PENDIDIKAN SEKSUALITI UNTUK KANAK-KANAK




Assalamualaikum.. Apa khabar semua pembaca Laman Muslimah Optimis? Diharapkan sihat dan sejahtera. InsyaAllah. Pertama sekali MO nak mintak maaf sangat-sangat kepada semua pembaca Laman MO yang sentiasa ternanti-nanti entry santapan rohani dari MO. Bukan MO tak mahu menulis tapi untuk menghasilkan entry sebegitu memerlukan kosentrasi yang sangat tinggi tetapi kekangan waktu menyebabkan MO tak mampu menghasilkan entry sebegitu dalam jangka masa yang sangat terhad. Andai kata rindu dengan penulisan MO, jenguklah Khazanah Laman MO, mungkin anda sudah pernah membacanya sebelum ini namun apa salahnya jika dibaca sekali lagi sebagai peringatan kan.. Walau apa pun terima kasih sangat kepada yang sudi memberi kritikan membina kepada MO menyatakan bahawa blog ini sudah sunyi dari entry-entry pengisian jiwa. Terima kasih sangat-sangat. InsyaAllah MO akan cuba perbaiki diri MO dan MO cuba menyusun masa 24 jam yang diberikan ini sebaik mungkin dan MO cuba tidak menghampakan harapan pembaca Laman MO. 

Baiklah, pada entry kali ini MO mahu kongsikan mengenai Pendidikan Seksualiti kepada Kanak-kanak. Apabila disebut pendidikan seksualiti, ini tidak bermakna kita mengajarkan seks kepada kanak-kanak tapi kita mengajar kepada mereka apa yang boleh dilakukan dan apa yang tidak boleh dilakukan. Dunia hari ini yang semakin canggih dengan teknologi memungkinkan manusia tidak kira usia dengan mudah mendapat sumber rujukan seks. 

MO masih ingat semasa MO membuat kajian kes di salah sebuah Sekolah Menengah Integrasi Pendidikan Khas di Wangsa Maju, Kuala Lumpur, Guru Penyelaras Pendidikan Khas ada memaklumkan bahawa pelajar-pelajar khas ini mereka tidak mampu untuk mengawal daya seksualiti mereka. Saya berikan dua situasi (berdasarkan kisah benar),

Pelajar lelaki normal suka kepada seorang guru perempuan yang baru ditugaskan mengajar di sekolahnya tetapi pelajar lelaki tersebut masih mampu mengawal perasaan sukanya dan mungkin dia hanya akan memendam perasaannya (contoh). Tetapi jika pelajar bekeperluan khas, mereka akan terus menerpa dan memeluk guru terbabit sehingga menyebabkan guru terbabit menangis ketakutan (kisah benar). Namun kita tidak boleh salahkan pelajar terbabit walaupun dia telah melakukan gangguan seksual ke atas gurunya, kerana dia tidak tahu perbuatan itu adalah salah. Guru penyelras terbabit juga memaklumkan beliau ada menjumpai rakaman video l***h dalam telefon bimbit salah seorang pelajarnya. Ini pelajar khas, cuba bayangkan pelajar normal????

Itu salah satu situasi yang berlaku di negara kita. Kita lihat pula situasi yang kedua. Kali ini kajian yang saya jalankan di salah sebuah taska di Damansara Utama. Peristiwa ini berlaku pada awal tahun 2010 (diceritakan kembali oleh pengasuh taska). Pada waktu mandi tengah hari sepatutnya diasingkan antara kanak-kanak lelaki dan kanak-kanak perempuan namun entah macam mana terlepas dua kanak-kanak yang mandi agak lewat (kanak-kanak lelaki dan kanak-kanak perempuan). Apa yang dimaklumkan kepada MO amat mengejutkan iaitu kanak-kanak perempuan dalam keadaan berbaring dan kanak-kanak lelaki tersebut sedang menyentuh kemaluan kanak-kanak perempuan tadi (mungkin disebabkan perbezaan bentuk mereka ingin mengetahui apa yang terdapat pada alat kelamin masing-masing). Mujur pengasuh taska itu tersedar awal dan perkara tersebut dimaklumkan kepada ibu bapa kanak-kanak masing-masing.

Kini kita lihat pula situasi ketiga. Perkara ini dimaklumkan oleh sahabat saya semasa sedang berdiskusi dengan beliau kelmarin. Kes ini berlaku di sekolah (sekolah rendah) mana saya tidak pasti kerana kisah ini diceritakan oleh sahabatnya yang lain ketika menjalani latihan mengajar. Fokusnya adalah dua orang pelajar lelaki yang berkelakuan sumbang pada waktu rehat. Saksi (guru praktikal terbabit) melihat salah seorang daripada mereka sedang menghisap kemaluan rakannya yang lain (jangan anggap lucah pulak), ni sekadar makluman. Apabila ditanya dan dimaklumkan bahawa perbuatan itu adalah salah pelajar terbabit menyatakan bahawa mereka melihat aksi tersebut daripada CD yang diambil dari bilik abangnya.

