COVER YOUR AURAT CAMPAIGN | SHOW YOUR SUPPORT!

Assalamualaikum wbt....

Kawan-kawan perasan tak wajah Laman Muslimah Optimis dah berubah. Sebelum Wajah berubah ni MO dah mintak pandangan pembaca-pembaca laman MO. Ramai yang tertarik putih daripada pink.. Putih lebih suci kan.. hehe.. So, lihatlah wajah baruku..heheh.. Terima kasih kepada semua yang support Laman MO dan terima kasih kepada semua yang bagi cadangan untuk penambahbaikkan Laman MO. 

Terima Kasih Semua...


OK... 
sebelum meninggalkan alam realiti ke alam mimpi terpandang entry terbaru cikgu Ben Ashaari. Jom Meriahkannya.


Rupa-rupanya ada kempen...Wah, kena sokong ni kempen ni...
Sebagai Muslim wajib sokong dan berkempen.


"COVER YOUR AURAT CAMPAIGN | SHOW YOUR SUPPORT!"


poster ni sangat cute... like banyak kali....kempen ni pun like banyak-banyak kali...


nak tau lebih lanjut siapa tulang belakang yang mencetuskan kempen ini tak lain dan tak bukan (sila klik sini)

actually MO pun pertama kali la masuk blog ni. Tapi disebabkan kempen pasal menutup aurat, so, tanpa berlengah terus jari MO menari-nari di atas papan kekunci Miss White (my lappy).



Pandangan mengenai menutup aurat :

Tutup aurat ni wajib dan dituntut. NO excuse.
Bukan hak individu untuk memilih, tiada pilihan lain melainkan tuntutan Allah swt...

Allah berfirman yang bermaksud: 
“Dan hendaklah mereka (wanita) menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka.” (Surah al-Nur, ayat 31)
Tutup aurat ni bukan setakat pakai tudung yang menutup rambut saja.

Firman Allah lagi yang bermaksud: 
“Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (ketika mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Surah al-Ahzab, ayat 59).

Kalau mahu menghuraikan bab aurat ini sangatlah panjang. Cuma pandangan MO, bagi sahabat-sahabat di luar sana yang masih belum cukup menutup aurat (MO kata macam ni bukanlah bermakna MO terlalu baik, tapi insyaAllah aurat terjaga), insaflah. Mulalah berubah sekarang. Allah adalah Maha Pengampun dan Maha Penyayang seperti di dalam ayat di atas.

Aurat lelaki adalah dari pusat ke lutut tapi aurat perempuan seluruh badan kecuali muka dan tangan (kena pakai baju longgar-longgar ye). Tidak salah untuk berfesyen namun berpada-padalah jangan terlalu melampau (tabaruj pulak nanti). 

Cuba kita lihat dan perhatikan zaman sekarang ni (seluruh dunia), kaum lelaki menutup aurat habis nampak tangan dan kepala je (of cos la lelaki tak pakai tudung) tapi kaum perempuan pulak dedah sana dedah sini. Kalau masa ada function lagilah extrim, ntah apa-apa fesyen. Tengok dalam TV sudah lah. Ni Mama MO yang tegur masa tengok telenovela. Betul kan, lelaki dengan tuxido dan neck tie, slack, yang perempuan pulak pakai skirt pendek. adeiii.. betul-betul dunia akhir zaman. 

Kadang-kadang mereka tahu tapi buat-buat tak tahu. Sebagai muslim, kita takkan nak kejar pahala sendiri kan, sebab tu kena saling tegur-menegur dan tolong-menolong. Kalau kita tak tegur nak ke nanti di Padang masyar, kawan kita tu mai tuntut hutang sebab kita tak tegur dia di dunia. Tentulah kita tak nak kan.

Perempuan ini makhluk istimewa (lelaki pun istimewa juga). Jangan persiakan diri kita di dalam negeri persinggahan ini sebelum kita kembali ke kampung halaman kita yakni di akhirat kelak.

Takkanlah kita nak jadi mayat yang hina. Bertaubatlah sebelum terlambat (pesanan untuk diri MO dan sahabat-sahabat di luar sana). Sesungguhnya Allah Maha Menerima Taubat.


