KEBERKATAN MASA

Salam semua. Apa Khabar? 2010 akan melabuhkan tirai, 2011 datang menjelmakan diri dan 2011 juga bakal melabuhkan tirai untuk memberi izin pada 2012 datang menunjukkan diri.. Begitulah kehidupan, yang muda pasti akan tua, yang hidup pasti akan mati. Masa juga bergitu, setiap saat dan ketika masa meninggalkan kita. Yang tinggal hanya kenangan masa lampau yang menjadi sejarah.

Masa bergitu pantas berlalu kan (bukan hanya MO yang berpendapat demikian, namun ramai kawan-kawan lain juga berpendapat yang sama. Sedar-sedar ja jam telah menunjukkan angka 5 petang, yang bekerja pasti mahu pulang dari pejabat kerana khuatir akan terperangkap dalam kesesakan lalu lintas, tambahan pula hidup di kota metropolitan seperti Kuala Lumpur, masa satu saat juga sangat berharga pagi pemandu-pemandu kenderaan yang pelagai jenis kerana tidak mahu tiba lewat di rumah. Benarkah??

Masa yang diperuntukkan selama 24 jam hari ini sama saja dengan masa yang diberikan oleh Allah swt dengan zaman kegemilangan Rasulullah dan zaman sebelumnya. Tetapi perbezaan yang dapat dilihat sangat ketara. Masa dahulu dirasakan sangat panjang dan banyak, namun kini masa dirasakan seperti air yang mengalir dari baldi bocor, tiba-tiba saja habis sebaldi. Kenapa agak-agaknya ya?

Rasulullah pernah bersabda,

“Tidak akan tiba hari kiamat hingga waktu semakin singkat,. Setahun bagaikan sebulan, sebulan bagaikan seminggu, seminggu bagikan sehari. Sehari bagaikan satu jam dan satu jam bagaikan api yang membakar daun kurma.”

Rasulullah juga pernah bersabda,

“Waktu akan semakin singkat, harta melimpah ruah, fitnah akan menyebar dan banyaknya terjadi pembunuhan.”

Daripada sabda Rasulullah itu dapat disimpulkan bahawa kita semakin dekat dengan kiamat. Ya Kiamat Makin Dekat (tapi bukan cerita dari seberang tu), ini benar-benar akan terjadi. Cuma masa dan ketikanya masih menjadi rahsia Allah swt.

Singkatnya waktu itu adalah disebabkan hilangnya berkat. Nikmat itu Allah tarik sedikit demi sedikit, namun kita tidak menyedarinya secara langsung. Masa itu adalah nikmat kerana dengan masa memang kita tidak boleh membeli emas namun dengan emas juga belum tentu kita boleh membeli masa. Tetapi kita harus ingat, dengan masa kita mampu melaksanakan semua tugasan yang bertimbun. Dengan masa yang ada kita mampu bersama-sama kawan-kawan berseronok di mana-mana tempat yang kita suka, dengan masa yang ada kita boleh bergembira bersama sanak saudara, dengan masa yang ada kita boleh menyambut Hari Raya dengan keluarga. DENGAN MASA YANG ADA KITA BOLEH BERIBADAT KEPADA ALLAH SWT DAN DENGAN MASA YANG ADA KITA BOLEH BUAT MACAM-MACAM.

Tetapi apabila hilangnya keberkatan masa maka masa yang 25 jam – 1 jam hanya tinggal beberapa jam sahaja. Tidak selama 24 jam dimanfaatkan dengan perkara berfaedah (siapa setuju angguk kepala).

Terdapat banyak sebab yang menyebabkan hilang berkat ini.
1. Lemah Iman
2. Khianat
3. Menipu dan berdusta
4. Makan makanan yang haram dan syubhah
5. Banyak tidur (meniru perlakuan orang mati dan lalai daripada amal kebaikan)
6. Mengamalkan Riba

Janganlah kita mengeluh kehilangan berkat waktu d akhirat nanti kerana keluhan ini akan keluar daripada mulut orang kafir.

Suka pula MO nak kongsikan lirik lagu Demi Masa nyanyian kumpulan Raihan.

Demi masa...
Sesungguhnya manusia kerugian
Melainkan...
Yang beriman dan beramal saleh
Ah...

Demi masa...
Sesungguhnya manusia kerugian
Melainkan...
Nasihat kepada kebenaran dan kesabaran
Ah...

Gunakan kesempatan yang masih diberi
Moga kita takkan menyesal
Masa usia kita jangan disiakan
Kerna ia takkan kembali

Ingat lima perkara, sebelum lima perkara
Sihat sebelum sakit
Muda sebelum tua, kaya sebelum miskin
Lapang sebelum sempit
Hidup sebelum mati

Demi masa...
Sesungguhnya manusia kerugian
Melainkan...
Yang beriman dan beramal saleh 


kalau nak dengar lagunya boleh cari dekat youtube ya. 

Jagalah masa kita dengan melakukan perkara-perkara mahmudah dan istiqamah dalam setiap perbuatan. Amal makruf nahi mungkar.

sekian sehingga berjumpa lagi.



4 Pesanan:

Ayuni said... [Reply]

haah, kdg xsedar kte buang masa....

Penjejak Mimpi said... [Reply]

Salam.
Nice entry MO. Sy suke kebanyakan entry yang MO publish. Teruskan menulis ya... :)

Muslimah Optimis said... [Reply]

@Ayuni

betul tu yuni

Muslimah Optimis said... [Reply]

@Penjejak Mimpi

wassalam.. terima kasih PM