Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
"Busuklah Mulut Kau, buat aku nak Muntah," kata Sabarudin kepada Ahmad Samdol.
"Apesal kau nak muntah pulak, aku gosok gigi hari-hari okeh, setiap kali sebelum solat aku gosok gigi," kata Ahmad Samdol kepada Sabarudin.
"Dol, kau solat 5 kali sehari semalam kan," tanya Sabarudin kepada Ahmad Dodol"
"Hello, common la Rud. Solat tu wajib okeh, aku muslim mestilah aku solat," Balas Ahmad Samdol dengan muka yang tak tau nak digambarkan macam mana.
"Ermmmm.. Solat tapi minum air kencing syaitan, macam mana tu. Boleh kau jelaskan kat aku," bidas Sabarudin.
"Errr..." Ahmad Samdol terdiam tak terkata apa.
Mungkin ada sahabat pembaca yang berhadapan dengan situasi macam ni kan. Kalau yang pegi Kelab Malam tu wallahualam nak cakap diorang "teguk" atau tak? Ermmm. Kalau dah selalu pergi, asik kena hidang je, kena pujuk-pujuk sikit agak-agak korang Iman tu kuat lagi tak?
MO pernah ada junior yang buat pengakuan pernah "minum", wallahualam nak percaya atau tak. Budak tu baru pindah ke sekolah MO dulu, masa tu MO Form 5 dia Form 4. Katanya dia dari KL dan dipindahkan ke sekolah MO sebab mak ayah dia hantaq dia duduk dengan nenek dia kat kampung MO. Dia sorang je budak yang free hair kat sekolah tu masa dia baru pindah tu, kalau pakai tudung pon masa masuk kelas Pendidikan Islam je lepas kena tegur dengan Ustazah. Sekarang ni tak tau apa dah jadi dengan dia. Jika dia pernah tersalah jalan semoga dia dah kembali ke pangkal jalan.
Baiklah berbalik kepada perbualan antara Sabarudin dan Ahmad Samdol tadi, korang agak solat si Samdol diterima atau tidak? Ya, siapa kita nak buat penilaian solat Samdol diterima atau tidak kan. Tapi jangan lupa ada jenis manusia yang solatnya tak diterima oleh Allah.
Rasulullah bersabda, 10 orang yang solatnya tak diterima oleh Allah swt adalah :-
1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.
2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.
3. Orang lelaki yang minum arak tanpa meninggalkannya (taubat).
4. Orang lelaki yang menjadi imam padahal orang yang menjadi makmum membencinya.
5. Anak lelaki yang melarikan diri dari rumah tanpa izin kedua ibu bapanya.
6. Orang perempuan yang suaminya marah/menegur kepadanya lalu si isteri memberontak.
7. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim serta menganiaya.
8. Orang perempuan yang tidak menutup aurat.
9. Orang yang suka makan riba.
10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar.OJ, cuba tengok point yang ketiga. Ini sabda Rasulullah bukan MO yang kata. Apa faedah minum arak ni? Berdasarkan kajian yang MO lakukan (ecewahh, kajian konon)
Pertama, Minum arak ni memabukkan (menyusahkan diri sendiri). Habeh, dah mabuk-mabuk jalan terhuyung-hayang lepas tu jatuh dah kena ada orang tolong angkat pulak. Tu kalau jatuh je tak pe, kalau takde orang angkat tido je kat tengah jalan. Tapi kalau dah bawak kereta pulak, langgar orang, mati anak orang tu macam mana? Tak pasal-pasal kena saman pulak kan. Sebab memandu dalam keadaan mabuk.
Kedua, mulut busuk. (Uwekkkkk, nak muntah). MO belum pernah bau la. Tapi MO teringin nak tau bau dia macam mana busuk cuma tak teringin nak bau lah. Geli seh.. Tapi kawan MO kata 1st time dia terbau mulut peminum-peminum ni dia nak muntah, busuknya lebih busuk dari bau longkang atau sampah. Ni bukan MO cakap tapi salah seorang pekerja 7E yang terpaksa melayan pelanggan yang "minum", tapi sekarang ni dia pon tengah nak cari kerja lain, tak sanggup nak bersubahat. Tak percaya baca ni :-
klik untuk tumbersaran.
