Salam semua..
Berjumpa lagi di Laman MO (ada gaya pengacara TV tak???) heheh.. Ada la beberapa hari lepas, klik sana klik sini,terjumpa la satu blog nih. Ermmm.. Background menarik, tak sakit mata nak tengok. Isi pun menarik jugak. Yang paling MO tertarik pada entry Math + Agama = Style.
Blog apa? Blog Pengembara Senja (hairan gak kenapa la tuan blog ni nak pi mengembara senja-senja kan). Orang tua-tua kata time-time senja kena duk dalam rumah saja sebab syaitan banyak dok melewaq (berkeliaran). Nak tau sai apa, nanti kita tanya Tuan punya blog tu na. Katanya mula-mula nak jadi jurutera tapi tetiba termasuk maktab perguruan pulak, so, jadi cikgu@ustaz lah ye.
OK..OK… Kalau nak tau lebih banyak, pegi la melawat sendiri ke laman beliau. MO tertarik dengan formula yang diberikan mengenai ilmu dan amal. Selalu sangat kan kita dengar Ilmu dan Amal. Tapi apa yang penting sangat dan apa kaitan antara ilmu dan amal dalam kehidupan kita ni?
“Ilmu tanpa amal adalah gila dan pada masa yang sama, amalan tanpa ilmu merupakan suatu amalan yang tidak akan berlaku dan sia- sia” -Imam Ghazali-
Cuba tengok pengiraan di bawah.
Let x = amal, and y = ilmu
Formula : amal/ilmu = x/y
1) ada ilmu (y), dan amalkan (x).
(let x = 10 and y = 10)
x/y = 10/10
=1
2) ada ilmu (y), dan tak amalkan (x)
(let x = 0 and y = 10)
x/y = 0/10
=0
3) tak dak ilmu (y), dan amalkan (x)
(let x = 10 and y = 0)
x/y = 10/0
= Error
4) tak dak ilmu (y), dan tak amalkan (x)
(let x = 0 and y = 0)
x/y = 0/0
= Error
Kalau agak fening-fening nak faham, ambil sedikit masa untuk fahamkan. Okeh. MO pun mula-mula fening-fening jugak. Dah lama tinggal math ni.
Jadi, perkara yang merujuk kepada kata-kata imam Ghazali adalah pengiraan no.2 dan no.3.
2) "Ilmu tanpa amal adalah gila"
Contoh paling mudah, Si A ni ada lesen kereta dan ada kereta tapi dia tak pernah bawak kereta. Takut la konon. Dia beli kereta sebab dia tengok orang lain beli kereta. Tak ke membazir dan gila (membazir tu sahabat syaitan). Atau Si B ni berkenan dengan kereta Merc, so, dia pun beli la Merc tapi dia hanya simpan dalam garaj saja dan dia hanya naik Wira kalau nak pi mana-mana sebab sayang nak naik Merc (tak ke gila tu).Baik bagi hadiah kat MO Merc tu kan. Hehe. Rasulullah saw pernah bersabda yang bermaksud: "Orang yang berat menanggung seksa pada hari kiamat ialah orang yang berilmu, namun tidak mendapat manfaat daripada ilmunya itu". So, kita ni kalau ada ilmu kena la amalkan dan kongsi-kongsikan dengan orang lain. MO ingat lagi pesan Ustaz MO, orang yang kedekut ilmu ni dah dicop untuk ke neraka. Nauzubillah.
3) "Amalan tanpa ilmu merupakan suatu amalan yang tidak akan berlaku dan sia- sia."