Nampak kesemua situasi yang diberikan?? Memang mengejutkan bukan. Kanak-kanak seusia 3 tahun sudah pandai perkara-perkara sebegini. Sifat kanak-kanak yang ingin tahu memungkinkan mereka melakukan perkara tersebut kerana mereka tidak tahu PERBUATAN ITU ADALAH SALAH kerana sebelum ini tiada siapa yang memaklumkan kepada mereka. Ibu bapa pula sering mengelak apabila ditanya soalan sebegini oleh anak-anak menyebabkan anak-anak kecil mendapat "ilmu" ini dari luar.

Sepatutnya ibu bapa memberi pendedahan awal lagi kepada anak-anak sejak mereka kecil supaya mereka tahu perbuatan itu adalah SALAH. Ibu bapa perlu mengajar anak-anak perempuan mereka terutamanya mengenai anggota badan mana yang boleh disentuh oleh orang lain dan anggota mana yang tidak boleh disentuh oleh orang lain. Apabila diberi pendedahan awal maka kes cabul ke atas kanak-kanak dapat dikurangkan apabila (peratusan kanak-kanak yang ingin dicabul menjerit adalah tinggi apabila mereka disentuh di bahagian yang tidak sepatutnya disentuh). Dengan jeritan itu diharapkan dapat didengari oleh orang lain atau tindakan mengigit tangan pencabul atau sebagainya.

Jika kesilapan dilakukan oleh kanak-kanak kerana tiada bimbingan dan pendedahan kepada mereka yang harus dipersalahkan adalah ibu bapa dan bukan kanak-kanak kerana sifat kanak-kanak adalah meniru perlakuan orang dewasa yang menjadi idola mereka dan mereka mempunyai tahap peratusan sifat ingin tahu dan sifat mencuba sesuatu yang baru adalah tinggi. 

Sebenarnya dalam Islam sendiri sejak awal lagi sudah mendidikan mengenai pendidikan seksualiti ini iaitu dengan mewajibkan semua perempuan menutup aurat sejak aklil baligh. Ini adalah satu cara menjaga diri. Islam juga tidak membenarkan lelaki dan perempuan yang tiada apa-apa ikatan bersentuhan kulit apatah lagi anggota lain. Islam juga tidak membenarkan anak lelaki dan anak perempuan yang sudah baligh tidur bersama. Betapa indahnya Islam menyusun semua itu untuk manusia tapi manusia yang saja tak mau ikut.

JADI KEPADA IBU BAPA SEKALIAN, DIDIKLAH ANAK-ANAK ANDA SEBAIK MUNGKIN DENGAN ILMU FARDU KIFAYAH DAN ILMU FARDU AIN DAN BUKANNYA MEMBERIKAN SEPENUH TANGGUNGJAWAB UNTUK MENDIDIK ANAK ANDA KEPADA GURU KERANA PENDIDIKAN YANG SEBENAR ADALAH BERMULA DARI RUMAH. 

p/s :
kajian kes yang MO lakukan tidak ada kaitan langsung dengan pendidikan seks cuma ia sedikit sebanyak melibatkan masalah sosial kanak-kanak.

terima kasih kerana membaca

sekian wassalam.

24 Pesanan:

ariana said... [Reply]

Semua memainkan peranan penting dalam menangani isu ni sebenarnya..dan jangan memandang remeh.

Muslimah Optimis said... [Reply]

@ariana's ya..isu ini isu besar dan memang semua pihak memainkan peranan dalam membendung masalah ini.. memang sangat tidak boleh dipandang remeh..

ohHH! LuGhohhhh~ said... [Reply]

bg pendapat sy je la kan yg xbrapa nak ok ni..bukan stakat kanak2 sj yg perlu dibimbing..yg dah besar dewasa jgk harus dibimbing...masalah sosial dikalangan remaja..bleh dimasukkan dlm kategori ini jgk...kes khalwat dikalangan dewasa jgk ..kes kecurangan rumah tangga...maksudnya..pendidikan seksualiti ini bukan hanya untuk kanak2 sepatutnya..tp untuk semua~ ( pendapat saja~)

Muslimah Optimis said... [Reply]

@dir...antologi hidup apple sepi... yep..tp entry ni difokuskan pd knk2 sebab knk2 ni akan membesar mnjadi remaja dan dewasa.. so bila pendedahan awal dibuat tak terjadilah gejala2 sosial bila mereka dah remaja dan dewasa.. bak kata peribahasa lama, melentur buluh biarlah dari rebungnya..:-)

.::.MY.s.e.l.f.::. said... [Reply]

perrhh.. habis gak baca.. hehehehe.. betui tu.. pendidakan awai kanak2 nie penting sebeb kanak-kanak akan tiru apa yang berlaku disekeliling dia... so, yang dewasa tu kena terang kat kanak-kanak nie..

