Contest Cerpen Sesedap Rasa.

-->

 Salam semua

Jom baca Cerpen Sesedap Rasa a.ka. Allah Memilih Dia. 


 Namun disebabkan syarat contest tajuk dia cerpen sesedap rasa, 
so jom la baca cerpen sesedap rasa ni ye. hehe
Kelmarin dulu cari jodoh untuk Mat Gebu, hari ni cuba menulis cerpen tuk contest Cik Ain Zulaika pula, padahal thesis tak siap lagi ni. Cari nahas MO ni. Masa Cuma tinggal dua hari sebelum 10/12/2010.



1.      Dong.. Ding..
2.      Dong..Ding…
3.      Dong..Ding..
4.      Dong..Ding…
5.      Dong..Ding..
6.      Dong..Ding…
7.      Dong..Ding..

“Alamak ada tujuh mesej masuk la. Ni mesti mesej facebook ni. Memang sungguh la fecebook berabuk, asyik telan duit orang je, dah la setiap minggu potong duit aku. Caller ringtone lagi. Anak tokei balak boleh muflis ni. Mak aku dah la keje Domestic Engineer je, ayah aku pulak Pemandu Lori Balak je. Kalau ayah aku tokei balak takpe la jugak” Ain Zulaika membebel seorang diri. Sebenarnya ayah Ain Zulaika menjalankan perniagaan yang menyediakan perkhidmatan pengangkutan. Kebanyakkan trip adalah trip penghantaran kayu balak ke kliang menggunakan lori-lori milik syarikat ayahnya. Tapi kadang-kadang ayahnya sendiri yang akan memandu lori-lori balak tersebut. Jika ditanya apakah pekerjaan ayahnya, maka dia hanya menjawab ayahnya Pemandu Lori Balak saja kepada kawan-kawannya.

“Sah, mesej facebook berabuk, eh tapi nombor ni macam kenal je tapi tak naik nama pulak,” bebel Ain Zulaika Zhulaika lagi. Daripada tujuh mesej tu, enam adalah mesej daripada fecebook dan satu mesej dari nombor yang asing bagi Ain Zulaika.

“Memang la tak naik nama kalau mung tak save dalam phone mung En oi” Si Labu bersuara. Labu ni kucing Ain Zulaika. Disebabkan warnanya yang kelabu maka seluruh ahli keluarga Ain Zulaika memanggil Kucing Kelabu itu sebagai Labu. Tapi kata-kata Si Labu ni bersuara gaya kucing-kucinglah, kalau Labu bersuara macam manusia lari lintang pukang pulak Ain Zulaika kan. Si Labu pulak, tak boleh nak sebut Ain Zulaika, jadi nama Ain Zulaika yang sedap tu jadi En Cuka. Kesian sama Si Ain Zulaika ni, tapi mujur dia tak tau Labu panggil dia En Cuka.. hehe.. Tapi kalau foreigner bertanya apa nama kucing dia, dia akan cakap nama kucing dia Bool. Namun dia lebih selesa memanggil kucingnya Labu. Jangan ingat manusia saja ada dua nama, Kucing Ain Zulaika pun ada nama dua nama tau iaitu Bool (nama omputih) dan Labu (nama Melayu).


