MENCARI JODOH BUAT MAT GEBU

Salam Maal Hijrah semua….

MO jadi Match Maker untuk Mat Gebu??? Macam tak percaya.. 1st time nih..
Mat Gebu, ooo, Mat Gebu..

Selalunya kalau kawan-kawan cek suruh jadi Match Maker ni cek malas la sebab cek belum kahwin gi.. (diri sendiri belum kahwin ada hati nak jadi match maker)..

Tapi Mat Gebu punya pasai, kira cek tolong jugak la memandangkan budak tu dah lama dok usha blog Cik Mat tu. Dia belum tengok Mat Gebu lagi tapi dia kata ada sesuatu yang dia rasa bila dia masuk ke blog Mat Gebu. Cek tanya la rasa apa? Dia kata tak tau la, tak boleh nak habaq.

Actually, MO saja join segmen Ben Shaari, ingat betoi-betoi nak jadi match maker ka??
Ohhh… rasanya mungkin tidak.. hehe




MO hantar emel kepada Mat Gebu. (pemilik blog  Dapur Tanpa Sempadan) (Mo yang hantar emel sebab MO kan match maker, budak tu malu-malu sikit, MO pulak bukan tak malu tapi kalau MO kat tempat dia, MO pun jadi pemalu)


Emel kepada Mat Gebu,


Assalamualaikum Mat Gebu.

Tahniah sebab Blog Dapur Tanpa Sempadan mendapat tempat di hati ramai peminat.

Dan Terima kasih sebab Mat gebu selalu kongsi resipi yang best-best. Paling MO suka Roti Canai Pedas tu. 1st time la tau ada resipi tu. Tq sangat-sangat.

Cek ni follower Blog Dapur Tanpa Sempadan tau. Susah cek nak follow blog orang la ni, kalau dulu-dulu tu main bedal follow je, tapi la ni setelah diteliti (godek-godek and explore blog) baru cek follow.

Tu mukadimah je Mat Gebu. Sebenaqnya cek emel ni bawak hajat besaq. Ya la, nak habaq depan-depan, kita mana pernah jumpa pun kan. Emel la alternatif terbaik rasanya.

Cek dengar-dengar Mat Gebu tengah cari calon suri di hati ya? Cek dapat tau dari blog Encik Ben Shaari.

Walaupun cek hanya kenal Mat Gebu melalui blog saja, tapi cek rasa terpanggil nak bagitau Mat Gebu pasal benda ni. Ada sorang kawan cek dia bagitau cek, dia tertarik dengan blog Mat Gebu dalam erti kata lain dia tertarik dengan Mat Gebu. Dia kawan sekolah cek. Dia dah habis belajaq dah, cek ja tak habis-habis lagi. Huhuhu.

Dari raut wajah dia, cek tau dia memang sukakan Mat Gebu walaupun dia belum pernah jumpa Mat Gebu. InsyaAllah, dia solehah orangnya. Tak la bertudung labuh, tapi tudung bidang 60 saja. Kalau Mat Gebu pandai masak, dia pun pandai masak jugak. Dia bagitau kebanyakkan resipi dalam blog Mat gebu dia dah cuba. Memang sedap dia kata. Ya la, sementara nak tunggu kerja ni, dia duduk rumah saja. So, dia try-try lah masak resipi yang Mat Gebu bagi tu. Dia ni anak bongsu perempuan.(nombor 3 la kiranya) Ada adik laki sorang. Abang ada sorang, kakak ada sorang. Kira mak n ayah dia ada dua pasang anak lelaki dan perempuan la. Oh, umur dia 24 tahun.

Apa istimewa Mat Gebu ni yang dia suka sangat ha? Dah la tak pernah jumpa. Cek pun pelik. Tapi cek kena sampaikan jugak hasrat hati dia tu.

Dua tahun lepas dia pernah tolak lamaran seorang lelaki. Masa tu dia tak jumpa lagi kot blog Mat Gebu. Sebab dia tak aktif nak berblog-blog ni. FB pun tak dak, inikan pulak nak berblog kan. Tapi cek tak tau mana dia jumpa blog DTS tu.

Ni cek taip balik apa yang cek sembang dengan dia dua hari lepas (ni isi perbualan yang berkaitan dengan Mat Gebuu saja, yang sipi-sipi cek dah potong la).

Cubalah baca dan hayati ye Mat Gebu. Cek doakan, andai ada jodoh antara Mat Gebu dengan dia, cek nak buat kek coklat special (cek pandai buat kek coklat tau - perasan) untuk Majlis Walimah Mat Gebu dengan dia nanti.

