hihihi.. gambar tiada kena mengena dengan entry.. hanya sebab guitar tu kiut..saya suka
Assalamualaikum. Apa khabar semua? Semoga semuanya dalam keadaan baik. Baiklah, dalam penulisan kali ni dan mungkin penulisan akan datang saya akan membahasakan diri sebagai saya dan bukan lagi MO. Mahu jadi lebih formal dalam santai. Boleh tak?? Boleh la kan. Terima kasih kerana kesudian membaca. Saya sangat menghargai anda semua yang sudi singgah dan meninggalkan komen.
Tetiba teringat pada seorang sahabat berbangsa cina. Saya hanya memanggil beliau dengan nama Wong saja tapi semasa di alam universiti ramai memaggil beliau dengan nama William so, bila dah berjumpa semula saya memanggil beliau dengan nama Mr. William. Lebih formal kan. Dulu semasa di alam persekolahan (saya sama kelas dengan beliau semasa tingkatan 6) beliau memang pesaing terdekat la. Kalau dia nombor 1 maknanya saya akan jatuh nombor 2 dan kalau dia no 2 maka sayalah no. 1. (terperasan sekejap). Cuma itu semua kisah zaman sekolah.
Ditakdirkan kami masuk ke Universiti Malaya sama-sama cuma kursus berbeza. Tapi masing-masing membawa haluan sendiri sehinggalah bertemu semula semasa di tahun 3 pengajian. Masa tu lah baru tukar nombor telefon dan ID FB. So rajin jugaklah Mr William ni menyapa di FB kalau sama-sama online. Eh, kenapa saya cerita semua ni ye??? Hihiihi.. Sebab saya nak bagitau dulu suatu ketika masa saya berborak dengan beliau di FB beliau ada bagitau saya pasal teori 2C.
Kata beliau "I got 2 c for u, want to know?". Saya balas la "can u xplain more". Dia cakap 2 C = Care and Concern.
Saya berfikir sendirian betul kan dalam hidup bermasyarakat ni kita memang kena Care dan Concern pada orang sekeliling kita. Macam sekarang saya berada jauh dari keluarga dan orang yang terdekat adalah sahabat handai dan kawan-kawan, kalau kita tidak mengamalkan 2 C ini maka hiduplah kita seperti kera sumbang kan. Kalau kita tak buat baik dengan orang, ada ka orang nak buat baik dengan kita? Mungkin ada tapi tak ramai. Alhamdulillah Allah sentiasa menemukan saya dengan sahabat-sahabat yang baik. Syukur alhamdulillah.
Jadi dalam hidup bermasyarakat ni jiran lah yang paling rapat dengan kita kan. Tak kisahlah sama ada jiran sebelah rumah, sebelah bilik, sebelah katil, sebelah seat dalam kelas atau kat mana-mana saja jiranlah orang yang terdekat dengan kita kan.
Sebab tu kalau ada kematian orang yang dimaklumkan terlebih dahulu ada jiran tetangga dan baru diikuti oleh saudara mara kan.
Sabda Rasulullah :Bahawa memiliki jiran yang baik termasuk salah satu di antara tanda-tanda kebahagiaan dan memperolehi jiran yang jahat dan tidak baik termasuk tanda keburukkan dan derita. Islam merupakan agama yang sempurna dan lengkap dengan segala pertunjuk dalam pelbagai perkara termasuk dalam soal kemasyarakatan.
Sabda Rasululah :"Tidak akan masuk syurga barang siapa yang jirannya tidak merasa aman (selamat dan tenteram) lantaran kejahatannya"(Riwayat Muslim)
Sebab tu kalau ada kematian orang yang dimaklumkan terlebih dahulu ada jiran tetangga dan baru diikuti oleh saudara mara kan.
Dalam hidup ni ada 3 jenis jiran,
1) Jiran yang muslim dan berhubungan darah –
Mereka ini mempunyai tiga hak iaitu hak Islam, hak kekeluargaan dan hak kejiranan
2) Jiran yang muslim tanpa hubungan darah –
Mereka ini mempunyai dua hak iaitu hak muslim dan hak kejiranan.