 upa-rupanya adik lelaki kesayangan Ain Zulaika yang hantar mesej pakai handphone kawan dia. Adik Ain Zulaika ni namanya Zulkarnain Hanafi. Diorang dua beradik je. Sebenarnya diorang ni kembar tapi tak seiras. Kalau time exam nama Ain Zulaika di atas sekali, nama adik dia pulak di bawah sekali. Conan (nama manja Zulkarnain Hanafi) dan Ain Zulaika perangai langsung tak sama, sorang banyak cakap, sorang lagi pendiam. Yang banyak cakap tu mestilah Ain Zulaika. Tapi Ain Zulaika ni yang bagusnya sebelum bercakap dia akan fikir habis-habis dulu. Kira dah habis scan baru dia keluarkan buah fikiran dia tu. Budak genius la katakan. Dekan setiap semester. Conan pun sama jugak. Dua beradik ni memang genius la. Sejuk hati emak dengan ayah diorang. Si Conan ni amik Kulinari kat UiTM, yang Si Ain Zulaika pulak amik Engineering kat UM. Conan tu tak lembut cuma Ain Zulaika ni ja terlebih kasar sikit. Jaguh Silat Ain Zulaika ni siap wakil UM tu dalam arena persilatan. Kepada jejaka-jejaka di luar sana jangan nak berani main-mainkan Ain Zulaika ye, sekali dia bukak silat terburai isi perut korang semua.

Mesej dari Ain Zulaika
[Pe nama kawan dik, kak nak save dalam phone ni]

Mesej dari Abon (Kawan Conan)
[Nama pendek Abon. Nama panjang Abontony Iskandar bin Halim Tony]

Mesej dari Ain Zulaika
[Awat nama pelik sangat, orang apa nih]

Mesej dari Abon
[Orang Melayu la Cik Ain Zulaika oi, Conan kata bila nak share topup kat dia, dah lama dia tunggu tu. Conan kata lagi, nanti balik rumah dia masak nasi ayam special kat Cik Ain Zulaika]

‘MasyaAllah, aku dok mesej dengan Abon ni ka, mati-mati aku ingat Conan yang balas mesej. Pandai pulak dia nak ayat aku, nak masak nasi ayam konon, aku yang selalu dok masak kat rumah, dia balik cuti tengok TV saja’ Ain Zulaika bermonolog sendirian. Tapi disebabkan sayang pada adiknya yang sorang itu, dikongsikan jugak kreditnya.

Tut.. tet.. tut.. tet.. tut.. tet.. ok, siap Ain Zulaika menghantar mesej tanda share topup kepada Conan.

Dong..Ding..
Mesej dari Conan
[TQ cayang. I luv u so much. U r my sis forever dunia akhirat]

Mesej dari Ain Zulaika
[Oooooo.. Bab bodek memang nombor satu kan, macam la kak tak kenai dik. Ok, ok nanti jangan lupa nasi ayam special ye. Kak nak pi Masjid Jamek ni, malam nanti kita sembang k, Wassalam]

Setelah menghantar mesej kepada Conan, Ain Zulaika bersama Labu meneruskan perjalanan ke Masjid Jamek. Mereka dari Jalan Sultan Ismail, pagi tadi Ain ke pejabat ayahnya yang terletak Tingkat 10 bangunan Sime Darby. Dari Jalan Sultan Ismail Ain Zulaika ke Masjid Jamek untuk membeli tudung dan baju baru. Kata emaknya minggu depan ada jemputan kenduri di rumah Pak Longnya di Melaka. Sepupunya yang bernama Ain Maisarah itu bakal berkahwin. Kalau nak tahu, asal nama Ain Zulaika ni sebab ayahnya berkenan sangat dengan nama Ain Maisarah sebab tu bila lahir je bayi perempuan terus ayahnya menamakannya dengan nama Ain Zulaika.

Dong.. Ding
Mesej daripada Conan
[Waalaikumussalam. Jaga diri ya sayang. Jangan balik lewat tau]

Ain Zulaika dan Conan sangat rapat. Masakan tidak, mereka hanya dua beradik. Kalau orang yang tidak mengenali mereka pasti menyangka mereka pasangan kekasih kerana sifat romantik Si Conan ni melebih-lebih sampai kadang-kadang Ain Zulaika jadi rimas.


“Pooooooooooonnnnnnnnnnnnnnnnnnnn,”

“Adik, nak lintas tengok kiri kanan dulu adik oi. Ni Pakcik ni dah la ada sakit jantung, darah tinggi, kencing manis lagi, kalau la pakcik kena heart attack macam mana?” tegur Pakcik teksi tersebut.

