KAITAN WAKTU DAN BULATAN.. KERANA ???

Assalamualaikum..
 Apa khabar? (ayat skema tanya soalan bahasa melayu).
Diharapkan sihat-sihat sejahtera.

Andai saya dapat mencipta waktu,
saya akan pastikan waktu itu berlari dalam satu bulatan yang panjang sekali.
Dan bukannya berjalan dalam satu garisan yang tiada penghujungnya.

kenapa???
Kerana bulatan tiada bucu..

Sebenarnya ayat tu lebih kpd perpisahan..bulatan yg pnjang tu mknanya sejauh mana kita berpisah, sehebat mana kita bergaduh dan sedalam mana dasar rindu, kita yang namanya kawan dan sahabat pasti akan dipertemukan lagi kerana bulatan kan tiada bucu. Garisan yang ada akan bercantum pada satu titik.. beza dgn garisan yg lurus.. waktu kan pada logiknya bersifat lurus dan di penghujungnya tu tak ada sapa pun tahu.. andai kata, berpisah kini, tak dijanji berjumpa lagi..
 
kredit tu Bulan Bulat atas ayat di atas cuma edit sikit je oleh Bintang Utara
(errr.. sayalah tu Bintang Utara.. sahabat sorang lagi Angin)
 
Di tahun akhir pengajian pasti semuanya sedih-sedih nak berpisah kan..
Selama empat atau tiga tahun mengharungi susah dan senang bersama tetiba perlu membawa haluan masing-masing ke destinasi yang belum pasti. Tapi itulah lumrah alam kerana setiap pertemuan pasti ada perpisahan..
 
kepada semua sahabat dan teman
Maafkan saya jika selama saya bersama sahabat-sahabat sekalian pernah saya mengguriskan hati, ampunkan dosa saya pada kalian, halalkan makanan dan minuman yang pernah saya termakan dan terminum dari kalian, halalkan segala ilmu yang telah kalian ajarkan pada saya.. InsyaAllah umur panjang pasti kita akan dipertemukan lagi cuma masa dan ketikanya tidak diketahui.. terima kasih kerana menerima diri ini seadanya dan terima kasih kerana kesudian menegur diri ini jika tersilap langkah. Ketahuilah saya sayangkan kamu semua kerana Allah swt.. semoga ukhwah yang terjalin antara kita berkekalan sampai bila-bila.. walau jauh di mata tapi dekat di hati.. kan ada teknologi di hujung jari sekarang.. smile..
 
p/s :
InsyaAllah saya akan kongsikan puisi dan juga doa untuk semua yang bergelar sahabat pada entry akan datang...
 
jangan lupa klik sini kalau nak hadiah
 
sekian wassalam..

15 Pesanan:

syukrihasshan said... [Reply]

tiada kata-kata secantik bahasa..

fRaMe+LenSeS said... [Reply]

nice one.. sedih bila nak hadapi perpisahan, tapi tu la idup, ta penah jauh dari perpisahan, kerana y bermula tu dah dipadankan dengan akhir, jumpa dan pisah, insyALLAH, andai ALLAH izin, bertemu lagi nanti.

Areyoudys said... [Reply]

as salam..
perkongsian halwa iman..
subhanAllah..
syukran =)

kalau sudi, singgah kembali ya =)

memandu kereta boleh menyesatkan iman

dan juga penulisan terbaru sbg invited author kat..

copycat(sandaran-Nya bagi backlink pahala. tak mau?huhu..

NAMI said... [Reply]

cdey r.hhhrrmmm...biar jaoh dimata tapi dekat di hati.hehe

NAMI said... [Reply]

cdey r.hhhrrmmm...biar jaoh dimata tapi dekat di hati.hehe

hadi Saaidin said... [Reply]

yang patah, tumbuh
yang hilang, berganti
yang rapat, kukuh
yang renggang, mati

kawan yang baik adalah kawan yg ada bila kita susah mahupun senang. akan diterokai tak lama lagi,insyaAllah.

ingat lah yang, setiap percaturan Allah swt itu yg paling amat terbaik.

:)

Solihin Zubir said... [Reply]

arghhhhhhhhhhhh.... sedihnya terkenang nostalgia zman skolah n kolej dlu... =(

Ce'gu JAERA said... [Reply]

PERTEMUAN PERPISAHAN.... hadapi semuanya dengan senyuman(",)

Muslimah Optimis said... [Reply]

@Mr. Straw

ya jadi sama-samalah kita menjaga tutur kata kita..

Muslimah Optimis said... [Reply]

@fRaMe LenSeS

betol tu nadh..setiap pertemuan pasti ada perpisahan..semoga ada peluang untuk berjumpa kembali

Muslimah Optimis said... [Reply]

@...

ya afwan...

Muslimah Optimis said... [Reply]

@Nor Azlan Mat Isa

betol tu..setuju dengan NAMI

Muslimah Optimis said... [Reply]

@hadiee

ya percaturan ALLAH adalah yang terbaik..sebaik-baik perancangan adalah perancangan ALlah swt

Muslimah Optimis said... [Reply]

@Solihin Zubir

kenangan zaman belajar adalah antara kenangan terindah

Muslimah Optimis said... [Reply]

@Gen2Merah

suka tagline cikgu jumadil.. hadapai dengan senyuman