3) Jiran yang bukan Islam –
Mereka ini mempunyai satu hak iaitu hak kejiranan.
Oleh itu kita berhak untuk mengambil berat perihal jiran dan kawan-kawan kita. Terima kasih kepada semua yang sudi menerima diri saya seadanya sebagai sahabat anda. Yang sudi megangkat saya ketika saya jatuh (bukan jatuh tersembam tu), yang sudi menjadi peneman di kala saya sunyi, yang sudi menghulurkan bantuan ketika saya susah. terima kasih semua atas jasa yang anda hulurkan pada saya. Tak dapat saya nak sebutkan nama satu-satu di sini. Kalian semua memang yang terbaik buat saya.. Sayang kamu semua...
MO masih tidak terlupa nak ajak sahabat-sahabat blogger
MO join contest "AKU INGIN BERUBAH"..jom join..
Hargailah jiran anda.. Sekian Wassalam.
18 Pesanan:
terima kasih MO atas perkongsian ilmu ini. Insya Allah saya akan amalkan konsep 2C ini.. (",)
tu gitar Totinx kan?
hehe..dia pun nak ubah kata ganti nama diri gak..hehe..xpelah..
btw betul sgt ape kak kata tu..tapi saya kesal sbb kawasan kejiranan rumah saya ni,sume x mengamalkan semangat kejiranan..masing2 wat hal masing2..xde aktiviti..xde tgur sapa,apatah lagi 2C yg kak cakapkan tu :'(
jiran saya skang india sebelah umah..cinese sebelah gak..depan indon..tak pernah ada masalah dengan dorang..dorang sangat ramah tegur..even kt u dulu sy pernah ada housemate non muslim..org kristian sabah..erm tapi time tu masih jahil..tak sempat nk bagi dakwah kt dia hehehe
kak terbek la insyaallah la kan...hehe
lebih baik bergaul dgn bangsa lain drp bangsa sendiri... dh lerr sombong bodoh.. bongkak plak tuh..
nice entry MO ! tapi kalao jiran kita sombong dan dengki mendengki,, sedangkan kita tak buat apa2 kat dia ? sama mcm kat atas tu ea ?? dea tak akan masuk syurga ?
thanks fr the info.. so, lpas ni klau nk tegur jiran2 pon xd la rse brslah sgt.. :)
jemput singgah ANASAURUS :)
@Gen2Merah
sama-sama... insyaAllah jiran tu saudara terdekat kita..sama2 kita layan baik2 ya
@Erin Azizan
xtau la
@Mohamad Farhan Bin Shamsuri
yeke dik bob.. pesal jadi mcm tu?? dik bob duduk kejiranan mana ni?? alhamdulillah kat kawasan umah akak ok je semua.. siap adapakatan kenduri mcm kat kawasan kampung...
@Kumbang Jingga
insyaAlah jika dia diberi hidayah pasti dia akan menjadi saudara seagama kita..insyaAllah
@angah
insyaAllah..doakan saja yang terbaik
@azlanmatt
kenapa pulak cakap macam tu kat bangsa sendiri?? xsemua macam tu la
@♥sophie♥
syurga neraka tu hal Allah.. tak tau nak kata kan.. kita serahkan kepada Allah semuaya.. cuma kita buat saja yang terbaik dalam hidup kita semoga kita ditempatkan di syurga
@♥sophie♥
syurga neraka tu hal Allah.. tak tau nak kata kan.. kita serahkan kepada Allah semuaya.. cuma kita buat saja yang terbaik dalam hidup kita semoga kita ditempatkan di syurga
@Farhana Jafri
terima kasih singgah.. insyaAllah.. tegur2 selalu la jiran kita kan
terima kasih kak MO..hehe bestkan kalau kita shbat yg boly sentiase bersaing.. btw, nice entry kak.bnyak inut yg ayie perolehi.. tpi boleh tak kakan terngkan mcm maner ea nk tegur jiran kita supyaa berubh keaqrah kebaikan.. pelbgai cara ayi dh lakukan tpy tak jalan juga.. herm, ayie sellu suka sindir jer supya sedar,,tpy tak sedar juga..
Post a Comment