BILA DI AJAK KE KELAB MALAM

Assalamualaikum semua. Tengah buat apa tu? Apa? Tengah Terkejut MO ajak pi kelab malam??? Ish, jangan salah faham bila baca tajuk di atas. Bukan MO yang ajak pi kelab malam tapi Ah King Kong yang ajak. Sapa Ah King Kong? Entah, MO pun tak kenal. Tapi kalau nak tahu sapa Ah King Kong kena baca sampai habis k. Layanzzzz…

“Jom clubbing malam ni. Kita gi minum-minum jer,” kata Ah King Kong kepada Asmadol.

Tak mau la, aku mana boleh. Kau tak pe la,” balas Asmadol menolak perlawaan Ah King Kong. Sebagai muslim, dia tidak mahu terjerumus ke lembah hina. Di Kelab malam, macam-macam jenis syaitan bertopengkan manusia ada. Ada yang bertanduk, yang tak bertanduk pun ada juga.

Ala kita bukan minum arak. Kita minum coke je, jom la,” Ah King Kong masih tidak berputus asa mengajak seorang umat Muhammad ke tempat jin menari.

“Ermmm. Aku tak beranilah. Nanti mak aku marah. Lagipun aku mana penah pergi kelab malam ni,” kata Asmadol mahu melepaskan diri.

“Ala, sape nak bagitau mak kau. Mak kau mana tahu kalau kau sendiri tak bagitahu. Lagipun malam ni aku dah janji dengan kawan. Tak bestlah kalau aku pergi sorang, diorang datang berdua takkan aku nak datang seorang saja” Ah King Kong memasukkan jarum karatnya.

“Ermmm. Ok. Tapi kena janji tak minum arak ok,” balas Asmadol mempersetujui ajakan Ah King Kong dengan bersyarat.

Itu hanyalah perbualan rekaan MO saja. Tapi sering berlaku dalam dunia akhir zaman ni. Non Muslim (Yahudi) tak jemu-jemu nak memasang perangkap untuk kita, namun kita masih belum sedar dan masih mudah terpengaruh.

Apakah hukumnya masuk ke kelab malam? Hukumnya tidak berdosa jika di dalam kelab malam yang kosong (maksudnya hanya signboard kelab malam) tapi mana ada kelab malam macam tu, tapi kalau kelab malam yang baru nak beroperasi mungkin tapi selalunya signboard akan dipasang paling akhir. Hukumnya haram dan berdosa. Ya, haram dan berdosa walaupun tidak minum arak. Tapi cawan yang digunakan itu keberangkalian untuk digunakan untuk air-air lain (arak) adalah 90 %. Rajin ke diorang nak buat cawan asing-asing ni? Ermmm.. sendiri mau ingatlah. Nauzubillah.

Ermmmm, kalau dah namanya kelab malam mesti ada perempuan-perempuan miskin dan lelaki-lelaki kaya yang tak cukup akal. Kenapa MO kata dekat kelab malam ada ramai perempuan-perempuan miskin dan lelaki-lelaki kaya yang tak cukup akal? Haaaaaaa.. Laser kan MO ni?? Maaflah kalau ada yang terasa. MO cakap hakikat je. Nanti ada pulak yang cakap, kubur masing-masing lah yang kau sibuk sangat apesal?? Haihhh, memanglah kubur asing-asing tapi nanti sapa yang nak gali kubur, nak mandikan jenazah, nak solatkan jenazah? Jenazah tu sendiri ke? Kalo jenazah tu boleh buat sendiri mau bertempiaran orang kampung lari. MO tak terkecuali akan lari. Huhuhu. Lagipun kalau kubur sekali boleh jugak la nak tolong-menolong di alam kubur, tapi kalau dah asing-asing korang duduk lah diam-diam dalam tu. Kata-kata ini lebih berupa peringatan kepada diri MO sendiri.

Kembali kepada topik perempuan miskin dan lelaki kaya tak cukup akal. Perempuan-perempuan miskin tu tak cukup duit nak beli kain lebih buat baju. Kalau diorang ni kaya pun mungkin kedekut agaknya. Tapi sepasang pakaian yang menutup seluruh tubuh takdelah mahal pun. Harga mampu belilah. Ermmm.. Lelaki-lelaki kaya yang tak cukup akal pulak sebab pi habiskan duit dekat perempuan-perempuan miskin tadi (sugar daddy). Pahala atau dosa tu hak Allah jadi MO taknaklah ulas pasal tu. Cumanya kalau duit tu disalurkan ke baitulmal ke ada jugak baiknya. Saham akhirat tu.

Bunyi bising (lagu), masyaAllah membingitkan telinga. Macam mana MO tahu? Opsss. MO pernah masuk ke??? Ish, Ish, Ish, MO mana pernah masuk la, cuma dengar orang cakap saja. Tapi cakap yang boleh dipercayai. Ayah kepada member MO ni polis bahagian narkotik jadi ada satu ketika tu ayah dia ikut serta dalam serbuan di kelab malam. Nak tangkap pusher (pengedar dadah) la. Ayah dia la kata bisingnya sampai macam nak pekak telinga, patutla diorang amik estacy sebabnya untuk khayal dan tak bingit telinga.

Masuk ke tempat jin menari ni mengundang padah. Malaikat di sebelah kiri dah sedia dengan buku catatan manakala malaikat di sebelah kanan pula hanya duduk bersenang-senang. Nasib tak baik, polis buat serbuan, bermalam la dalam lokap. Hohohohoho…

Sebagai renungan bersama. Jauhilah perkara-perkara mazmumah dan perkara-perkara yang boleh menyebabkan malaikat di sebelah kanan berehat panjang. Kita kena bagi malaikat di sebelah kanan ni buat kerja banyak sikit catat amal kebaikan dan malaikat sebelah kiri duduk bersenang-senang. Nasihat untuk diri MO dan juga teman-teman lain yang membaca.

Sekian, InsyaAllah jumpa lagi. Wassalam


8 Pesanan:

Ujang9897 said... [Reply]

mintak2 la takder keturunan yang pergi club nie

Anonymous said... [Reply]

nice post..... :)-

Mohamadazhan.com said... [Reply]

ah king kong, hehe, sempoi nama tu MO. ilham dari mana la tu.

Yahudi dan Nsrani tidak akan senang dengan Islam sehingga kita yang terus menurut mereka. Akhir zaman, umat islam akan terjerumus lembah yahudi hingga lubang cacing.

Muslimah Optimis said... [Reply]

Ujang9897 : insyaAllah

tenangsudey : tq

Mohamadazhan hjDesa : heheh.. nak letak nama chinese boy, selalu kan ada ah kan depan... tapi xberani nak letak nama diorag jz letak ah king kong la (lebih kurang je dengarnya kan)... hehe

shahjiehan said... [Reply]

penah gak teringin nak g sana, tp rumate yang kaki clubbing x kasi pegi... die ckp SJ x bleh pegi...huhu..syukur x p...

Muslimah Optimis said... [Reply]

SJ : alhamdulillah... buang perasaan nak mencuba ke situ.. eheheh.. SJ ni budak baik la tu, dia kat SJ tak sesuai nak ikut dia.. heheh...

CIK TOM said... [Reply]

menarik!

Kira Sakura said... [Reply]

ade kawan tue ajak gi tandop, gi kelab.. terus kte xmo... kira x minat bnde2 cm tue... Alhamdulilah masih diperlihara Allah...