“Mintak maaf pakcik, saya tak sengaja. Saya nampak teksi ni macam jauh lagi tadi. Lagipun si Labu ni lintas cepat sangat, tak dan saya nak halang,” balas Ain Zulaika. ‘Alahai, aku yang nak kena langgar, apasal pulak pakcik yang nak kena heart attack, patutnya aku la yang kena heart attack’ bisik hati Ain Zulaika.

“Lain kali jangan bawak kucing mai Masjid Jamek ni, hilang satgi susah. Orang pun boleh hilang, apatah lagi kucing ni,” tegur pakcik teksi tu lagi.

“Terima kasih pakcik atas teguran, saya minta diri dulu ya, Assalamualaikum” Ain Zulaika meminta diri dan dia mengambil Labu dan mereka melintas di hadapan stesen Komuter di Masjik Jamek.

“Tu la Labu, lain kali kalau nak melintas tengok kiri kanan dulu, jangan nak main redah je. Mujur pakcik tu tak marah. Dia tegur saja,” Ain Zulaika membebel pada Si Labu pulak.

“Ok bos bucuk, Labu tau mung sayang Labu kan. Labu saja jah test tadi, tengok mung nak selamatkan Labu dop. Ternyata usaha Labu dok sia-sia, Yehaaaaaa… Tuan aku sayang aku,” Jerit Labu. Kucing-kucing yang berkeliaran hanya memandang Labu dengan wajah kehairanan. Labu terus menggesel-gesel badannya pada kaki Ain Zulaika.

Ain Zulaika masuk dari satu kedai ke satu kedai, sehinggalah dia ke kedai yang paling hujung berhampiran dengan Mydin yang menjual pakaian.

“Labu, baju ni cantik tak?” Soal Ain Zulaika pada Labu.

“Cantik bos bucuk.” Namun Si labu hanya membunyikan miow, miow saja. Tuan kedai terpinga-pinga.

“Mana ada buah labu dekat sini dik, kami jual baju dan selendang saja. Kalau adik nak buah labu dekat pasar malam ada kut,” balas pekedai tersebut.

“Eh, err… saya memang nak beli baju dan selendang. Labu tu nama kucing saya. Sebab warnanya kelabu, jadi kami panggil Labu. Maaf ya buat cik salah faham,” Ain Zulaika tersenyum sendirian. Pekedai tu pulak sengih menunjukkan gigi rongaknya.

“Cik, kira jadilah saya amik baju dan selendang ni, ada diskaun tak?” Ain Zulaika cuba tawar menawar.

“Ni dah habis murah dah ni dik, kalau kat kedai lain tak dapat harga ni,” balas pekedai tersebut.

“Ermm, ok lah cik. Saya jadi beli. Lagipun dah lambat ni, tak sempat pula nak ke kedai lain,” Balas Ain Zulaika dengan nada sedikit hampa. Ain Zulaika ni berjimat orangnya. Kalau boleh dia mahu membeli baju yang murah tapi nampak mahal.

Setelah membayar wang, Ain Zulaika dan Labu ke stesen LRT Masjid Jamek untuk pulang ke Taman Bahagia. Selepas turun di stesen LRT Taman Bahagia mereka mengambil bas T626 untuk ke Damansara Utama.

“Labu, aku dah lapar ni. Harap-harap balik ni dah siap nasi ayam special si Conan tu,” kata Ain Zulaika pada Labu.

“Meowww, meowww,” balas Si Labu.


Mereka turun di hadapan Masjid Mujahidin Damansara Utama. Ketika berjalan kaki untuk sampai ke rumah mata Ain Zulaika terpandang seseorang yang tidak dikenali namun wajah itu mampu membuat badannya menggigil sepanjang perjalanan. Dia hanya menunduk. Senyuman lelaki itu juga tidak dibalasnya walaupun hatinya seperti sudah dilanda ombak cinta. Sebagai muslimah, dia sangat menjaga batasan dengan bukan mahramnya. Ain Zulaika berjalan dengan laju supaya cepat sampai ke rumahnya.