Dia minta nama penuh dia dirahsiakan dulu. Cek panggil dia Eti saja. 


Ikuti perbualan kami.


Eti : Mira, kami rasa kami dah tersuka kat sorang mamat ni la,

MO : Mamat mana pulak? Mamat Khaled ka? 

Eti : Ish, bukan la.

MO : Selalu bukan main malu nak tengok laki, ni apa cerita ni? Habaq mai sikit,

Eti : Tu la Mira, kami pun dok hairan jugak ni. Actually, kami tak pernah jumpak dia lagi.

MO : Laaaa, kalau tak pernah jumpa macam mana pulak nak tersuka ni. Takut aih kami.

Eti : Kami bagitau ampa ni, ampa jangan bagitau sapa-sapa tau 

MO : InsyaAllah, ampa boleh percaya kami, 

Eti : Actually, actually, ermmmm….. actually, 

MO : Dok actually, actually, apa dia?

Eti : Kami.. Kami memang la tak pernah jumpak dia, tengok dia.... tak tau macam mana rupa dia, tapi kami selalu masuk blog dia.

MO : Aiyakkkk, parah ni. Hanya masuk blog boleh jatuh suka??? Mana mana ni?? Sapa Mamat tu??

Eti : Orang panggil dia Mat Gebu.

MO : Mat Gebu? Pemilik blog Dapur Tanpa Sempadan??

Eti : Awat?? Ampa kenai ka?

MO : Awat pulak tak kenai, pakwe kami tuh?

Eti : Pakwe ampa? Ampa tak penah gitau pun ampa ada pakwe? (muka dia dah sedih masa ni)

MO : Eeeeeeee, ampa ni. Macam la ampa baru kenai kami kan, kami mana minat nak berpakwe makwe ni, No Love before Akad ok. Ampa pun pegang prinsip tu kan?

Eti : (dia angguk) Mana la nak tau, diam-diam ubi berisi.

MO : Mana ada, kami melawak saja. Sebenaqnya kami kenai Mat Gebu tu. Kami pun selalu dok masuk blog dia, siap jadi follower lagi. Tapi kami tak dak la tersuka orang dia, kami suka resipi dia saja. hehe.

Eti : Betoi ka? (Dia sudah senyum)

MO : Betoi la. Nak kami kenen-kenenkan ke?? 

Eti : Kami malu la Mira. Dia tu sapa, kami ni sapa.

MO : Dia manusia, ampa pun manusia. Kedua-duanya makhluk Allah. 

(masa nak meneruskan kata-kata ni, cek tarik tangan dia letak atas paha cek – bagi semangat sikit)

Eti, Kita ni hanya hamba. Allah tuan kita. Hati kita ni, walaupun dalam tubuh kita, tapi Allah yang berhak memegangnya. Dia berhak nak alihkan perasaan kita bila-bila masa saja. Eti, Kita berkahwin bukan sebab kita couple bertahun-tahun, bukan sebab kita cinta dia, dia cinta kita, tapi kita berkahwin sebab ‘dia’ adalah jodoh kita yang ditetapkan sejak di lowh Mahfuz. 

(cek diam menarik nafas, dia pun sama jugak)

Sebab tu kalau kita tengok, ada pasangan bercinta bagai nak rak. Lima, enam tahun bercinta tup-tup putus. Ada pulak, kenai dua tiga bulan terus langsung walimah. Tengok macam Ustaz Hasrizal dengan isteri dia, tak pernah berjumpa pun tapi setuju nak bernikah. Dr. Sheikh Muzafar dengan Dr. Halina pulak, kenai lapan tahun baru bernikah. Itulah kuasa Allah. InsyaAllah, kalau jodoh ampa dua, akan bersatu juga. Cepat atau lambat, biar Allah yang tentukan.

Eti : Betoi kan, semua ni takdir. Ampa nak tau dak? (macam excited pulak dia bagitau cek)

MO : Apa dia?

Eti : Setiap hari, setiap kali lepas solat, kami selalu doa kalau Mat Gebu memang ditakdirkan untuk kami, dekatkanlah dia dengan kami. Tapi kalau bukan dia yang ditakdirkan untuk kami, maka jauhkanlah perasaan sayang yang wujud dalam hati kami ni.

MO : InsyaAllah. Allah tu Maha Adil. Kita berkahwin bukan sebab pilihan diri kita sendiri, bukan pilihan mak ayah kita tapi pilihan Allah swt. Yakin dan percaya, InsyaAllah, Allah akan makbulkan. Yang penting niat. Niat tu adalah doa yang dekat dengan diri kita. Doa banyak-banyak ya.