Merujuk kembali pada kiraan yang telah dibuat, saintis mendapati bahawa hasil pembahagian antara dua unsur iaitu x dan y dalam rumus ketiga di atas adalah disahkan benar dan sahih. Jadi, benarlah kata Imam Ghazali bahawa seseorang yang melakukan sesuatu amalan tanpa diketahui dari mana datangnya amalan itu (taklid) adalah sesuatu perbuatan yang sia-sia. Kadang-kadang ilmu tu betul tapi kalau amalan yang tidak berpandukan ilmu yang betul, salah la jadinya.
p/s :
Sama-sama la kita mempertingkatkan ilmu yang ada di dunia ni. Ilmu Allah ni luas. Pilih la mana yang berkenan asalkan bermanfaat.
MO tertarik dengan kata-kata Pengembara Senja yang memakai nama Cahaya Senja iaitu sesekali belajar ilmu untuk mencuri bukan untuk mengajar kita jadi pencuri, tapi untuk mencegah kecurian. Sebabnya hanya pencuri yang tahu apa yang boleh menghalang mereka daripada mencuri. Aha, betul jugak kan. Jom sama-sama belajar ilmu mencuri..heheheh... Berhati-hati dengan pencuri dan peragut.
Sumber asal :
Pejuang Senja (TQ ya Ustaz Akmal), semoga semua beroleh manfaat daripada perkongsian ini.
p/s : saya dah minta izin sebelum copy isi dan hurai menggunakan ayat saya sendiri..
terima kasih kerana membaca
p/s : saya dah minta izin sebelum copy isi dan hurai menggunakan ayat saya sendiri..
terima kasih kerana membaca
Sekian Wassalam.
17 Pesanan:
setuju sgt2....
tahniah dan terima kasih (^_^)
wah... sedap hati baca entri ni. Thanx share ilmu yang bermanfaat
ayuni :
terima kasih.. credit to ustaz kamal a.k.a cahaya senja
cahaya senja :
sama-sama... credit to ustaz sebab formula ni..
cikgu Gn2Merah :
terima kasih sebab sudi baca
Terima Kasih..
http://aye-na.blogspot.com/
macam terbalik jer formula 1 ngan 2..
ape2 pon pengisian yg baik..
kyo_9 :
aha, terbalik..heheh.. dah lama tinggal math, tak perasan.. terima kasih, saya dah betulkan..
assalmualaikum ..
ayie ambik math lah kak, macam terasa shja pulak, tpi minor sbjek fizik @ pendidikan jasmani .. sebab belom pilih lagi .. nice entry dan suka formula tu .. haha boleh diguna pakai dalam exam .. hehehe
salam,
menarik betul formula yg dikongsikan...mula2 pening juga...almaklumlah...lama dah tinggal2 formula2 ni...hehe
ilmu tanpa amal mmg bahaya...amal tanpa ilmu juga bahaya...
terima kasih MO atas perkongsian ini..cukup terbaik!
@azrinrahim:
heheh.. cikgu math eh nanti..hihih.. boleh je guna pakai..dunia ni realistik so boleh relate dengan segala benda.. nanti akak cari formula kimia pulak ok..hehe
@hafizmd:
terima kasih kerana membaca dan singgah di laman MO...
Salam ziarah MO, bolehkah MO sertakan sekali link blog Pengembar Senja. Kalu boley kat shoutbox blog saya ke...heeee...(ngade2)
Saya sgt2 suka ngn n3 ni. Terima kasih atas perkongsian.
Saya folo MO yer, hehehehe...
ade masa singgahlah blog saya. Tq.
raudah :
kan link ada kat situ..klik je kat pengembara senja tu.. heheh
bagus..... banyak kan kaitan ilmu2 sains ni dengan agama, cuma kita lah yg kena cari kaitannya. good sharing..
Jannah : terima kasih jannah.. akan menyusul kaitan agama dan sains pula, isnyaALAH
wahh..terbaik la kamu. nadh suka..;) ilmu tanpa amal perkara sia2.. ;) nice one. maceh kerana berkongsi.. ;)
xsuka matt la..skit pala tp bila exam angah da C hehhehe dlm xsuka 2..hahah
wah..btoi gak kan formula ni..hehehehe
Post a Comment