KON VS SUB



Assalamualaikum.. Cuba kawan-kawan tengok dua gambar di atas ada persamaan tak??? Tak dak? Ada la.. cuba tengok baik-baik. Betul ni tak nampak persamaannya??? Nak kena MO bagitau lah ni?? Boleh, bak mai dua kupang dulu.. heheh.. gurau je… Kenapa la tetiba MO tunjuk dua gambar ni… Tanah yang kering kontang dan tanah yang subur kehijauan. Ermmm.. ada kisah di sebalik gambaq ni.. CerPen 100 patah perkataan..

Jom baca cerpen KON vs SUB…

“Bila Aku suruh ampa sujud kat Aku, jangan buat maksiat atas bumi Aku, ampa tak mau dengaq, hari ni Aku dah tarik balik nikmat aku. Tinggallah ampa semua dalam negeri yang kering kotang ini,”

Banyaklah suara-suara manusia yang meminta ampun pada Tuhan mereka. Namun segala-galanya telah terlambat. Terlajak kereta boleh reverse, terlajak perbuatan, ampa terima la akibatnya.

“Kami nak suasana hijau macam dulu. Kami janji kami bertaubat. Kami tak buat maksiat lagi,”

“Dah banyak peluang yang Aku bagi sejak Adam dihantar ke bumi. Tapi ampa semua tak serik-serik. Janji hanya tinggal janji,”

Hiduplah manusia zaman akan datang hasil daripada tangan kotor manusia zaman sekarang.
 -Tamat-

p/s 1 :
Ingatlah wahai manusia. Janji Allah itu pasti. Terlalu banyak nikmat yang Allah berikan namun kita saja yang tidak beringat. Bila nikmat ditarik balik baru la kita nak terhegeh-hegeh ingat kat Sang Pencipta.

Tapi Allah itu amat Pemurah dan Penyayang. Cukup dengan lafaz Bismillahhirohmanirahim menggambarkan sifat Allah yang dua itu.

Beringatlah wahai kawan-kawan, kita hidup bukan menompang langit (Mama MO selalu cakap macam ni, supaya anak-anaknya tidak terus hanyut dalam dunia yang hanya sementara)

Bila tiba suatu masa yang dijanjikan, jantung yang berdegup kencang itu akan berhenti berdegup. Tinggallah kita di alam barzakh yang seksanya tidak dapat dikongsi dengan orang lain. Hanya kita yang menanggungnya.

p/s 2: 
Persamaan dua gambar di atas adalah kedua-dua gambar itu menunjukkan bumi yang kita pijak. Bumi ciptaan Allah swt...
Allah Maha Besar

Sekian terima kasih atas kesudian membaca.
sebenarnya ni entry repost..
entry asal boleh baca kat sini 
bukan takdak idea nak menulis baru cuma kekangan masa..
daripada biar blog tak berupdate lebih baik bawak entry2 lama ke depan kan ada jugak perkongsian kan.. lagipun ramai sahabat blogger yang baru mesti tak pernah nak godek-godek khazanah Laman MO kan.. ngeeeee..

ok..sebelum mengakhiri entry kali ni jom pi singgah blog depa dua ni..depa kata entry depa ada peringatan untuk semua.. baca sampai habih tau..
Onie kata Jangan dok lagha sangat
Nadh pulak kata Menangislah supaya air mata menjadi pemadam api neraka

sekian wassalam..

8 Pesanan:

fRaMe+LenSeS said... [Reply]

nice one.. dalam maksud dia.. nadh suka.. ;)

Muslimah Optimis said... [Reply]

@fRaMe LenSeS

hihihi.. thax.. ni masa masuk segmen BA ni.. saja repost..

littleMissAddin said... [Reply]

nice :)

meaw said... [Reply]

yaaaa,onie suka apa yang kak aimaa sampaikan... :)

kadang-kadang kita manusia yang lalai dengan tanggungjawabnya, terima kasih peringat kak aimaa ku syg :)

AdiSuda said... [Reply]

yei..yei..memahami..hehe

kiera'sakura said... [Reply]

suka.... peringatan tuk kte manusia yg mudah lpe...

CiK LiYzA ^^, said... [Reply]

Alhamdulillah~masih dpt peluang utk bnafas lg rini..rsanya dh lma sgt xdpt makanan r0hani~pg td,b0s da bg tazkirah sket..n skang singgah kt tmpt mo lak..cuk0p santapan rohani harini...hee,thanx~

waN Mohd Salim said... [Reply]

http://wanmohdsalim.blogspot.com/2011/04/jujur-aku-mata-duitan.html

saye tag awak dlam 1 segmen .. eheh jangan marah .. nnti kene juaL