Weil China Sebuah Buku Yang Harus Dibaca


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Weil China. MO dapat tau pasal kewujudan buku ni pada bulan Ogos yang lepas dari blog seorang sahabat. Sinopsis yang digambarkan membuatkan MO rasa tertarik nak membacanya. MO memang minat membaca tak kira apa sahaja bahan bacaan yang MO kira boleh dibaca. Walaupun pembacaan yang berat, cuma beza membaca antara bahan bacaan berat dan ringan adalah masa yang diambil untuk menghabiskan pembacaan.
Amik dari blog Cik Senah (sahabat yang dinyatakan di atas)

Ternyata membaca buku ini membuatkan MO sangat bersyukur dilahirkan dalam sebuah negara yang aman (pada dasarnya), bukan negara peperangan. Pendek kata bahagia dengan cara hidup masing-masing.

Weil China ditulis oleh Emine atau Aminah Uzqan Syenlikoghu, penulis terkemuka Turki yang dilahirkan pada tahun 1953 di bandar Istanbul. Beliau banyak menghasilkan karya-karya bermutu dan dipenjara beberapa kali kerana karya-karyanya. Pernah menuntut di Universiti Al-Azhar, Fakulti Usuluddin. Buku yang MO baca tu telah dialih bahasa ke bahasa Melayu oleh Mohd Rofizi bin Dollah.

Weil China mengisahkan mengenai seorang Muslim bernama Qan yang tega diseksa asalkan dia tidak mengikut fahaman ateis. Buku ini juga mengisahkan mengenai kekejaman komunis terhadap umat Islam. MasyaAllah  terasa seperti mahu menangis membacanya. 

Qan dan Turghut asalnya adalah seorang Islam yang benar-benar mengamalkan ajaran Islam yang sebenar. Namun segalanya berubah apabila mereka melanjutkan pengajian di bandar. Walaupun pada mulanya, ayah mereka meluahkan kebimbangan sekiranya mereka meninggalan Islam dan taksub dengan komunis. Namun kedua-duanya berkeras bahawa tiada siapa yang boleh mempengaruhi mereka. Dan akhirnya mereka terpengaruh dengan fahaman ateis. 

Kita??? Kuatkah hati kita ini?? Jika setiap hari  kita disogokkan oleh sesuatu yag asing dengan kita, tapi lama-kelamaan yang asing itu boleh menjadi seperti darah daging sendiri. 

Qan kembali ke pangkal jalan namun Turghut terus menjadi orang kuat komunis dengan dilantik menjadi Pengarah Penjara. Qan terus diseksa setelah dia ditangkap oleh komunis. Dalam tempoh 21 tahun tahanan pelbagai jenis seksaan yang diterimanya juga dia terpaksa menahan sabar melihat banduan lain diseksa.

Antara seksaan yang serasa saya tak dapat digambarkan bagaimana menderitanya mereka apabila manusia yang dewasa yang lengkap fizikalnya diperosok dalam sebuah kotak kecil (terpaksa melipatkan badan). Jangka hayat mereka yang mampu hidup dalam kotak itu hanyalah maximum 15 hari. Ramai banduan yang mati selepas beberapa hari terkurung dalam kotak tersebut. 

p/s : MO try google tak jumpa pulak kotak seperti dalam bayang MO tu. huhuhu..

Setiap penyeksaan yang dibaca dapat dibayangi oleh MO. Tapi dalam situasi sebenar tak taulah macam mana kan.

Tapi MO kagum dengan Qan, bagaimana dia menjaga dirinya di dalam bilik yang gelap selama 3 tahun lebih dengan tidak mandi dan disakiti mentalnya kerana mereka mahu dia menjadi gila. Namun ternyata dia kuat dan tidak mudah menyerah kalah. Sehingga pihak penjara berasa hairan yang dia tidak gila dan boleh berjalan dengan normal selepas dikeluarkan dari bilik gelap tersebut.

MO kata : Anda semua harus baca buku ini. Sangat bagus. Buku ini mendidik kita secara halus. Terima kasih kepada Sunah Sakura yang menghadiahkan buku ini sebagai hadiah hari lahir advance. :-) Saya sangat suka baca. Sekarang ni dalam proses nak menghabiskan Novel Sejarah Islam "Sultan Muhammad Al-Fateh Penakluk Konstentinopel". Dah lama beli, tapi disebabkan kesibukan dengan urusan lain menyebabkan saya seperti terlupa pernah membeli buku itu. Jika rajin akan direview di blog ini. Ada beberapa buku hebat lain yang tak sempat direview di sini kerana penyakit M. Huhuhu...

Terima kasih Sunah atas hadiah kesayangan kamu ni. Saya akan jaga baik-baik.. :-)

p/s : Ada orang nak hadiahkan buku kat MO lagi?? MO sangat suka hadiah buku. hihii

MO kata lagi : Bersihkan hati hari ini, supaya kita boleh tersenyum esoknya. InsyaAllah.

Sekian Wassalam.



11 Pesanan:

Anonymous said... [Reply]

thanks MO atas perkongsian ni. rasa berminat dengan buku ni. di tambahkan pula bulan lepas dengan bulan ni, tak ada beli buku baru. Boleh la beli dua buku sekali nanti. Harap2 adalah di kedai buku tu :

Sunah Sakura said... [Reply]

alhamdulillah...

rasa nak menangis baca entri ni...

Ary said... [Reply]

cara adik mengulasnya amat menarik!! kena dapatkan jugak nih!!

terima kasih perkenalkan buku yang hebat!

Muslimah Optimis said... [Reply]

@Halawatul_Insyirah beli jangan tak beli.. tapi buku ni diterbitkan di mesir, tak taulah ada jual tak kat sini (tak tau dijual meluas ke tak)

memang sangat menarik

Muslimah Optimis said... [Reply]

@Sunah Sakura terima kasih sunah.. janganlah menangis

Muslimah Optimis said... [Reply]

@Ary hehe.. mesti dapatkan.. sama-sama

Unknown said... [Reply]

wahh, bestnya baca buku..lain kali MO review buku yang MO baca ek..nak tahu jugak..

Muslimah Optimis said... [Reply]

@ijA hehehe.. niat di hati memang nak review tapi ada ketika mood malas bersarang.. so buku-buku tu dibiarkan sepi tanpa direview.. huhu.. InsyaAllah

Miss A said... [Reply]

terasa macam nak cari gak buku ni.. saya ni penggemar buku2 macamni. tahnx for the review ye MO :)

Muslimah Optimis said... [Reply]

@Miss A samalah, MO pon penggemar buku-buku macam ni.. Kombat 1511 pon best..

Tuan Hijau said... [Reply]

thx kak coz bg perkongsian nie..:D