FOLLOWER ANON

Salam semua...
ye hari ini kita bersama lagi dalam rancangan di Laman Muslimah Optimis..
hidup mau optimis ya..
pedulikan kata-kata orang lain...

ha, tengok tajuk tu.
Follower Anon..
bukan nama follower tu Anon (even cek ada jiran kami panggil dia cik Anon)
tapi anon = anonymous @ tanpa nama @ no name @ un konwn

jangan la sedih kalo follower tak ramai
tengok cek tak sedih pun...

kadang-kadang ada orang suka folo secara anon ni,
boleh jadi dia klik folo private atau dia bookmark blog kita..
maksudnya dia berminat nak baca lagi la..

dah tu, suka pulak jadi silent reader je..
hihihi..biarkan dia menjadi silent reader..jangan paksa orang meninggalkan komen..
orang akan komen sendiri dengan ati yang ikhlas..

macam cek la kan,
kalo orang komen Alhamdulillah, 
kalo tak komen pun alhamdulillah,
sebabnye cek pun suka jadi silent reader je...

banyak blog cek masuk,
cek baca dan keluar...
melainkan kalo betul-betul ada magnet dekat blog dia 
yang dok tarik suruh komen baru cek akan komen.

cek ni pun masih baru dalam dunia blog ni..
saja je nak kongsi yang ini..
nak bagi semangat dekat kawan-kawan yang sedih follower tak ramai tu
follower cek pun bukan ramai pun,
relax-relax sudeyyyy...
smile..cakkk..
senyum kan comei tu..
jangan minyok-monyok ye..
tak cumelll nanti..hehehe..

ikhlas menulis kerana Allah,
pasti ada ganjaran yang menanti..


biar orang yang membaca itu mendapat manfaat daripada penulisan kita.
dan dia menyampaikan pula kepada orang lain..

sabda Rasulullah,
sampaikanlah walau sebaris ayat.

yang baik itu sama-sama kita sebarkan, 
yang tak baik juga boleh disebarkan untuk teladan bersama, 
namun jangan berlebihan sehingga boleh mendatangkan aib kepada orang lain.

macam cikgu yang mengajar murid-murid lah..
lepas anak murid dia pulak jadi cikgu 
(ada juga yang jadi doktor, peguam dan sebagainya)
tapi hasilnya, ilmu yang dipelajar dicurahkan kepada orang lain bukan untuk kegunaan sendiri.

 doktor : merawat pesakit
peguam : membela masyarakat teraniya (tapi kalo yang bela pesalah tu, sendiri mau jawab la di akhirat kelak)
contoh-contoh lain, anda fikirkan sendiri ya.

suka pula MO nak kongsikan sajak karya Usman Awang,

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

 
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG 1979


sekian,
nanti kita jumpa lagi na
wassalam

10 Pesanan:

Ayuni said... [Reply]

setuju, penulisan MO best, ske masuk cni wlaupun kdg2 xbg komen....

Gen2Merah said... [Reply]

kalau saya tak kesah pun orang tak nak tinggalkan komen pada entri saya. Yang penting mata saya sedap memandang di penjuru follower saya bertambah... hahahahaha... hehe

Mohamadazhan hjDesa said... [Reply]

mudah2an sy menjadi guru yang baik nnti.amin.hehe

SumaiyyahAbidah said... [Reply]

X ramai follower pun xpe... klu ada dua, tiga tapi yang itu menjadi kawan baik apa salahnya...:)

hafizmd said... [Reply]

kalau kurang follower..tak semestinya blog kita tak popular...kalau ramai followerpun...tak semestinya blog kita popular habis...

apa yg penting, kita gembira dgn apa yg kita buat...hehe

selamat aktif berblogging :D

penjejak.mimpi said... [Reply]

Salam..

MO, nice entry.. :)
Suke bangat dengan sajak tu..
Walau hanye bace skali imbas tapi dapat cari maknenye...
Teruskan menulis ye MO.. :)

Muslimah Optimis said... [Reply]

Ayuni : terima kasih ayuni sebab membaca penulisan MO..

Gen2Merah : hehehe.. saya tahu kamu sedang berlumba dengan kawan kamu kan..tak kesahlah kan.. hehe.. masing2 ada pendapat

Mohamadazhan hjDesa : insyaAllah cikgu azhan...jangan sampai kena buli dengan budak-budak ye..hehe

SumaiyyahAbidah : setuju dengan kamu

hafizmd : yeah, seyuju dengan kamu juga

penjejak.mimpi : hehehe.. terima kasih..sajak tu kan dah lama dan memang ramai orang suka kan..

~zaira~ said... [Reply]

huh kami tersentuh la...betui3x kami bersyukur dgn apa yang kami ada..
terima kasih keran buat entry macam ni...

saya bukan tomato said... [Reply]

tak nk bg tahu saya pon silent reader MO jgk .. ehh oppss! ;p

meaw said... [Reply]

onie nak jadi follower anon la,biaq ada org tertanya-tanya,HAHAHA :P