Assalamualaikum semua.
Amacam sihat tak???? Kalo sihat, alhamdulilllah.. Kalo tak sihat, jangan jumpa jumpa doc dan makan ubat ye. MO sendiri belum makan ubat, esoklah baru mula makan ubat boleh??? huhuu....
SAYA NAK KAHWIN KENAPA HALANG???
Mama dan abah saya tak halang saya kahwin pun, cuma syarat kena habis belajar dulu...
Makcik saya pulak kata,
"Kakak, ko blaja dulu. Kalo ko nak sambung master, ko sambung dulu. Jangan nak kahwin awal, kang jadi macam cu, umur 40 tahun baru sambung master, sampai anak-anak tak bagi sambung PhD" Hehehe...
Anak cu tak bagi cu sambung PhD sebab cu asik takde kat rumah je masa zaman sambung belajar, Alhamdulillah cu dah konvo dah Master. InsyaAllah i wil soon.. :-)
ok..ok.. Bukan nak cerita pasal kes kahwin MO. Ni ha, kes dalam akhbar BH bertarikh 7/12/2010 pasal budak 14 tahun berkahwin...
Hadoiiiiiii. Bagi jela dia kahwin, mak dia pun dah izin, kementerian pulak sampai nak siasat-siasat sebelum mengambil tindakan,
Petikan kata-kata Shahrizat
“Remaja ini masih muda dan memerlukan perlindungan dan keselamatan, sedangkan perkahwinan perkara serius,
Maksudnya beliau tak setujulah kan...
Tolonglah makcik (dia lebih tua dari mama MO rasanya so, kena panggil makcik la kan), kalau budak-budak tu nak kahwin, biar jela. Perkahwinan tu halal makcik oi daripada membiarkan budak-budak sekolah terlibat dengan zina.. Budak-budak berzina tak nak pulak siasat, pastu siap bukak sekolah untuk budak hamil pulak (syarat masuk wajib hamil pulak tu), haihhhh (sambil cekak pinggang).
Jiran MO kahwin masa umur 16 tahun (sekarang anak sulung dia dah sebaya MO la jugak) bahagia je sampai sekarang.. Taulah budak-budak tu (yang kahwin awal) jaga diri. Banyak lagi perkara boleh siasat jangan bazirkan masa nak siasat pasal perkara yang halal...
p/s :
MO setuju je diorang kahwin daripada buat iktilat di bumi Allah dengan syarat, bertanggungjawab atas perkahwinan diorang. Tanggungjawab sebagai isteri dan suami juga sebagai ibu bapa muda (jika dah ada anak nanti) walaupun MO tak berapa setuju untuk diri sendiri berkahwin awal (tak cukup ilmu nak kahwin macam mana..huhuhu)
Kalau nak baca lebih lanjut di BH on9 boleh klik sini.
Sekian wassalam
10 Pesanan:
setuju jugak kalau budak tu dah nak kahwin..daripada berlaku masalah yg lebih besar akan datang..kahwin la yg terbaik..
no komen.coz aku lum kwin lagi^^ heheeee
@muhamadsufian89:
aha, kahwin ni pulak melibatkan tanggungjawab... amanah...
Woofer Storm :
kamu dah komen kat sini pun..hehehe.. cek pun lom kahwin jugak..heheheh...will soon
hehehe... hebat betul penulisan cikgu ni. pandai cigu olahkan ayat utk membentuk entri yang bermakna.. (",)terpukau saya tadi.... Hehe
Saya pun x nak komen sebab sy lum kawin.. ngehehe... Ya Allag, pemrmudahkan lah jodoh ku orang yang baik2... Amin
Nur Ardilla Najwa
insyaALLAH.
CIKGU Gen2Merah :
pujian tu hanya untuk Allah... saya hanya manusia biasa.. menulis pun tak berapa nak pandai..huhu... apa pun terima kasih kerana membaca..
saya doakan cikgu Gen2Merah akan dijodohkan dengan wanita solehah insyaALLAH.. banyakkan berdoa
Ohh, ingatkan tuan blog ni nak kahwin. Hehe.
Perkara ni perlu dilihat dari sudut agama & undang2. Kalau ok, apa salahnya kan. :-)
Ustaz Hadi :
Hehehhehe.. tuan blog ni nak kahwin nanti (insyaAllah saya jemput semua pembaca Laman MO)..tapi tak tau la lg bila..hehehe
yep... undang-undang Allah dan undang-undang manusia...
salam..
masa baca n3 ni, saya mati2 ingtkan MO nak kawen tp mak ayh plak yg halang..hehehe...
erm, pd pendapat saya, mmg bagus kawen awl utk elakkan zina n baby dumping. Cakap pasal ni, saya terinagt n3 yg saya publish kat blog tempoh hari.
ini linknya, siap ngn pic segala. Mmg rugi la kalu tak baca.
http://anaraudhah.blogspot.com/2010/12/no-title.html
raudha..
hehehhe...mak ayah saya tak halang nak kahwin..cuma belum jumpa calon sesuai je lagi.. heheh..
ok saya akan baca..
jom terjah blog raudah..heheh
fie setuju,, benda yg halal tak payah lah nk dipertikaikan,, tp benda yg tak patot and haram tu yg patot di ambil pedulik,,
Post a Comment