MENGAKU ISLAM TAPI MAKAN BABI??



Assalamualaikum... 
Apa khabar semua??
semoga sihat-sihat semuanya..
Alhamdulillah hari ni kita masih lagi diberi kesempatan menghirup udara percuma di Bumi Allah ini..
Baiklah dalam entry kali ni
MO nak tanya sikit ni kepada semua sahabat blogger yang beragama ISLAM..

Apa pendapat dan apa perasaan sahabat pembaca sekalian...
1. Kalau dapat tau ada sahabat seagama kita yang makan babi??
2. Kalau dapat tau ada sahabat seagama kita yang main judi??
 3. Kalau dapat tau ada sahabat seagama kita yang berzina??
4. Kalau dapat tau ada sahabat seagama kita yang terima rasuah??
5. Kalau dapat tau ada sahabat seagama kita jadi pelacur??
6. Kalau dapat tau sahabat seagama kita jual dadah??
7. Kalau dapat tau sahabat seagama kita bunuh orang??
8. Kalau dapat tau sahabat seagama kita minum arak dan clubbing??

Apa yang anda rasakan???
Nak marah??
Jijik??
Pelik?? 
Geram??
Rasa nak tumbuk-tumbuk je muka diorang??
Rasa nak tolak masuk gaung??
Doakan mereka kembali ke pangkal jalan sudah semestinya la kan..
Tapi apa yang anda rasakan di lubuk hati kecil anda??
(boleh nyatakan di ruangan komen atau jawab dalam hati saja)

TAPI
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

Apa pendapat sahabat pembaca sekalian kalau dapat tau @ melihat saudara seagama kita yang tak menutup aurat dengan sempurna??

dosa tetap dosa..
aurat itu bukan sekadar tutup kepala tapi menutup keseluruhan tubuh kecuali tapak tangan dan muka bagi wanita..


Peringatan buat diri MO dan sahabat-sahabat muslimah sekalian..

Ayuh sama-sama sebarkan peringatan ini..
Just copy paste pada blog masing-masing..
Dakwah kecil..

sumber idea : sini
sekian wassalam

8 Pesanan:

Pendekar Lebuh Raya said... [Reply]

Minda akhir zaman manusia sudah abaikan rasa takut kepada Allah. cintakan dunia takutkan mati. ini yang dikatakan rasulullah dulu, akan tibanya suatu masa manusia akan terkena eenyakit 'wahan'.

penyakit yang menjadikan umat manusia lalai dan terus lalai mengejar rus duniawi sehingga lupakan akhirat. nauzubillah~

azwa amani said... [Reply]

perasaan amani sangat sedih..amani tak bencikan mereka, tetapi amani benci akan perbuatan yg mereka lakukan....sesungguhnya kita adalah bersaudara dan saudara itu hendaklah saling ingat-mengingatkan...

H Y D E said... [Reply]

singgah sini. bagus la MO dengan peringatan cmni :)

fRaMe+LenSeS said... [Reply]

setuju.. hihihi.. kalau berminat nadh penah wat jugak entry sal menutup2 ni..

Outdated


sekadar perkongsian. ;)

Mr. Straw said... [Reply]

hummm..semua umat islam telah di didik dengan cara islam. Contoh ibu bapa dah bgtau awal bhwa pakai tudung tu wajib. Dosa kalau tak pakai! tapi orang sekarang. Agama merupakan panduan terakhir sekali. bukan yang pertama dirujuk.. semoga mereka2 itu kembali ke islam yang sebenar.. just pendapat aku yg daif lagi hina...

trigyy said... [Reply]

hihihihihi

NAMI said... [Reply]

mmg daif le pendapat syukri hassan tue.haha....pada ari ini mmg kita tidak nafikan bahawa Islam merupakan panduan yang tidak relevan zaman moden digunakan atas dasar menyekat kebebasan individu bagi mereka2 yg jahil lagi hina di sisi agama malah mereka ini dibaratkan seperti bangkai yang bernyawa tatkala hidup hanya berpandukan iblis semata-mata.


siapa yg patut dipersalahkan?adakah pemerintah, ibu bapa, rakan sebaya, media????
berbalik kepada fitrah alam.al quran diturunkan adalah bertujuan untuk memberi panduan kepada manusia hingga 'akhir zaman'.jd pokoknya, manusia itu harus mendalami isi al quran supaya mereka2 ini takut padaNya apabila ingin melakukan maksiat.sekian.

Woofer Storm said... [Reply]

peringatan yang berguna buat sy yang selalu alpa sis...ermmmm