh, bila So and So ini hanya menulis novel dan novelnya dibaca oleh orang ramai. Sekurang-kurangnya hanya imaginasi sahaja yang terbit di minda pembaca. Tapi bila novel ini diterbitkan dan diubah menjadi skrip drama atau filem atau memang skrip yang dihasilkan untuk drama atau filem, lakonan melibatkan lelaki dan wanita  bukan muhrim akan dilakonkan. ermm. Bila melakonkan watak suami isteri contohnya faham-fahamlah kan. Memang mereka nak menampakkan realnya lakonan mereka seperti mana orang ramai membenci Yvonne dalam cerita Nora Elena kerana lakonannya yang nampak real jahat. Tahniah untuk lakonan Yvonne yang mantap sebagai watak antagonis. 

Jadi sedikit sebanyak daripada lakonan itu semua yang terlibat akan terima jugak sahamnya termasuklah kita yang dok tengok tu.. Sebab tu kena biasakan diri dalam keadaan berwudhuk sebab dengan wudhuk kan boleh menghaspuskan dosa-dosa kecik. :-D

Wallahualam.. Ini hanyalah sekadar pendapat peribadi.. Tapi dalam dunia hari ni dosa ada di sekeliling kita. Mujurlah dosa tu tak boleh dihidu baunya atau tak nampak rupanya.. Kalau tak mau pengsan kita kan.. Astagfirullah banyaknya dosa MO.. jom muhasabah diri sebentar dengan beristigfar sehingga merasa getaran di dalam dada.. Astagfirullahalazim.. Astagfirullahalazim.. Astagfirullahalazim..

Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa kita. Sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun dan Penyayang. 
Terima Kasih atas kesudian membaca. Sekian Wassalam


9 Pesanan:

saya bukan tomato said... [Reply]

MO ! same ! sy pon terfikir yg tu jugak .. kat kampung kan main elok pkai baju kurung tudung sume , tapi mai bandaq tros jd lagu tu .. huhu
realiti org skrg kan .. :)

Unknown said... [Reply]

lagi-lagi cerrita nora elena nie waktu mghrib.. aishhh kdng2 xkhusyuk gk sebb dok sebb nak tgok cerita itu jer..huhuh thnkx for the info kka.. tpy incya-Allah dgn berwuduk, dosa2 kecik kita diampunkan..

Fasihah Supian said... [Reply]

terima kasih MO...

fRaMe+LenSeS said... [Reply]

setuju sangat.. :) alam fikiran dan alam reality, pabila fikiran menjadi reality, dan pengamalnya pula bukan muhrim, (konon demi menghayati watk). menjadi haram dengan sentuhan-sentuhan, aurat yang didedahkan (pakai baju tdo kan? ) dan macam-macam lagi. tu belum kira si melihat yang berpandangan nafsu lagi..

nauzubillah.. :(

Muslimah Optimis said... [Reply]

@saya bukan tomato wallahualam..setiap orang caranya berbeza.. ada jugak yang dari kampung open2 bila mai bandaq tutup2..hihi

Muslimah Optimis said... [Reply]

@cucu umie hihi..ayie..akak tengok kat YT je..anytime leh tengok..tak payah kaco waktu maghrib pon..hihi

Muslimah Optimis said... [Reply]

@FasiHaH SupiaN sama-sama..dan terima kasih gak sebab sudi baca

Muslimah Optimis said... [Reply]

@fRaMe LenSeS aha..kalau ada yang melihat dengan pandangan bernafsu itu lebih bahaya..menakutkan

Sumaiyyah said... [Reply]

Saya tak pernah tengok cerita Nora Elena ni, tapi tahu skg tengah famous. Tak kisahlah cerita apa pun, tapi sy setuju dgn pendapat MO, some things are better left to imagination.

(Satu lagi yang saya perasan dalam cerita Melayu ialah watak2 sentiasa ada 'make-up' di muka walaupun baru bangun tidur, hehe)