Jangan lupa join kempen ni. Kena tagged dekat 3 orang. Jadi MO tag akhi iqbalsyarie, Izzaty Bakhri, dan Zara Affendi. 

Tak dilupakan kepada semua follower laman MO dan kepada semua yang membaca. sudi-sudikanlah sokong kempen ini. InsyaALLAH barokah. 

Tahniah kepada saudara asyfiqaz a.k.a thepotpetking kerana keprihatinan beliau mengadakan kempen ini.Semoga kita semua mendapat mardhotillah. Ameen.

Sekian dahulu, 
Wassalam.

15 Pesanan:

Anzur Anuar said... [Reply]

sokong jugak kempen nieh. :)

Live Blog: belog! my Oxygen

Muslimah Optimis said... [Reply]

Anzur Anuar :

jom sama-sama sokong demi menegakkan Islam..

azrinrahim said... [Reply]

muslimah potimis: begitu panjan lebar huraian kamu .. bagus sungguh huraian kamu .. nice entry

SumaiyyahAbidah said... [Reply]
This comment has been removed by the author.
SumaiyyahAbidah said... [Reply]

Salam sister. Sy singgah blog2 yg sokong kempen ni, and so far comment sis antara yg sy suka. Informative, insightful, and realistic. May Allah bless your efforts :)

Your other entries pun best. Keep up the good work!

menusuk hati said... [Reply]

ckgu,apa aurt pmpn islm pd pmpn kapir...huhu..

Slmt brkempen.maaf zhr dan btin

Syed Hilmi Syed Yahya said... [Reply]

betul2..pompuan sekarang pakai pakaian yg agak menonjol bentuk badan mereka,,,,org yg buat dpt doa,yg tengok pown dpt dosa,,,haaa,,,,truk2,,,jom suma yg singah disini join kampen ni,,,!!

Muslimah Optimis said... [Reply]

@azrinrahim

terima kasih...kalo dah mula menaip tak reti nak pendek-pendek..hehehe

@SumaiyyahAbidah :

ya salam.. terima kasih di atas sokongan anda.

@menusuk hati :

aurat perempuan islam dengan bukan islam ada banyak yang dibahaskan. Ada ulamak yang mengatakan hukumnya sama dengan lelaki ajnabi dan ada juga yang kata auratnya sekadar memakai pakaian di rumah (tetapi jika boleh menimbulkan fitnah auratnya perlu ditutup habis sama seperti ketika dia keluar rumah). Ini sekadar pengetahuan saya yang sedikit.

@Syed Hilmi Syed Yahya :

so, jangan la tengok lama2 ye syed..heheh

Hadi Rofiee said... [Reply]

Beginilah yang sepatutnya. Sokong & setuju!. :-)

p.s: wah, dah tukar tema blog. Hehe.

Muslimah Optimis said... [Reply]

@ustaz hadi :

jom la berkempen sekali.. gunakan blog sebagai medan dakwah...

aha, dah tukar atas persetujuan ramai (lagipun hati memang berkenan putih dan hijau, dan hitam)..warna peberet tu..hehe

asyfiqaz said... [Reply]

thanks for supporting ye semua!
semoga usaha kecil kita semua ni diberkati Allah =)

aah, baru prasan, laki pulak yg tutup seluruh badan compare to wanita =p

Muslimah Optimis said... [Reply]

asyfiqaz :

tahniah sebab adakan kempen ni...
semoga semua beroleh barokah

saya said... [Reply]

salam.

semoga Allah berkati usaha sis.

jemput singgah saya juga :)

Muslimah Optimis said... [Reply]

saya :

wasalam.. terima kasih atas sokongan.. insyaAllah saya akan singgah

BLADE EDGE said... [Reply]

Salam..

saya just blogwalking..baru tahu pasal blog ni..

Anyway kalau ada masa, silalah menjelajah ke blog saya.

happy blogging :-D

regards,
BLADE EDGE

p/s: mmg dlm islam kene tutup aurat dr kepala sampai ke dada..bhgn yg blh dedah cuma muka dan tapak tgn jer..kebykkan org skrg ni bila pakai tudung tp xtutup aurat. dah x ikut syariat..kiranya mcm tutup kepala jer, baju ikut suka nk pakai mcmana, blh nmpk mcm2 kat dlm tu...