Jantung Tak Boleh Dibeli Dengan Wang Ringgit


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Alhamdulillah hari ni masih lagi diberi kesempatan untuk jantung kita terus bergegup mengepam darah ke seluruh anggota badan.

Kesihatan tu adalah nikmat yang terbesar dalam hidup manusia kerana dengan kesihatan yang baik akan membolehkan kita beribadat dengan khusyuk. InsyaAllah. Kesihatan yang baik merangkumi hati dan jiwa juga bukan fizikal semata-mata. 

Jantung tak boleh dibeli dengan wang ringgit kan.. Bila-bila masa saja jika Allah berkehendakan pasti kita akan meninggalkan dunia yang penuh pancaroba ni. 


Jadi untuk apa kumpul duit banyak-banyak kan kalau tak boleh nak menghabiskan duit yang kita kumpul tu kan??? Hahahaha. Bodohlah orang yang kumpul duit banyak-banyak tu ye??

Bukan macam tu. Duit yang banyak tu kena ingat bukan semuanya milik kita. Dalam rezeki yang Allah bagi kat kita ada bahagian orang lain sama.

REZEKI adalah sesuatu yang telah dijamin oleh Allah kepada seorang hambanya. Rezeki yang kita dapat tu bukan hak mutlak kita seorang, ada hak orang lain di dalamnya. Allah telah menampatkan anugerah kepada hambaNYA degan menempatkan harta berfungsi sebangai IBADAH. Sebab tu ZAKAT wajib dibayar. Semoga rezeki yang diberikan berfaedah bagi si pemilik dan bermanfaat pula bagi sesama hamba Allah. Dan sekiranya harta itu tidak memberikan manfaat bagi agama, sesama hamba, dalam hubungannya dengan keagungan nama ALLAH swt maka ALLAH berhak menarik semula rezeki itu kerana ALLAH swt adalah pemilik yang sah bagi semua harta yang ada di dunia mahupun akhirat. 

Beringatlah, untuk berkongsi rezeki yang kita dapat tu dengan orang lain sama. Tak banyak sedikit dengan cara bersedekah. Mungkin masak dengan kuantiti yang lebih dan bagi kat jiran tetangga sama. Atau belanja makan. Atau apa saja cara. :-)

MO kata : Manusia merancang, Allah juga merancang namun perancangan Allah adaah yang terbaik. jangan diragui walau sedikit pun. Pasti ada sesuatu di sebalik sesuatu. 

Anda rasa nak berkahwin tu senang ke??? Jom baca Dosa Dalam Perkahwinan. Tahniah kepada semua sahabat yang akan menamatkan zaman solo mereka. Peliharalah perkahwinan anda baik-baik kerana meramaikan Umat Muhammad itu adalah dituntut dalam Islam. 

Sekian Wassalam. 

3 Pesanan:

aamalinaazman said... [Reply]

=]
bekerja seikhlas hati ibarat jantung yang tidak jemu mengepam drah untuk tubuh badan
menikmati la "kebebasan" yang tuhan beri..kebebsan menikmati "anugerah" nya..

Kira Sakura said... [Reply]

rezeki yg sikit tue kalau kita kongsi dgn ikhlas .. insyaAllah akan diberi ganjaran yg lebih byk kan...

Areyoudys said... [Reply]

as salam..
syukran.. =)
disebalik rezeki, itulah nikmat..
dan disebalik nikmat, itulah taqwa..

kemanisan taqwa, dan pahala tidak dapat dibandingkan dan dibayangkan dengan berapa banyak kali jantung berusaha berdegup membantu diri setiap saat untuk beribadah..

apatah lagi di bulan Ramadhan yang telah berlalu..digandakan pahala..rindunya..