Eti : Terima kasih Mira. Lega sikit kami dengaq. Satu lagi kami nak habaq, kebanyakkan resipi dalam blog Mat Gebu, kami dah cuba. Memang sedap. Memang sedap pasai kami yang masak kut. Heheh.

MO : Oooo, naik lif tekan sendiri ya. Hehehe. InsyaAllah nanti kami bagitau Mat Gebu ya. Dia pun masih dok mencari tu. Doa banyak-banyak ya. InsyaAllah.

Eti : InsyaAllah. Ok, kami balik dulu. Nanti kita jumpa lagi na. Assalamualaikum

MO : Waalaikumussalam.

perbualan tamat.


tu la sedikit sebanyak perbualan cek dengan Eti. Eti tau bukan Enot. Kami panggil dia Eti sebab dia kurus.. heheh.. kalau gemuk mesti kami panggil Enot. hehe. Gurau saja la Mat Gebu...

Amacam Mat Gebu, ada touching tak? Kalau la jadi antara Mat Gebu dan dia, Mat Gebu jangan bagitau dia pulak cek bagitau Mat gebu pasai perbualan kami ni. Jenuh dia bukak silat kat cek. Ohoo. Dia pandai bersilat ooo. Dulu selalu wakil sekolah, peringkat IPT tak pasti pulak dia join silat lagi ka dak. Walaupun Nampak dia ayu dan ala-ala muslimah terakhir gitu tapi dia ni tegas orangnya.

Terima kasih Mat Gebu sebab sudi baca emel ni. Harap Mat Gebu balas ya. 

Sampai sini saja kot. Kalau ada apa-apa, nanti Mat Gebu sila balas emel ni ya. Jangan dibiarkan sepi saja. Terima atau tidak, keputusan ada di tangan Mat Gebu. Walaupun mungkin keputusan yang pahit (bagi Eti), cek kena khabarkan jugak. InsyaAllah, walaupun keputusan dari Mat Gebu tidak memihak kepada dia, cek yakin dia redha kerana jodoh itu adalah pilihan Allah untuk umatNya.

Pilihlah zaujah (isteri) yang solehah ya Mat Gebu, InsyaAllah akan membawa ke syurga.

p/s : tak ada gambar nak bagi tapi kalau setakat nak melihat, datang rumah dia terus pun ok je kot. Lebih molek begitu kan. 

Sekian, Assalamualaikum..
………………………………………………

Fuh, panjang pulak MO dok merapu nak hantar emel kat Mat Gebu tu. Harap Eti si kawan MO tu tercalon la sebagai zaujah Mat Gebu ye (cek pun tumpang fofular jugak nanti)…wink4…

Ni first time join segmen BA ni.. Saja syok-syok.. macam best pulak jadi match maker… Punya dok karang emel kat Mat Gebu ni terhenti penulisan thesis dan terhenti penulisan cerpen MO (tunggu ya, nanti akan di post di blog, InsyaAllah). MO bukan lah menulis serentak thesis dengan cerpen tu, sambil2 saja la.. sat-sat  blogwalking, sat-sat FB, sat-sat tulis cerpen, sat-sat tulis thesis.. hidup mau ceria ya kawan-kawan.. jangan stress2... Saja nak bagitau, thesis MO berkaitan stress.. huhu... last-last MO yang stress... InsyaAllah, stress sikit-sikit tak pa.. stress memang perlu dalam kehidupan ni. kalau nak cerita banyak pulak teori pasal stress nanti...InsyaAllah kalau ada masa boleh la dikongsi-kongsi dengan sahabat pembaca semua

cukuplah MO merapu.. sudah hampir jam 3 pagi. Jom tidoq….. 

p/s 1 :
nak berkahwin carilah pasangan yang memiliki dan mengamalkan agama ya. 
mungkin sahabat-sahabat boleh klik sini untuk mengetahui lebih lanjut (ada disentuh sedikit mengenai perkahwinan menurut islam dan panduan mencari pasangan), 

p/s 2: 
kalau rajin boleh la join 

sekian, wassalam.


25 Pesanan:

Anonymous said... [Reply]

wah
besh2!
pnjg berjela2!
dua hr baru abis baca!
ahaks!

Shaofie said... [Reply]

nice. hehehe.

Mat Gebu said... [Reply]

Baca sambil minum kopi nihh...kreatifff. Terima kasih sudi join...

Dinaz said... [Reply]

wow..match maker yg terbaik nih...panjang lebar entrinya...bagus satu usaha yg mulia ., salam kenal dari Dinaz.