Setibanya mereka di rumah, jam telah menunjukkan hampir jam 7 malam. Selang beberapa minit selepas Ain Zulaika membersihkan diri, Azan maghrib berkumandang dari Masjid Mujahiddin.

‘Merdunya suara Muazin ni, jatuh cinta sudah,’ bisik hati Ain Zulaika.

Akal : Kau rasa-rasa suara sedap macam tu, handsome tak?

Hati  : Aku rasa mesti tak handsome, sebabnya selalu orang kata kalau suara sedap muka tak handsome

Akal : Mana kau tau, kalau handsome ke?

Hati  : Ala, kalau muka handsome pun mesti dah berpunya la,

“Eh, apa aku dok merepek ni. Astagfirullahalazim. Astagfirullahalazim. Astagfirullahalazim,” Dia beristifar sebanyak tiga kali. Kemudian dia membaca doa selepas azan dan dia mengambil wudhuk. Usai solat maghrib, Ain Zulaika turun ke bawah. Bau ayam panggang sudah menyucuk hidungnya. Ternyata janji adik tercintanya bukan hanya bodek-bodek kosong.

“Sedapnya bau,” Ain Zulaika memuji Conan.

“Tengok la sapa masak kan, Ini Conan la. Zulkarnain Hanafi bin Abu Huzaifah,” balas Conan.

“Ye, adik kepada Ain Zulaika,” Ain Zulaika menambah.

“Eh, lupa nak sebut nama kakak pulak,” balas Conan.

“Siapa yang melahirkan pulak. Che Kiah Johari,” sampuk emaknya pula.

“Tentulah emak yang kami sayang,” kata mereka berdua serentak.

“Dah, semua dah siap, pergi hidang ke depan. Kawan adik si Abon dan famili dia nak datang makan sekali malam ni,” kata Conan kepada Ain Zulaika. Emak mereka hanya memandang. Semangnya kalau Ain Zulaika dan Conan pulang ke rumah, memang Che Kiah Johari tidak mendapat tempat di dapur.

“Haaa??? La, buat ape dia nak datang makan kat rumah kite pulak? Dah la siap bawak famili lagi,” protes Ain Zulaika. Kalau Si Abon datang maknanya dia kena memakai baju yang sopan dan perlu bertudung dan berstokin. Dia lebih selesa berpakaian ringkas di rumah. Lagipun dia tidak pernah berjumpa dengan Abon tu, bertambah segan la dia. Terus tak lalu makan pulak nanti. Itu yang merisaukan Ain Zulaika. Mengenai soal pakaian, dia masih boleh bersabar jika perlu memakai pakaian menutup aurat di dalam rumah sendiri, tapi kalau makan perlu dicontrol dia tidak sanggup.

“Tadi masa adik mesej cayang guna handphone dia tu, adik ajak la dia dan famili dia sekali. Actually, adik ajak-ajak ayam saja, tak sangka pulak dia setuju,” balas Conan membela diri, menunjukkan dia tidak bersalah.

“Biarlah kalau diorang nak datang, tetamu datang bawa rezeki dan bawa keluar dosa dari rumah kita ni, lagipun Conan ni masak banyak. Daripada membazir lebih baik kita jamu orang makan” balas emaknya pula.

“Mak, kak naik atas salin baju,” kata Ain kepada emaknya.

“Dik, kawan adik yang datangkan, so adik la yang hidang,” balas Ain Zulaika dingin. Dia ke atas semua menyalin pakaian lebih sopan.

Semasa dia turun, tetamu yang dinanti sudah tiba. ‘Eh, apasal diorang semua pakai cantik-cantik ni? Mak tak kisahlah sebab memang dah selalu pakai baju kurung, tapi ayah pun siap pakai baju Melayu, Eh, lupa ayahkan baru balik dari masjid’Ain Zulaika bermonolog sendirian.

