Assalamualaikum. Sedar tak sedar dah empat tahun MO berkelana di bumi UM ni. SAYA SUKA FINAL EXAM..WOHAA.. Minggu depan ramailah orang akan berbondong-bondong ke Bangunan Peperiksaan Uni Malaya yang sejuknya macam jawab exam dalam peti ais. Aduhai. Hampir beku tapi berpeluh (berpeluh kerisauan) tengok soalan tak tau jawabkah? hoho...
Alhamdulillah setelah empat tahun Allah permudahkan urusan di sini. Banyak yang MO belajar di bumi UM ni. Doakan semester ini adalah semester akhir MO di bumi UM ni sebagai pelajar Ijazah Sarjana Muda. Lepas ni kalau nak bergelar pelajar Ijazah Sarjana pulak di bumi mana tak tau la kan. Doakan saya ya. Ameen.
TIPS PEPERIKSAAN
Q merujuk kepada Question => baca soalan lebih daripada sekali dan fahamkan soalan betul-betul. Tandakan kehendak soalan dan kata kuci penting. Q juga merujuk kepada Quality => pastikan jawapan yang diberikan berkualiti yang menepati kehandak soalan.
Menjawab soalan peperiksaan ni ibarat menyusun puzzle. Semuanya perlu berada pada tempat yang betul (kalau tak betul maknanya keputusan kita nanti pun tak berapa nak betul la kan. Jadi sebelum nak jawab soalan tu buatlah webbing dulu supaya senang nak tulis dan karang ayat kan. Rangka tu penting sama macam dalam badan kita ada skeleton kan. Dan pastikan mulakan menjawab dengan kalimah Basmallah.
Haaaaaaa. tolong la ingat tarikh-tarikh penting ni. TARIKH-TARIKH PEPERIKSAAN anda. Jangan disebabkan terlupa anda terpaksa mengambil semula kertas soalan yang sama pada semester hadapan.
Haaaa... Jangan dok bawak masuk toyol (meniru) dalam peperiksaan melainkan open book test. Kalau tertangkap boleh dikenakan tindakan tataterbib digantung mengambil peperiksaan tersebut dan perlu mengulang. Oh tidak. Jujurlah pada diri anda sendiri
Percaya dengan diri sendiri yang anda mampu lakukan dan lakukan yang terbaik. Setelah berusaha letakkan diri anda pada ALLAH. ALLAH itu maha adil, DIa memberi selayaknya dengan usaha kita. Kalau Dia tak memberi mungkin kerana Dia mahu menguji supaya kita lebih dekat padanya.
Andai kata terlupa apa yang dibaca selawatlah, mudah-mudahan ingat balik apa yang dah kita ulangkaji.
Jangan serabut-serabutkan minda dan hati anda. Mohon pada ALLAH. Pasti diberiNYA. Doa dan usaha kan penentu kejayaan. Chill. Cool like me okeh.. Jangan letih dalam menuntut ilmu fardu ain dan fardu kifayah kerana menuntut ilmu itu adalah satu jihad. Cuba tengok tagline MO kat header tu. hoho..
tengok betapa kentalnya mereka menjawab peperiksaan di Afghanistan.
Kita kat Malaysia ni jawab periksa dalam air cond tu sampai nak beku.
Jagalah hubungan dengan TIGA...
T = Tuhan
I = Ibu Bapa
G = Guru
A = Al-Quran
TIGA ini yang akan membawa kita ke syurga jika kita sentiasa menjaga hubungan baik dengan TIGA ini. InsyaAllah. Kepada semua yang bakal menduduki peperiksaan didoakan dapat menjawab exam dengan baik. ameen. Jangan lupa Doa, Usaha, Ikhtiar dan Tawakal.
p/s :
Masih belum terlambat kalau anda semua nak hadiah dari MO.
Meh klik sini.
p/s :
Masih belum terlambat kalau anda semua nak hadiah dari MO.
Meh klik sini.
sekian wassalam.
14 Pesanan:
thanks for these tips.. =)
suka..suka..^_^
itu bukan jawab exam..itu nak fail boleh la
hehe...masa yg tepat MO buat entry nie...
otak tgh struggle pasal final....=)
sedang berexam.. huhu..
salam MO, samal la kita..minggu depan final exam =)
gud luck my dear =)
pssss...MO amik kos ape kat UM tu?
gud luck kakak syang..=D
@pencaricinta ILAHI
u r welcome n thax 4 reading
@Adi Suda
terima kasih kerana suka dan sila suka banyak2 lagi
@Rozuan Ismail
nak fail maksudnya???
@Miz Waniey
hehehe..semestinya la sebab MO pun nak final gak..hehe
@f_aRa_aINa989
yeahh..al da best untuk kamu dan MO juga
@raudhah
waalaikumussalam.. good luck to u too dear.. MO amik teaching
@CikTomyam
good luck to u too adik sayang
Post a Comment