Aku Adalah Seorang Aku


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Rindu giler nak guna ganti diri "aku". Zaman sekolah memang dah jadi bahasa pertuturan harianlah, tapi bila masuk ke alam universiti entah macam mana kata ganti diri "aku" ni seakan dilupakan sebab rata-rata dengan kawan-kawan perempuan guna ganti diri nama atau pun "saya-awak". Kalau dengan kawan-kawan lelaki (sekelas) kot la bahasakan diri aku-kau atau aku-hang (tapi tak banyak sembang pun). Mesti ada yang pelik kan sebab selalunya sebaliknya akan berlaku. Tapi itulah hakikat hidup MO di bumi UM. Sebab rata-rata kawan-kawan MO di UM, sangat MO segani. Sopan-sopan orangnya, MO je muslimah yang kasar sikit. Tapi sikap kita jugak akan automatik switch bila berada dengan kelompok manusia yang berbeza. Bukan hipokrit tapi macam peribahasa masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang lembu menguak.

Atau mungkin jugak MO banyak berkawan dengan adik-adik yang lebih muda dan kakak-kakak yang lebih tua dari MO kot sebab tu jarang menggunakan ganti diri "aku". Boleh kira ja berapa ramai yang guna ganti diri "aku" ni dengan MO.

Serius MO memang rindu sangat nak guna ganti diri "aku" ni. Bagi MO hubungan tu akan jadi lebih akrab. Tapi MO dengan sahabat MO di universiti memang guna saya-awak atau nama je. Tapi hubungan kami memang akrab dan rapat. Hakikatnya ganti diri tu hanyalah perantara perbualan, keakraban tu terbina kerana ikatan kasih sayang antara dua orang manusia. 

Bila bahasakan diri "aku" ni lebih selesa dan tak perlu cover-cover sangat nak cakap.Ohhh, rindunya zaman sekolah, rindu kawan-kawan sekolah. Saya rindu dan benar-benar rindu. 

Tapi sejak berkenalan dengan gang Kami Blogger Utagha (KBU) ganti nama yang digunakan adalah "kami-hangpa" (mengembalikan nostalgia sembang zaman sekolah rendah). Serius rasa manja gila guna ganti diri tu. "Kami-Hangpa/ampa" sweet gila kan. Hohoho. Ni ada sorang budak yang kata bukan MO kata. Tak kiralah dengan laki ke pompuan ke kalo jarak umor lebih kurang sebaya. Kalau yang jauh sangat selesa bahasakan "nama" kot. Dengan sorang je budak KBU yang MO guna ganti diri "aku" dengan dia. Dia yang mula dulu. Ok tak dinafikan memang selesa kalo sembang dengan dia bila guna ganti diri "aku-hang". Dengan orang lain pon selesa la jugak. Sebab dah menjadi kebiasaan. 

Kenapa MO tulis semua ni? Hakikatnya MO sedang rindu kawan-kawan sekolah MO. Semalam kemas-kemas bilik, jumpa balik semua surat-surat lama, kad-kad raya lama. Hihihi. Style kad raya tulis ayat berjela-jela, oh saya baca satu-satu sambil feeling-feeling dan teringat wajah sorang-sorang. Di mana kalian sekarang ni ye. Ada yang terus lost contact. Ada yang masih berhubung lagi, ada yang dah kawen, dah nak kawen, dah ada anak, yang masih belum habis study, yang dah keja, yang belum balik ke Malaysia, dan macam-macam yang lagi..

Sekolah yang mengajar MO menjadi atlet. Oh, rindu sekolah rendahku. 
Sekolah Kebangsaan Tunku Abdul Malik. (Darjah 1-Darjah 6)

Bila agaknya boleh berkumpul ramai-ramai lagi macam reunion SKTAM yang menemukan sahabat-sahabat yang terpisah hampir 11 tahun. Ohh, sangat tak sangka. Masa tu nak jumpa pon macam-macam perasaan ada dalam dada ni. Alhamdulillah, still boleh ingat rupa dan nama. Ada jugak yang baru berkenalan, ye la budak-budak kelas lain. Hohoho. 

Sekolah yang mengajar MO kemahiran berorganisasi. 
Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Badlishah (Tingkat 1-Tingkatan 5)

Sekarang semua dah besar. Semua dah bawa haluan masing-masing. Lepas habis SPM memang berapa kerat je yang still selalu jumpa, yang lain-lain mungkin hanya berinteraksi di alam maya saja. Malah ada yang terus lesap tanpa khabar berita.

Sekolah yang mengajar MO kemahiran komunikasi. Di sekolah inilah bakat bercakap dicungkil. 
Sekolah Menengah Kebangsaan Kulim. (Pra-Universiti)

Sesungguhnya setiap pertemuan itu pasti ada perpisahan. Bezanya perpisahan hidup atau perpisahan mati. Ternyata berpisah mati itu lebih sakit kerana memang dah ternyata tiada harapan nak berjumpa lagi di alam dunia ni. Saya rindukan awak yang telah pergi. Saya doakan awak selalu. Semoga awak ditempatkan bersama orang yang soleh. Diringankan penyeksaan awak di alam sana. InsyaAllah.

Tempat mempraktikkan segala kemahiran yang ada disamping mengilatkan lagi kemahiran dan bakat yang ada. Universiti Malaya.

