JOM MAIN DENGAN ANAK-ANAK



Salam Persinggahan buat semua sahabat-sahabat MO yang MO sayang.. Ye, saya sayang kamu kerana Allah.. InsyaAllah (macam lagu Maher Zain tu).. Ramai sungguh orang buat entry pasal MZ, apa yang best pon xtau (even ringtone hp MO memang lagu MZ pun)..heheh.. lagu2 MZ memang best (bagi MO la, bagi orang lain tak tau la)

Tengok tajuk Jom Main Dengan Anak-anak…Hohoho… MO ada ramai anak.. Anak tekak, anak tudung, anak rambut, anak lidah, anak buah dan anak muriddd….

So, apa kaitan dengan tajuk kan.. Nak tau kena baca sampai habis k..

Tadi masa chat dengan my fren di FB, ada la terkeluar perkataan OOOOOOOOOOOOOO... MO percaya dan berani kerat jari korang lah setiap yang chat (no matter FB or YM or apa-apa saja mesti akan terkeluar bunyi OOOO) 



Disebabkan chat saja, so tak nampaklah muncung mulut-mulut korang kan.. Kalau berbicara face to face habis muncung mulut-mulut kan... Kalau setuju cakap hohoho....


Bila si A kata OOOO

Si B pulak balas OOO itu bulat..

Tak kurang juga yang balas, PPPPPPPP....

Tapi masa MO berchatting tadi MO cakap PPPPPPPP.

Dibalasnya QQQQQ

So, MO cakaplah Q for Qatar...


Lalalala


Actually teringat permainan zaman budak-budak dulu Main ABC / Nama Negeri (siapa yang pernah main sila tinggalkan pesanan supaya MO boleh berkenalan dengan antum dan antuna sekalian...

Sebenarnya permainan ni bagus untuk meransang pemikiran kanak-kanak.
Disamping mengenal ABC ia juga mengajar kanak-kanak untuk mengetahui nama negeri/negara..

Tapi permainan ini tak fokus pada nama negeri saja. Anda boleh juga variasinya kepada focus objek yang ingin anda ajar.

Sebagai contoh, Main ABC dan fokusnya peralatan dapur, peralatan bilik mandi, peralatan bilik tidur dan sebagainya. Ini secara tidak lansung akan memperkenalkan kanak-kanak dengan peralatan yang sering kita gunakan seharian...

Permainan ini boleh dicuba oleh guru-guru tadika sekalian atau ibu bapa yang mahu mengajar anak mereka..

Ingat!!!

Bermain adalah pekerjaan kanak-kanak (Montessori)

Jadi, jangan stresskan anak anda dengan buku, buku dan buku. Ada banyak cara nak ajar anak-anak ni.

Bila dah main tu, boleh suruh anak-anak anda ambil barang tu dan tunjukkan pada anda (peralatan dalam rumah saja pun) kemudian baru disusuli dengan buku..

Jadilah ibu bapa yang bijak mendidik anak-anak.

Sabda Rasulullah,

“Anak adalah tuan ketika umurnya 0-7 tahun, pembantu ketika 7-14 tahun dan kawan ketika 14-21 tahun”
(sabda Rasulullah ni lebih panjang, namun MO pendekkan supaya mudah faham)

Semoga semua menjadi ibu dan bapa yang diredhai. Didiklah anak-anak dengan Nur Islam..

p/s :
artikel pertama MO berkenaan Hak Seorang Anak telah disiarkan di ILuvIslam..
Kalo berminat nak baca boleh klik

Terima kasih.
Sehingga berjumpa lagi.
Assalamualaikum

5 Pesanan:

bintuawang said... [Reply]

mo..saya pnh main

Irtiyah said... [Reply]

Salam

Hohohoho Saya pun dengan jujurnya memuncungkan mulut masa baca entri ni tadi mempraktikkan menyebut ooooo cuma x kuar bunyi la. Hehe

Muslimah Optimis said... [Reply]

bintu awang dan irtiyah :

ya salam ...

teringat zaman budak2 best kan.. tapi dah remaja orang dewasa pun boleh ain lagi.. hehehe...

nanti MO bukak game ABC kat blog... ok x??? tapi nak bukak mcm mana ek??? kat shoutbox la ek.. atau entry khas... pastu komen2.. ok x???

perlukan pendapat

anib firdausi said... [Reply]

semua permainan ni dh penah main. permainan yg paling ank2 suka ialah bermain cari penyangkut bj. Sapa yg boleh cari paling byk dia menang. Jd jimat la masa si ibu dia cari penyangkut yg ada di merata bilik...hehe...

Muslimah Optimis said... [Reply]

puan anib firdausi :

itukan permainan sejak zaman berzaman2..mcm2.. hihihi... tapi zaman budak2 dah ditinggalkan