Assalamualaikum. Apa habaq iman hari ni? Ada tambah berat tak? Harap-harap makin gemok setiap hari biar obesiti, tapi badan maintain slim macam MO okeh. Hihihi.. Bajet kurus pulak MO ni kan. Hohoho.. Errrr... Abaikan.. Ok.. Kamu adalah apa yang kamu lihat.. Kita ambil contoh pandangan empat golongan mengenai lautan.
Golongan 1 : Manusia biasa
Orang biasa hanya melihat lautan dari permukaan lautan dan persisir pantai.
Golongan 2: Nelayan
Nelayan melihat lautan sebagai sumber rezeki, maka nelayan melihat lautan sehingga ke laut dalam kerana di situ terdapat banyak hasil laut.
Golongan 3 : Pencari Mutiara
Pencari Mutiara melihat lautan sehingga ke dasar lautan kerana tiram hidupnya di dasar bukan di laut dalam mahupun di permukaan lautan.
Golongan 4 : Jurutera Emas Hitam (Petroleum)
Jurutera Petroleum sudah tentu melihat lautan sebagai tempat mendapatkan petroleum, maka mereka melihat lautan lebih dalam ke dasar bumi yang mana terdapatnya emas hitam.
Sekarang dapat kita simpulkan bahawa walaupun melihat lautan yang sama namun cara melihat dan persepsi setiap orang adalah berbeza. Tapi kita tak boleh nak salahkan orang lain jika mereka melihat dari sudut lain kerana semua orang ada pendapat masing-masing dan kita tak boleh memaksa orang bersetuju dengan pendapat kita. Jadi belajarlah menghormati pendapat orang lain (ye, saya sedang belajar menghormati pendapat orang lain walaupun kadang-kadang saya memang amat tak setuju, tapi so far belum sampai tahap serius lagi. Orang putih kata under control).
p/s 1:
Biarkan mereka dengan keinginan mereka kerana setiap orang mempunyai hak ke atas diri mereka sendiri namun harus kita ingat bahawa Allah swt lebih berhak ke atas diri kita hatta kuku kita yang dipotong.
p/s2:
Kita adalah apa yang kita lihat. Kalau kita lihat sesuatu itu sebagai yang posotif maka positif lah, tapi kalau kita melihat sesuatu sebagai ancaman maka kita akan sentiasa takut dengan bayang-bayang sendiri.
Kita adalah apa yang kita fikirkan..
Tetiba teringat lagu Jika engkau fikirkan kau boleh....
sambung sendiri, kalo dah lupa boleh cari kat youtube..
sumber : dipetik dari kata-kata Ustaz Pahrol Juoi semasa beliau menjadi panel dalam diskusi Salahkah Aku Bercinta.
opssss... zaman sekarang ni air dah makin kurang ker??? Errrrr.. Tak caya mai baca kat sini..
sekian wassalam..
3 Pesanan:
yehuuuu..setiap yg kita lihat..ad mkna tersirat kn..^_^
salam ziarah ^^,
ucu dah folo cni :)
best entri ni :)
wah...btoi gak..kdg2 kita suka lihat ikut mata luaran bukan mata dlaman,dah tu xbley tgk yg tersirat disebalik yg tersurat
Post a Comment