APA PULA KAITAN SAINS DENGAN AGAMA

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Lama rasanya tidak menjengok ke Laman MO ni kan. Tak mengapa, masing-masing ada tanggungjawab dan masing-masing ada komitmen. MO juga begitu, masa yang hanya 24 jam tidak lebih tidak kurang harus digunakan sebaik mungkin, jangan sampaikan lalai hanya kerana berblog saja kan .Rugi-rugi. Masa boleh hilang berkat tau. Huhuhu..Klik sini untuk membaca.  terbebel pulak. Hehehe. Ok. Dalam perkongsian terdahulu MO pernah kongsikan pasal Apa kaitan Math dengan Agama (klik untuk membaca), kali ni MO nak kongsikan kaitan Sains dengan Agama pulak. Sebelum tu suka untuk MO ucapkan selamat tahun baru buat semua.


Kalau Kaitan Math dan Agama membahaskan mengenai Ilmu dan Amal tetapi kaitan Sains dan Agama pula membahaskan mengenai kata kunci TAHU, MAHU dan MAMPU. Ketiga-tiganya ada kaitan, namun apa kaitannya??? Jom baca sampai habis kalau nak tahu kaitannya.


Dalam dunia hari ini, berapa ramaikah daripada kita yang mempunyai ilmu pengetahuan dan menggunakan ilmu itu dengan sebaiknya? Adakah dengan kemahuan untuk mendalami ilmu akan menjadikan sesorang itu berupaya untuk melakukan perubahan dalam dirinya? Bila dah sebut sains mesti taklari dari eksperimen kan. SO, apa tunggu lagi? Jom kita bereksperimen.


Andaikan bahawa

1) Ilmu Pengetahuan = TAHU
2) Kemahuan = MAHU
3) Perubahan = MAMPU


EKSPERIMEN 1

Pembolehubah:
a) Pembolehubah malar: TAHU
b) Pembolehubah manipulasi: MAHU
c) Pembolehubah bergerakbalas: MAMPU


Hipotesis:
a) Seseorang yang tidak mahu menggunakan pengetahuannya, tidak mampu untuk berubah.
b) Seseorang yang mahu menggunakan pengetahuannya, mampu melakukan perubahan.
c) Seseorang yang mempunyai kemahuan yang tinggi untuk menggunakan pengetahuannya, mempunyai kemampuan yang tinggi untuk berubah.



Prosedur:
1) Diberi TAHU adalah bernilai 10.
2) MAHU yang diuji adalah bernilai (0 =tak mahu, 10= mahu dan 100 = sangat mahu)
3) Gunakan formula: MAHU/TAHU = MAMPU


Eksperimen:

i) Tahu (10) tapi tak mahu (0)
0/10 = 0


ii) Tahu (10) dan mahu (10)
10/10 = 1


iii) Tahu (10) dan sangat mahu (100)
100/10 = 10


Keputusan:

i) Orang yang tak mahu berubah, takkan mampu untuk berubah, meskipun mempunyai pengetahuan agama yang secukupnya.
ii) Orang yang mahu berubah, mampu untuk berubah dengan adanya pengetahuan dalam dirinya.
iii)Orang yang sangat ingin untuk berubah, mampu untuk melakukan perubahan yang besar meskipun pengetahuan yang dimilikinya itu amatlah sedikit sekali.

Hipotesis disahkan.

EKSPERIMEN 2
 
Dalam satu eksperimen yang berasingan, seorang pelajar telah diberi nilai TAHU = 0 iaitu bersamaan dengan TIADA PENGETAHUAN. Pelajar ini mendapati bahawa setelah eksperimen dengan menggunakan ketiga-tiga nilai MAHU (0,10,100) dijalankan, hasil bagi ketiga-tiga eksperimen itu adalah ERROR. Hal ini bermakna, setinggi mana pun kemahuan seseorang itu untuk berubah, dia tidak akan berjaya tanpa adanya ilmu pengetahuan.

PERHATIAN!!!
1) Eksperimen ini dilakukan dengan bersumberkan akal semata-mata tanpa disertakan mana-mana dalil naqli dan hujah para ulama, mahupun saintis.
2) Anda dinasihatkan untuk menggunakan pertimbangan akal yang waras bagi menerima segala keputusan dalam eksperimen ini.
3) Segala penambahbaikkan, kritikan, perbincangan mahupun perbahasan mengenai topik ini amatlah dialu-alukan.

Sumber asal boleh dirujuk di sini.

Semoga memperoleh manfaat. Terima kasih.


1 Pesanan:

Effi Rahmat said... [Reply]

huhu.. pening!!!.. susah ler cikgu nyer experiment.. tapi sy ada conclusion... tapi pasti betul tak... kalau ikut sy.. bergantung pada kita yang menentukan.. kalau dah asik mahu.. dan bukan sangat mahu.. pasti ada beza pada hasilnya.. tapi kalau sentiasa tak mahu... nilailah diri sbb hasilnya mmg akan 0.. huhu..