Futur vs Future

Salam semua...

Futur vs Future

 Sapa pandai?? 
Sapa yang nampak perbezaan antara dua perkataan di atas???? 
Semestinya nampak kan.. Hanya huruf  'e' yang membezakan kedua-dua perkataan tersebut namun membawa maksud berbeza. Sebutan pun berbeza..
BAHAYA nih kalau kita tersilap tulis satu huruf saja. Terus lari makna. 
Nak tulis cake jadi coke pula...hehehe..

Sama juga dengan angka 0. Bukan telur ayam tapi sifar. Memang nampak remeh tapi cuba bayangkan kalau kita tersilap tulis satu angka di atas sekeping cek
(kalau terkurang sifar takpe, tapi kalau terlebih sifar macam mana??) Haaaa.. Sendiri mau jawab la na... Teringat cerita "Cek Kosong" yang pernah ditayangkan di TV suatu ketika dulu
 (zaman kanak-kanak rebina)..hehe..

kenapa ek, tetiba je MO bangkitkan persoalan futur vs future ni???
Ntah, cek pun tak tau. tetibe je...

Futur = Putus Asa (Bahas Arab)
Future = Masa Depan (Bahasa Inggeris)

tapi kedua-dua perkataan ni sangat membawa maksud yang mendalam dalam diri MO...

FUTUR @ PUTUS ASA 
Istilah yang perlu dijauhkan dari hidup kita. Jangan ada istilah ini dalam hidup, setakat kecewa tu ok je. Lepas tu bangun balik ok. Berapa kali gagal bukanlah persoalannya namun berapa kali kita bangun daripada kegagalan lampau untuk terus berjaya. Kegagalan tu adalah proses mematangkan manusia.


FUTURE @ MASA DEPAN
Istilah ini perlu difikirkan oleh kita selalu. Siapa kita pada masa hadapan? Persoalan ini MO biarkan pembaca jawab sendiri ya. Namun sentiasalah merenung masa hadapan dan seiringkan dengan usaha dan doa. InsyaAllah pasti akan membuahkan hasil. Jangan lupa minta pada Allah.




ada jugak Minyak Wangi Jenama Futur rupanya. 
(gambar ehsan google)


Fikirlah yang terbaik untuk diri kita sendiri. 
Hidup ni saling bergantungan, apa yang kita buat akan kena tempias dekat orang lain jugak.
Apa yang orang lain buat tempiasnya kita kena jugak...

oklah semua..

Sampai sini dulu..

lain kali kongsi lagi..
MO tengah nak siapkan sambungan cerpen sesedap rasa
dan beberapa cerpen lain. InsyaALLAH akan dipost di dalam Laman MO nanti...

sekian
wassalam

1 Pesanan: