Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Ucapan terima kasih untuk Sang Pencipta sekalian makhluk. Syukur Alhamdulillah kerana MO masih lagi kita diberi kekuatan untuk mengupdate blog dan anda diberi kekuatan untuk membaca penulisan MO.
Ok sekarang kita tanya diri kita sendiri Untuk Apa Ucapan Terima Kasih? Bagi MO ucapan Terima Kasih ni adalah satu penghargaan. Susah sangat ke nak sebut terima kasih atau thanks atau thank you?? Tak sampai lima saat pun sebut. Tapi pernahkan anda terfikir perkataan yang disebut tak sampai lima saat itulah bisa membuatkan jiwa lain berasa gembira, membuatkan dia tersenyum, membuatkan ibu anda bangga mempunyai anak seperti anda?
MO ni bukanlah baik mana pun. Bukan anak yang terlalu baik. Bukan kakak yang tersangat baik. Bukan guru yang terbaik. Tapi MO cuba menjadi yang terbaik. Walaupun bukan yang terbaik di sisi Allah swt tapi MO cuba menjadi yang terbaik dalam sejarah hidup MO. InsyaAllah.
Baiklah berbalik kepada ucapan terima kasih tadi. Bagi MO memberi ucapan terima kasih itu adalah satu perkara yang wajib sebagai menghargai sumbangan orang pada kita kan, sama juga macam kita mensyukuri nikmat yang Allah berikan pada kita. Syukur itu kan tanda ucapan terima kasih kita pada Allah dengan nikmat yang Dia limpahkan pada kita tak putus-putus. Bila dah terbiasa menyebutnya, mulut kita akan ringan selalu ucap terima kasih tak kira pada siapa pun.
Tapi ramai orang susah nak tuturkan SAMA-SAMA. Kenapa? Selalunya bila orang cakap terima kasih, kita hanya senyum saja, kadang-kadang tu cakaplah sama-sama kan. :-)
Akhir kata, ringan-ringankan menuturkan kata TERIMA KASIH kepada siapa saja yang menyumbang sesuatu kepada kita. Moga-moga dengan ucapan yang tak sampai lima saat itu akan mengubah hidup kita, hidup kita akan menjadi lebih ceria, lebih harmoni kerana orang pun takdak la nak sumpah seranah ke nak mengutuk-ngutuk ke sebab kita ni tak tau nak menghargai orang lain kan.
Terima Kasih atas kesudian membaca. Semoga semuanya dalam lindungan Allah selalu..ameen.
MO kata : Hari ni hari raya. Terima kasih kepada semua yang menyokong MO selama ni terutamanya ahli keluarga dan Terima kasih pada Allah swt atas segalanya. :-)
Sekian Wassalam.
22 Pesanan:
betol ckap kak mo tu.. sebgai contoh, bila kita tolong seorng shbat yg berada didalam kesushn dan dia menucapkan terima kasih..sudah mmadai rasenya tne perlu beri ap2 pon..
p/s; cantik header and kenapa mase tu kak MO cube bg invite reader shje bce blog kak Mo..huhuh
betul tak susah mna pun nak kta terima kasih tp sesetgh tu ja cm berat nk ckp entah pasai pa taktau amboi akak header baru na hehe lawa2
betol tue x susah pown nk ucapkn terima kasih.. kami sgt x suke bila org berat mulut nk ckp terima kasih..
terima kepada Allah kerana Nya kita masih berpeluang untuk menambah amal ibadah. terima kasih buat ibu bapaku, adik beradik ku, teman-teman2 ku serta sesiapa sahaja yang pernah bersama-sama di saat suka dan duka.. Terima kasih buat MO kerana menghasilkan penulisan yang bermanfaat untuk semua pembaca... Thanx (",)
Ucapan itu jika disertakan doa...berkat...
Lepak sambil bersantai di NazZue.com
Entri terkini: Lisa Surihani Buat Hal Lagi
terima kaseh keakadng leh meruntuhkan ego..
Wah..inikah header yang dinanti-nanti itu. Memang hebat hasil kerja tangannya. Tahniah untuk wajah baharu ini. :-)
@cucu umie yep.. hati boleh jadi lembut kan bila dengar orang ucap terima kasih..
ermm.. nak tahu kisah kenapa siang tadi hanya dibukan kepada invited reader ke?? ermm.. nanti MO buat entry..hihi
@efa
heheh..biarlah orang lain... asalkan kita biasakan diri kita memberi ucapan terima kasih kan..
@kiera'sakura hihi.. ermm.. xpe, kita mulakan diri kita dengan mengucapkan terima kasih.. lama2 nanti orang yang mendengar pasti akan terikut jugak sedikit sebanyak kan.. :-D
@Gen2Merah terima kasih untuk cikgu Jumadil kerana singgah baca entry MO ya..Mo hargainya
@Nazzue yep lebih berkat kalo diiringi doa kan. :-D
@JIJI YU ego siapakah yang diruntuhkan cikgu neslo?? ego orang yang mengucapkn terima kasih atau orang yang menerima ucapan terima kasih tu??ermm
@Hadi Rofiee :-D thax ustaz..
terima kasih juga kepada MO yang sudi terima kunjungan saya =)
huhu..kak aima..ceq suka banner lama lg laa..simple n cute..
ceq pun pernah wat entry cmnie gak..huhu
saya mudah ucapkan terima kasih tp susah betul nk jawab 'sama-sama'.
Bak Kut Teh halal?
.
Ucap time kasih tu tande menghargai seseorang tu. Cakap je time kasih pade sesape yang da bantu kite.. bagi kite sesuatu.. lepas kite dapat sesuatu dll..
@Mohamadazhan hjDesa 100 kali sudi terima kunjungan teamu..hih..
@CikTomyam yeke..simple n cute..wah terharu ai..sebab header lama akak buat sendiri..hihi...
@Nini Hartini xa..lepas ni biasakanlah diri jawab sama2..:-D
@Penjejak Mimpi ya terima kasih PM.. baca entry sampai habis tak??hihi..saja tanya
Post a Comment