“Cayang, ni la Abon,” Conan memperkenalkan Abon kepada Ain Zulaika.

 “Abon ni la kakak aku,” kata Conan kepada Abon.

“Tahu, masa aku nak ke masjid tadi aku nampak kakak kau ni tengah jalan balik rumah. Jalan lagu giler, aku senyum pun tak balas,” kata Abon kepada Conan.

Ain hanya diam tanpa kata. Dia tersenyum seperti dipaksa. Dia tidak tahu aksi bagaimana yang perlu ditunjukkan. Mereka sekeluarga makan sehingga licin kecuali Ain yang makan hanya separuh pinggan. Konon diet la, tapi hakikatnya tak lalu makan sebab tengok Abon di depan mata. Abon dan familinya juga tambah nasi sehingga dua kali. Minuman yang menjadi penyejuk kerongkong mereka pula coke dan Conan juga membacuh air limau nipis tiga rasa sebagai pilihan. Memang sedap ler.

Akhirnya mereka selesai makan. Ain Zulaika mengambil tempat untuk mengemas meja memandangkan Conan yang memasak. Jika dia yang memasak, Conan pula akan mengemas. Jika mereka berada di rumah, emaknya hanya menjadi Mem Besar saja. Tapi malam itu, Conan membantunya mengemas meja dan membasuh pinggan. Sementara mereka berada di dapur, keluarga Abon serta emak dan ayahnya berbual-bual di ruang tamu.

“Dik, pe yang diorang bualkan tu. Rancak semacam je,” tanya Ain Zulaika kepada Conan.

Entah, mana la dik tahu,” kata Conan sambil menjongket bahu.

Setelah bersalaman-salaman keluarga Abon pulang ke rumah dengan hati yang lapang.

“Makcik, pakcik saya balik dulu. Conan jumpa nanti,” kata Abon sebelum pulang. Umi dan Abi dan adik-adiknya telah berada di dalam kereta.

Conan menyiku Ain Zhulaika. Ain Zulaika hanya mencebik.

“Cayang, nak tau tak?” soal Conan kepada Ain Zulaika.

“Ape?” soal Ain Zulaika pendek.

“Abon akan berangkat ke Jordan minggu depan, dia sambung master dekat sana,” kata Conan menjawab persoalan Ain Zulaika. Padahal dia yang bertanya dulu.

“Owhhhh,” hanya itu yang mampu keluar dari mulut Ain Zulaika.

Tiba-tiba Ain Zulaika rasa hatinya bagai diketuk dengan hammer sampai hancur. ‘Kalau dia dah pergi Jordan, tak de peluang la aku nak jadi suri hatinya, mesti la dia berkenan dengan ustazah-ustazah dekat sana,’ bisik hati Ain Zulaika.

“Cayang ni nape? Tiba-tiba monyok je?” soal Conan apabila melihat perubahan di wajah kakak kesayangannya.

“Eh, mana ada. Merepek je” balas Ain Zulaika menyangkal kata-kata adiknya.

“Hahahahah. Orang usik sikit dah gelabah biawak. Cayang, nak tau tak? Abon nak kahwin tak lama lagi,” pancing Conan lagi.

“Haaaa???? Nak kahwin?? Dengan sapa? Cantik tak budaknya? Belajar dengan dia sekali kat Jordan ke?” soal Ain Zulaika bertubi-tubi.

“Mak ai, soalan macam peluru berpandu. Bertubi-tubi, Cayang agak-agak dengan gadis yang macam mana,” soal Conan lagi.

“Entah,” hanya sepatah yang keluar. Jika tadi hatinya bagai diketuk dengan hammer, kini hatinya rasa seperti dimesin dengan blender.

“Tapi dia belum meminang gadis tu lagi,” tambah Conan.

