Damn You, Celaka Kau


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Apa khabar hari ni? MO baik-baik ja. Kat rumah ni tinggal berdua ja dengan adik sebab mama, abah dan dua adik yang paling bawah pi Family Day sekolah abah. Kakak dah malas nak ikut, kang banyak pulak soalan nak kena jawab. Huhuhu... Erkkk. Apa kena mengena dengan tajuk entry kali ni pulak kan.

Hurmmm. Bukan apa, MO selalu dengar sahabat-sahabat blogger menggunakan perkataan tesebut. (Sejak MO agak aktif berkenalan dengan sahabat-sahabat blogger di alam maya ni MO selalu dengar perkataan tu) Errrr. Sakit telinga bila dengarnya tambah-tambah jika yang menuturkannya adalah seorang perempuan. Kenapa mesti sebut DAMN YOU??? Keras sangat bunyinya. Mungkin dah menjadi kebiasaan kan. Melafazkannya dalam FB tapi di alam realiti pon ada sebut jugak.

Errr, ke damn you tu ada maksud lain ek?? MO serius tak tau. MO pon baru tau maksud damn tu apa, errr beberapa tahun lepas, tu pon masa tengok cerita omputih.

Ada jugak yang suka sebut damn, damn if ada sesuatu yang tak puas hati atau apa saja. Hurmm. 

Buat kawan-kawan, tak payah la nak sebut-sebut sangat perkataan tu. Kalau maksud elok tak pa jugak. Kata-kata tu kan mencerminkan peribadi. Bukanlah nak kata MO ni baik sangat. banyak kekurangan dan kelemahan jugak cuma mengingatkan diri MO sendiri supaya menjaga kata-kata. Lazer-lazer MO pon, MO tak pandai mencarut. Huhuhu. Sorry, perkataan tu bagi MO adalah carutan. Huhuhu..

Maaf, jika ada sesiapa yang terasa, tidak berniat untuk itu. Cuma meluahkan apa yang terbuku di hati. Setiap orang ada cara tersendiri.

Kata-kata itu ibarat mata pedang. Bak kata orang, lidah yang tak bertulang itu lebih tajam daripada mata pedang. 

MO kata : Hari tu semakin dekat dan semakin dekat..


Ada tak yang nak bagi kuntuman coklat Ferero Rocher ni kat MO ni masa konvo nanti.. Erkkk..

Selamat beramal. Sekian.

14 Pesanan:

Halawatul_Insyirah said... [Reply]

yup2. perkataan2 cm tu sgt buruk bunyi nya. nak2 lagi y menggunakan nya perempuan. rasa mcm tercalar maruah pmpuan tersebut. mcm x beradab dn tiada santun nya. wktu kecik2 dlu, ummi HI dah ddik, y perkataan2 cm2, akan mnunjukkan sifat buruk seseorang. smpai tua xpndai gne perkataan cm2. sesetengah negeri kn cara cakap dia kan kasar. Bila HI bercampur dengan diorang rasa kecik ati. Hehe. sbb kita x biasa gne perkataan kasar cm2.

Gen2Merah said... [Reply]

betul tu MO.. ayat melambangkan keperibadian.. kadang2 salah sebut bisa mendatangkan pergaduhan sesama kita.. ow, kebetulan dalam entri baru saya pun ada ungkap pasal perkataan2 yang tak elok ni.. singgah2 lah ye.. ekeke

Zul Fattah said... [Reply]

aku tak pernah sebut lg kot.. perkataan itu.. haha.. redha je la..

Kalamhati said... [Reply]

paling tak suka tambah2 lg skang ni..remaja2 suka sebut term 'damn' tu..

sergeant keroro said... [Reply]

sebut damn rasa cool, HAHA :P

aniki said... [Reply]

pergh..kena tembak..tq mo..hehe

Nuur mutiara said... [Reply]

dulu suka kot 'damn' kt kawan2, niat nak bergurau je sebenarnya, tapi bila fikir balik kita perempuan tak elok la guna word tu..cuba elak kn kalau boleh :)

Muslimah Optimis said... [Reply]

@Halawatul_Insyirah hehehe..setuju dengan HI.. so pasni kena didik anak2 supaya guna perkataan elok2 je..hehe

Muslimah Optimis said... [Reply]

@Gen2Merah aha bab bergaduh tu takut tu..huhu

Muslimah Optimis said... [Reply]

@Zul Fattah hehehe.. baguslah

Muslimah Optimis said... [Reply]

@Kalamhati tu la kan..pengaruh kot

Muslimah Optimis said... [Reply]

@sergeant keroro amboi dik tecit ni pandai pulak dia nak damn,damn ye.. cool lah sangat..cehh

Muslimah Optimis said... [Reply]

@aniki sorry aniki.. u r welcome.. n thax cos reading

Muslimah Optimis said... [Reply]

@Nuur mutiara aha.. cuba elakkan lah..