Muslimah Optimis said... [Reply]

@.::.MY.s.e.l.f.::. tahniah kerana berjaya menghabiskan pembacaan.. hihi.. tepat sekali

Unknown said... [Reply]

pjg juga.. baca satu2 dr atas.. sgt bgus penerangn anda. hehehe.. penting sgt pengetahuan yg perlu dididik. supaya tahu yg blh dan mn yg x boleh. takut sgt dgn dunia yg serba tanpa sempadan ni..

||aLeaSaRa|| said... [Reply]

slm MO.kite sbg ibu mmg dari awal dah ajar apatah lagi kite dikurniakan sepasang boy dan seorg girl.mmg pada mulanya berbelit lidah berputar mata nak terangkan apa yg blh apa yg tak blh disentuh.maklumlah sepatah kite cakap 20 patah diorg bertanya.rasa macam hakim bertemu peguam pencen!!!

Unknown said... [Reply]

kak MO, ayie nak tye berkenana dengan pljr pndidikan khas.. kalau tidak silap ayie bukan kah mereka sukar diakwal dan pendidikan dripada ibu bapa memang pntng tapi ketidaksampaian IQ mereka untuk menerima menyebabkan mereka melkukan sesuatu yg diluar jangkaan.. itu pd pdgn ayie lol..

tpy kalau untuk pelajar normal, ibu bapa memang memaninkan peranan peting dlm mendidik mereka disamping pemautan yang ketat dripada ibu vapa sejak dry kecil..

syanabel said... [Reply]

peranan ibu bapa sgt penting. Lentur lah mereka selagi boleh dilentur. Jangan pandai ternak anak tapi tak bagi pendidikan rohani. please learn how to be a good parents!

kokser kokdam said... [Reply]

pendidikan awal bemula ngan ibubapa..

sedih bila ade kes budak2 cmni..

HAZRIL HAFIZ said... [Reply]

salam kak...sopry lambat...ni link header kak...


https://lh4.googleusercontent.com/--eSFualUOo8/TfMBMYLju3I/AAAAAAAABlU/wpK8t4PRq0w/header-JPG.jpg

Unknown said... [Reply]

pikir2..

Muslimah Optimis said... [Reply]

@Putera Helmei hihi.. terima kasih baca sampai habis.. kalo nak dikutkan banyak lagi kes lain, tapi cukuplah bagi tiga ja tu pon dah panjang kan.. yep ibu bapa kena tau tu.. ha kami pon takut dunia lani macam2

Muslimah Optimis said... [Reply]

@||aLeaSaRa|| hehehe..biasalah tu budak2 memang akan banyak bertanya..kita pulak kena la layan jugak pertanyaan anak2.. kalo tak dilayan diorang akan cari sumber rujukan dari lain.. jangan nanti dah terhantuk baru tergadah

Muslimah Optimis said... [Reply]

@cucu umie aha.. sebab tu untuk pelajar pendidikan khas intervensi awal sangat penting..

Muslimah Optimis said... [Reply]

@syanabel aha.. anak tu adalah amanah.. bila dah ada anak semua aspek kita kena pikirkan sebab kalau kita alpa, kita jugak yang akan disoal di akhirat nanti kan

Muslimah Optimis said... [Reply]

@kokser kokdam itulah kan.. sedih sangat.. tapi semua pihak pon kena amik peranan dalam menangani kes macam ni

Muslimah Optimis said... [Reply]

@HafizRahman.com terima kasih hafiz

Muslimah Optimis said... [Reply]

@JIJI YU cikgu neslo..kaih pikirkna cara then bentangan kat parlimen..hoho..YB jiji

JHaZ KiTaRo said... [Reply]

salam kenal.. rajin2, jemput singgah blog AKU SEBUTIR PASIR hamba kalau berminat nak baca my travelling experiences ke 46 buah negara.. :)

Budak Botak said... [Reply]

Budak2 mudah terpengaruh dgn apa yg diorang belajar, sb tu kena panduan ibu bapa jugak...

Entry terbaru -> Ini Jadinya Kalau Tak Belajar Jawi... (",)

Areyoudys said... [Reply]

as salam..
dugaan. cabaran jurang digital yang ketara antara ibu bapa dan anak-anak pun menjadi masalah..
huhu..

salah penjaga kanak2. diasuh dengan baik, insya'Allah kanak2 tu tak buat masalah di masa depan.

lama dah tak masuk sini. hehe
bloglist berterabur. tenggelam terus.

entri santai sebelum entri berisi :

updating..up..dating..

Mohamadazhan.com said... [Reply]

kembali kepada Al Quran dan Sunnah =)