'Ish, aku ada chance ni, lebih baik aku cepat' tiba-tiba Ain Zulaika tersenyum di dalam hati. Emak dan ayahnya sedang menonton televisyen.

“Mak, ayah. Boleh tak kalau sebelum Abon fly ke Jordan kita gi rumah Abon,” Ain Zulaika memberikan cadangan. Soal malu diletak ketepi.

“Ha, apa yang kak kata,” soal ayahnya kembali sedikit pelik dengan ajakan anak gadisnya itu.

“Errrr…. Boleh tak kalau….. Kalau,” muka Ain Zulaika sudah menjadi merah. Dia malu tetapi dia perlu luahkan.

“Err… boleh tak kalau Ayah dan Mak tolong taqdim (lamar) Abon kepada kak,” kata Ain Zulaika. ‘Huh terluah jugak. Seksa bukan main nak keluar ayat tu’ kata Ain Zulaika di dalam hati.

“Ha, apa?” kata Conan, mak dan ayahnya serentak.

“Boleh tak kalau Ayah dan Mak tolong taqdim Abon kepada kak,” kata Ain Zulaika sekali lagi. Kali ini dia lebih bersemangat.

“Kak ni biaq betoi, tadi bukan main tak suka keluarga Si Abon tu datang makan kat rumah kita, ni nak nak suruh pi taqdim Si Abon pulak,” kata emaknya pula. Keluar sudah dialek utara emaknya. Emaknya berasal dari Perlis manakala ayahnya pula orang selangor. Di mana mereka berjumpa tidak pula diketahui oleh Ain Zulaika.

“Ye la mak, dik kata dia nak fly gi Jordan minggu depan. Sebelum dia masuk meminang entah mana-mana gadis lebih baik kita gi meminang dia dulu,” kata Ain Zulaika. ‘Lelaki meminang perempuan cumalah adat. Tidak salah rasanya kalau pihak perempuan yang pergi meminang lelaki,’ bisik hati kecil Ain Zulaika.

“Cayang, kita tak payah gi meminang Abon, dua hari lagi Si Abon dengan keluarganya datang bawa rombongan meminang untuk cayang,” kata Conan.

Rupa-rupanya Si Conan ni sedang berbalas mesej dengan Si Abon semasa Ain Zulaika meluahkan isi hati nak pergi meminang Abon kepada Emak dan Ayah mereka. Si Abon pula terus setuju apabila mendapat berita daripada Conan.

“Cayang nak tau tak, Abon la yang azan tadi. Sedap kan suara dia. Adik setuju je kalau Abon tu jadi abang ipar adik,” Conan sempat mencuit hidung kakaknya dan dia terus naik ke atas.

Ain Zulaika tidak berubah reaksi, tetapi tiba-tiba dia terasa malu dengan permintaannya tadi namun dia tersenyum di dalam hati. Tapi sekurang-kurangnya, bukan dia yang pergi meminang Abon, keluarga Abon yang datang meminangnya. Jika keluarga dia yang pergi meminang Abon, lebih malu lagi agaknya. Walaupun pihak perempuan meminang lelaki tidak salah di sisi Islam. Dia berdoa di dalam hati ‘jika dia yang Kau pilih untuk hidup bersamaku, peliharalah hubungan kami sehingga ke syurga, Ya Allah, Ameen,”

“Mak, ayah kak naik atas dulu. Dah ngantuk,” Ain memberi alasan supaya dia tidak berlama-lama lagi di ruang tamu padahal jam baru menujukkan pukul 9.30 malam. Dia tahu mukanya sudah merah.  Emak dan ayahnya hanya tersenyum melihat keberanian anak gadis mereka yang sudah menginjak ke usia 26 tahun.

“Selamat malam semua,” Dia terus naik ke bilik dan menunaikan solat Isyak dan solat sunat syukur. Lelaki yang dilihatnya petang tadi adalah pilihan Allah untuknya. Alhamdulillah.