Dulu-dulu, masa masih di alam universiti, dah penuh jadual untuk setahun dengan program dan aktiviti tapi bila dah habis study ni rasa kelainan sangat. Saya rindukan semua tu. Kenapa saya feeling sangat ni. Huhuhuhu. Saya pernah melalui saat-saat genting di alam universiti bila saya mengalami kemurungan teruk yang mungkin menyebabkan saya tak akan graduate pada masa yang sepatutnya. Tapi Alhamdulillah berkat sokongan kawan-kawan dan pensyarah saya bangkit dan teruskan perjalanan yang tinggal selangkah lagi nak habis. Syukur Alhamdulillah. Allah hanya menguji saya sedikit.

Aku hanyalah insan biasa,
Yang layak dilabel pembuat dosa,
Namun,
Berilah aku peluang,
Menebus dosaku yang lampau.

Memulakan hari ini sebagai orang baru. Semoga dosa-dosa kelmarin diampunkan. 

Terimalah diri aku kerana aku adalah seorang aku bukan orang lain. :-)

MO kata : Semakin dekat hari itu semakin berdebor rasanya. Semoga Allah kuatkan hati. :-) Terima kasih semua yang sentiasa menjadi pendorong dan semangat kepada MO untuk meneruskan hidup. MO sayang kamu, kamu semua kerana Allah swt Pemberi rasa sayang itu. :-)

Sekian Wassalam.

24 Pesanan:

Ce'gu JAERA said... [Reply]

wahhh, ini lah yang dinamakan kerinduan pada zaman kenangan lalu.. siap detaikan nama seklah lagi..

betul, sejak masuk U sehingga jdi cikgu ni la kata diri 'aku' dah memnag jarang saya gunakan... kalau kat umah biasala, tapi bila jumpa org luar sana lebih mesra 'saya-awak..

sea_lavender said... [Reply]

Hakikatnya ganti diri tu hanyalah perantara perbualan, keakraban tu terbina kerana ikatan kasih sayang antara dua orang manusia. ~~
nice kate2 ni ske~` =D

erm ble beralih usia sgalanya berubah kehidupan dan mgkin juga org2 d sekeliling kta ~~

adysuR said... [Reply]

zaman belajar paling best kan..huhu

Ary said... [Reply]

kenangan itu x bisa merubah 'aku' menjadi 'kau'

mmm...kenangan yg indah zaman persekolahan..nice..
semoga adik berjaya...insya'Allah...

Erin Azizan said... [Reply]

rindu jugak kenangan tu ttp akan ada. org sekeliling mungkin berubah, tetapi kenangan yg akan kekal.

Solihin Zubir said... [Reply]

owhhh.. patutla hangpa dok ckp 'hangpa kami' dgn kami.. eh.. haha..

sy kalau dgn girl sy ckp 'sy awk'..
tp kalau girl tu start ckp aku hang, maka sy pun ckp aku hang..

dgn laki, sy rsa geli nk ckp 'sy awk'.. mcm nerd.. haha.. tp dgn org yg lebih tua, yela kot.. ;-p

Sunah Sakura said... [Reply]

nak guna aku kau dengan MO pun segan..

Kira Sakura said... [Reply]

same la kami pn... dh jrang sgt guna aku-kau... mlut sendiri yg auto kuar saya-awk, kami-ampa skang nie...

Nuur mutiara said... [Reply]

samalah kita..kawan2 dekat U mmg tak ramai yg guna kata ganti diri aku-kau..mula2 rimas jugak tp lama2 dh terbiasa kan..

nur said... [Reply]

MO, kalau dah rapat rasanya guna apa2 katanama pengganti diri pun oke je kot..
Rindu juga sekolah rendah.. Isk..

Muslimah Optimis said... [Reply]

@Gen2Merah aha rindu sangat.. tapi masa kini adalah masa untuk kita meneruskan hidup.. kenangan biarlah tersimpan di kotak memori

Muslimah Optimis said... [Reply]

@sea_lavender ya setiap hari kita berubah

Muslimah Optimis said... [Reply]

@Ary
insyaAllah terima kasih..

Muslimah Optimis said... [Reply]

@Erin Azizan ya hanya kenangan yang kekal

Muslimah Optimis said... [Reply]

@Solihin Zubir heheh.. nak cakap apa pon boleh... hihihi... saya-awak.. saya geli nak guna.. haha

Muslimah Optimis said... [Reply]

@Sunah Sakura perlu ke nak segan-segan ni..hehehe

Muslimah Optimis said... [Reply]

@kiera'sakura hehehe.. kami pon sama.. senang bahasakan diri nama je sekarang.. tapi tengok orang jugaklah

Muslimah Optimis said... [Reply]

@Nuur mutiara hehehe.. MO ok je.. tak de lah rasa janggal pun even masa mula2 tu.. perubahan dalam hidup..alhamdulillah.. mudah ikt rentak

Muslimah Optimis said... [Reply]

@nur aha.. sekarang dengan ni main ikut suka je nak cakap apa pon.. kadang2 saya-awak, kadang nama, i-u..ikut mood masa tu..hehe

Muslimah Optimis said... [Reply]

@Erin Azizan ya kenangan tu akan tetap kekal dalam minda kita.. :-)

aniki said... [Reply]

zaman sekolah zaman paling syok tambah2 kalau jadi budak buas..haha..ampa orang kedah ka??awat tak habaq??kami baru tau malam ni..hahaha

Muslimah Optimis said... [Reply]

@aniki hohoho.. ampa tak pernah tanya macam mana kami nak habaq.. hurmm.. orang kedah gak ka aniki??

sea_lavender said... [Reply]

berubah itu hijrah~~ itu yg terbaik dlam kehidupan =)

aniki said... [Reply]

yup..hijau kuning tanah kami,darul aman negeri kami..hahaha..ampa jangan dok buas sangat tau..buas sket2 takpa..hahaha