Anonymous said... [Reply]

Oooo~ kawan cek ni pemalu rupanya...
takpa2.. malu separuh dr iman..
Good luck ya!!! ^^

Jom, tengok calon2 dr Asna plak~

http://asnachannel.blogspot.com/2010/12/mencari-jodoh-buat-mat-gebu.html

syazana amira said... [Reply]

hehe.. kreatif.. btui2 leh jadi match maker nih ;)

nur said... [Reply]

sukenya baca!!!! best best!
ALL IN ONE
tak sabaq nk baca cerpen lak..
goodluck in thesis

cek chun said... [Reply]

banyak pesanan ni. moga2 kita berada dalam golongan solehah.

gud luck dear

Muslimah Optimis said... [Reply]

salam semua..

lelaki ini :
dua hari tak habis baca ye?? haha.. tunggu cek keluarkan novel ye.. ada idea mengarut sajalah..hehe

Shaofie :
terima kasih

Mat Gebu:
1st time join nih, harap mat gebu berkenan.. hehe

DiaUmaiNiNaz :
Dinaz artis ke ni?? hehe.. salam kenal... ada idea karang sajalah, pakai tulis saja itulah hasilnya...huhu

Cik Hasnah :
InsyaAllah satg cek pi mlawat

misz nana:
boleh saja, sila isi borang na.. heheh

nur :
terima kasih.. isyaAllah akan kulakukan yang terbaik untuk thesis dan segalanya akan dilakukan yang terbaik..

cek chun :
insyaAllah solehah ya che chun..

thax to all yang sudi baca

shahrul medina said... [Reply]

Ini..macam pukul anak sindir menantu kat paksu jer nie..hahaha..mmg xpenah jumpa pun hehhe...paksu pun doa cm eti gak hehehe...

Muslimah Optimis said... [Reply]

hehehehe.. insyaAllah paksu...kalo dah jodoh tak kemana... minta maaf ye kalo terasa, cek xde niat pon..idea spontan..hehe

Lulu Caldina said... [Reply]

rajinnya..panjang bkn main..ngee

Muslimah Optimis said... [Reply]

lulu caldina :

panjang2 lulu abis baca x?? heheh.. bukan rajin, pakai taip je, tengok2 memang pajang pon.. xtau nak cut plak.. heheh.. dulu masa buat karangan zaman sekolah, pernah xdapat markah kesimpulan sebab lebih perkataan..haha...teruk toi MO ni...

Ainna Jalil said... [Reply]

visiting u back kakak cantik >.<

Muslimah Optimis said... [Reply]

tq enna banana...

Hadi Rofiee said... [Reply]

Semoga berjya menyiapkan tesis tentang stress tu. Jangan pula tekanan. Hehe. :-)

Tesis MA?

Aida Tamrim said... [Reply]

Ahahahahai...Panjang citernye ye MO...Byk la idea awak..Kagum akak dibueknye...Ape2 pun, gud luck kay!!!

hans said... [Reply]

hahahaha
nice juga nih
tapi panjang meh
hehehe

P/S : Kisah Dongeng Telefon Awam Dan Telefon Bimbit

miZz_nizZ said... [Reply]

nice=) tp pjg la nk scroll..huhu

Muslimah Optimis said... [Reply]

@ Ustaz Hadi :

Terima kasih.. InsyaALLAH.. Stress ni perlu dalam kehidupan kita ni sebab kalau takdak stress keja tak jalan.. Cek baru degree lagi..huhu.. InsyaAllah kalo tak dak aral 2012 nak sambung MA pula.. Doakan ya...


@AdiaLuze :

Banyak idea ek kak?? biasa saja.. Tulis tanpa draf gitu la jadinya..merapu meraban..


@hans dan @miZz_nizZ :

panjang ek..penat nak skrol ek... sory guys...

terima kasih kepada yang membaca...

Hadi Rofiee said... [Reply]

Eh, panggil nama sahaja pun tak pa dah.

i'Allah, lulus dah tu. Aamin. :-)

Muslimah Optimis said... [Reply]

Ustaz Hadi :

Mana boleh panggil nama je.. Kawan-kawan yang lain even cakap aku-hang pun still ada ustaz kat depan.. hehehe.. tanda hormat... so, bila dah panggil ustaz secara tak langsung mengingatkan diri orang yang memanggil dan orang yang dipanggil untuk menjaga diri dan tingkah laku...

huhu

NaDWaN said... [Reply]

suka sgt2 baca..nice one..kalau ad jodoh announce tau!!hehe

Muslimah Optimis said... [Reply]

nadwan : jodoh apa??? nak suh MO carikan joodh untuk nadwan ke?? ish2...tak berani...heheh

fRaMe+LenSeS said... [Reply]

wiwit3.. hihihi..