**************TAMAT************

p/s 1:
idea spontan, so terimalah seadanya ye.

p/s 2:
Jangan bercinta lama-lama. Kalau dah suka sama suka, lebih baik nikah saja.
Allah lebih suka pasangan yang halal bercinta.(”,)

p/s 3:
Tak salah jika si perempuan yang pergi meminang lelaki. Kawan MO kata kalau perempuan minat kat sorang lelaki ni kena bagi hint (tapi MO tak tau hint macam mana). So, kalau sesiapa yang membaca cerpen sesedap rasa ni, tahu hint yang macam mana, boleh lah kongsikan dengan MO ya.
 
OK, ni merupakan Contest yang Ain Zulaika anjurkan. Kalau nak join boleh klik sini.

 


p/s 4:
MO tag  Miss Yuyu, Kak Ida, bintuawang dan tidak dilupakan kepada
semua follower serta semua yang baca cerpen ni.  
Sila luahkan apa yang terbuku di minda anda. 

p/s 5 :
Cerpen ni cepat sangat kan terus ajak kawen..
Hihihi.. InsyaAllah akan buat sambungan..

Hadiah boleh tahan lumayan... Apa tunggu lagi...
  
Tak menang tak mengapa. Bukan kemenangan yang dicari.
Semoga terhibur dan mendapat ibrah (pengajaran) daripada cerpen sesedap rasa ini..
atau tajuk yang MO beri Allah Memlilih Dia..

Sekian Assalamualaikum.


28 Pesanan:

Syafiq Rosli said... [Reply]

wah..MO leh jadi pengarang la..:)

Muslimah Optimis said... [Reply]

Syafiq rosli:

tq..doakan MO ya.. Mo tengah cuba mengarang novel ni.. heheh...tapi tahap merapu meraban lagi.. heheh....

Teratak pena said... [Reply]

tahniah..... semoga berjaya

Unknown said... [Reply]

Gud luck to MO..!!!! =)

Nasyitah said... [Reply]

kak MO...speechless...a very sweet entry...terfikir jugak..klu perempuan suka seseorg camna dia nak bagi hint pada lelaki yg dia suka???..susahkan if directly..when we love someone we ask from Allah..we ask Allah to give us the other part of our heart..coz HE knows best..and hope HE meet us with someone who love us because of Allah...itu hint yg terbesar...

Muslimah Optimis said... [Reply]

nasyitah :

tak salah la perempuan nak mlakan dulu.. heheh... perempuan yang mulia melamar lelaki untuk dijadikan pasangan hidupnya atau ayah si gadis yang melamar lelaki tu... hehe .. ni akak pernah terbaca dekat mana ntah, tak ingat pulak.. ada ulama' bahas pasal ni...

tapi berdoalah kepada jika hendakkan sesuatu..hanya pada DIA kita memainta....

i like this sentences "hope HE meet us with someone who love us because of Allah...itu hint yg terbesar... "

cuba baca mencari jodoh buat mat gebu pulak...

kisah perkahwinan jugak...

tapi kebetulan je tulis pasal bab munakahad ni sebab join contest..hehe

GR said... [Reply]

wah, cerpen anda bagus. buat saya rasa malu dengan cerpen saya. ini baru bakat penulis.

ya, perempuan boleh juga meminang lelaki bukan. bukankah Isteri Rasulullah Siti Khadijah meminang Rasulullah dulu :)

Muslimah Optimis said... [Reply]

tq sepi tanpa mimpi...
biasa2 saja... idea spontan...

cerpen kamu pun apa kurangnya... idea yang tak terfikir oleh saya... kod ajak dating tu.. hehehe...

semoga sama2 berjaya..

Al - Mu'allim said... [Reply]

Menarik juga cerpen ni.

Idea yang spontan dpt hasilkan cerita yang menarik. kalau buat btul2, mesti lg menarik. Anda memang berbakat, jangan sia-siakan bakat itu.