Ketiga,dan seterusnya korang fikirlah sendiri. Takdak pekdahnya pon. Menyusahkan diri sendiri.
Hukum minum arak ni adalah dosa kerana arak ni HARAM di sisi Islam. Minum banyak ke, minum sikit ke tetap haram dan berdosa. Dosa besar tahu, bukan kata minum sikit dosa kecil, minum banyak dosa besar. Kita kena ingat bahawa ARAK itu adalah Ibu kepada kejahatan (Hadis Hasan).
Hukuman pagi peminum arak adalah SEBAT sebanyak 40 kali. Kalau kena 40 kali sebatan, mau terlerai isi punggung tu, koyak. Tak boleh duduk setahun gamaknya.
Untuk mengetahui mengenai penjelasan yang lebih terperinci mengenai Hukum Meminum Arak boleh rujuk di sini. InsyaAllah lengkap.
Terhasilnya entry ini daripada soal jawab di FB (Group Generasi Pencetus Revolusi) mengenai bagaimana nak menghalang muslim daripada membeli arak di 7E (Yang bertanya tu adalah cashier). Cadangan MO, buat satu pamplet dan selitkan dalam plastik beg orang yang beli arak tu. Dia kata bila dia tegur, Beer hanya dijual kepada bukan muslim dan si pembeli tadi kata "Ala, buat-buat tak nampak dah la dik". Huhhhhhhhh. Dah tau minuman tu busuk lagi mau minum ka??? Eeeeeeeeeee...
MO kata : Jauhkan diri anda dari ARAK kerana Arak boleh membunuh. Dan satu info lagi alkohol boleh buat mandul. :-)
Dari sudut agama pula, setitis arak yang diteguk menyebabkan 40 hari amalam kita tidak diterima, tapi cuba bayangkan dalam sebotol arak atau setin arak itu ada berapa juta titisan?? Kiralah sendiri..
Sekian Wassalam.
11 Pesanan:
K.A , point nombor 1 tu. "Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu" maknanya apa? solat tak baca apa-apa kah?
latest : Kenapa Islam Sering Dipersalahkan?
y tak dterima solatnya tu mcm berminat
tp mls buat entry
Bau arak tu cam masam2 sket...Ada bau macam orang muntah sket...Penah hidu time nak masok bilik karaoke...Pelanggan sebelum tu karaoke sambil minum, kami yg terseksa
aduyai..apa nak jadi lah..bukan arak je..lau org isap rokok pn bau mulut dorg..mak ai..xthn kot..haha..
well...tu la hakikatnye yg mereka2 yg minum arak ni semue xnk trme....bukan xnk trme kot...tp sbb ht dh gelap..semuenye dh xnmpk..yg susahnye...org lain...
*seriously...mmg busuk...bau arak dgn bau mulut peminum arak 2bnde yg berbeza...bau mulut peminum arak mmg busuk teramat2....*
ramai member2 aku minum, dan sumpah bau dia meloyakan masam.
bau dalam kelab malam memang sangat busuk dengan arak dia. aku rasa kalau lepas main bola masuk situ peluh2 pun orang tak kesa. bau arak lagi busuk.
arak tu ibu maksiat..
teringat waktu KH sekolah dulu, selalu kitorang tgk org bkn Islam mabuk dr surau..ustaz pun berhenti gak mengaji dan intai dr tingkap sebab suara org mabuk tu mengganggu ketenteraman. siap ada yang terbaring tengah2 jalan..yg langgar pagar asrama pun ada..huhu
Assalamualaikum.
adoyai macam2.pc nak tahu jugak bau arak tu macam mana,tapi bila ada orang cakap busuk sangat rasa macam tak sanggupla pulak.huhu.pc ada kenalan y mengaku mnum bnda tu tapi xtaula btol ke x.kalau betol pc doakan mereka cepat2 bertaubat sebelum terlambat.nauzubillah.
kawan saye skola rendah da minum da...die kate sedap macam redbull tapi lagi pekat...erk..*sedey..
Salam. pernah dgr tak cerita ttg kisah 3 perkara, arak .. zina dan membunuh kalau tak salah saya, antara ketiganya .. araklah yang paling bahaya antara dosa besar ini, kerana arak penyebab ketiga dua perkara lain ini berlaku,
Terima kasih.
Post a Comment