Muslimah Optimis said... [Reply]

Al - Mu'allim :

terima kasih atas kesudian membaca.. InsyaAllah, akan diusahakan untuk menulis sesuatu yang bermanfaat...

Ujang9897 said... [Reply]

wow...kreatif dan inovatif...hehe....gd luck...dpt hadiah topup rajin2 la msg conan..hee

Muslimah Optimis said... [Reply]

ujang9897 :

tq2 sudi baca...cerpen kamu pun kreatif juga...

hohoho.. conan tu buah hati MO tau.. heheh. ada dinyatakan dalam entry Usia haya Sekadar Angka.. kalau rajin boleh baca...

kan ke, cik Ain zulaika cakap cerpen yang paling kelakar akan menang..

MO tak menaruh harapan untuk menang.. banyak lagi penyertaan yang hebat2..suka2 saja join ni..hehe

Ckin Kembaq said... [Reply]

Salam akak..
Nice.. Dia berani gtau kat parent nya...hehehe

Ain Zulaikha said... [Reply]

waaaa panjang benor.. hehehe terima kasih join kontest saya, apa2 update akan di post di blog.. good luck.. salam :)

Muslimah Optimis said... [Reply]

cikin kembaq :

tq.. suka2 je tuh... ain zulaika memang berani, tapi tuan yang menulis ni simpan dalam hati boleh lah..haha

Ain Zulaika :

kan ke kate takde had perkataan.. heheh.. ok

Mohamadazhan.com said... [Reply]

cerita best ni.hehetahniah!

Muslimah Optimis said... [Reply]

Mohamadazhan hjDesa :

terima kasih kerana membaca

Iskandar Shah said... [Reply]

nice story!
sye suke sesangat!
ley jdik pengarang lah! :)

*actually nak gak ade kembr. watak dyorng looks so caring to each other.. :)

*MO blaja kat UM ke? amik kos pe?

Muslimah Optimis said... [Reply]

Iskandar Shah :

tq sudi baca...

sepupu MO nama Muhammad Shah Iskandar, kamu ISkandar Shah ek..heheh... watak dalam cerpen n lak Abontony Iskandar (ntah mana dapat nama ni, main taip je)..

Aha, blaja UM gak. FInal year.. Agak-agak cos apa bila MO menulis perkongsian mengenai anak-anak??

shino said... [Reply]

salam..
waahh.. tahniah, awak sungguh kreatif.
berbakat besar. .
selamat maju jaya k dlm contest ni.
sudi, tgk sy punya juga ya^^
http://comelpunye.blogspot.com/2010/12/contest-cerpen-sesedap-rasa.html

Muslimah Optimis said... [Reply]

ɐɥs+ɐɟ :terima kasih.. eh, nak panggil apa ni nama susah naks sebut la.. heheh..ke Mo yang xpandai nak baca..hehe

Ain Zulaikha : terima kasih atas peringatan

misznanarizal said... [Reply]

ouh so sweeeeett!!kan besh kalo jadi mcm ni..huhuhu

Muslimah Optimis said... [Reply]

@misznanarizal

terima kasih kerana sudi membaca

♥nyeto89♥ said... [Reply]

kak aima...kami teringin la nak jadi macam ain zulaikha dalam cita ampa ni....kalau la kami macam dia...

Sunah Sakura said... [Reply]

Jangan bercinta lama-lama. Kalau dah suka sama suka, lebih baik nikah saja. Allah lebih suka pasangan yang halal bercinta.(”,)


ukhti...

ayat ni buat ana rasa nak menitiskan air mata...hati ana sebak.. :'(

Muslimah Optimis said... [Reply]

@♥yaya budak suka embun♥ ermmmmmm... mudah-mudahan...

Muslimah Optimis said... [Reply]

@Sunah Sakura kenapa rasa sebak sunah?? huhu

Anonymous said... [Reply]

mengapa tidak:)