Lelaki Tutup Aurat, Perempuan Dedah Aurat.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 

Tutup aurat ni wajib dan dituntut. NO excuse. Bukan hak individu untuk memilih, tiada pilihan lain melainkan tuntutan Allah swt...

Allah berfirman yang bermaksud: 
“Dan hendaklah mereka (wanita) menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka.” (Surah al-Nur, ayat 31)
Tutup aurat ni bukan setakat pakai tudung yang menutup rambut saja.
Firman Allah lagi yang bermaksud: 
“Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (ketika mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Surah al-Ahzab, ayat 59).

Kalau mahu menghuraikan bab aurat ini sangatlah panjang. Cuma pandangan MO, bagi sahabat-sahabat di luar sana yang masih belum cukup menutup aurat (MO kata macam ni bukanlah bermakna MO terlalu baik, tapi insyaAllah aurat terjaga), insaflah. Mulalah berubah sekarang. Allah adalah Maha Pengampun dan Maha Penyayang seperti di dalam ayat di atas.

Aurat lelaki adalah dari pusat ke lutut tapi aurat perempuan seluruh badan kecuali muka dan tangan (kena pakai baju longgar-longgar ye). Tidak salah untuk berfesyen namun berpada-padalah jangan terlalu melampau (tabaruj pulak nanti). 

Cuba kita lihat dan perhatikan zaman sekarang ni (seluruh dunia), kaum lelaki menutup aurat habis nampak tangan dan kepala je (of cos la lelaki tak pakai tudung) tapi kaum perempuan pulak dedah sana dedah sini. Kalau masa ada function lagilah extrim, ntah apa-apa fesyen. Tengok dalam TV sudah lah. Ni Mama MO yang tegur masa tengok telenovela. Betul kan, lelaki dengan tuxido dan neck tie, slack, yang perempuan pulak pakai skirt pendek. 
Tak rasa malu ke pakai dedah-dedah ni?? Kalau MO serius malu. Adik MO sendiri masa umur 5 tahun pon malu nak pakai baju tak dak lengan, even masa tu dia belum pakai tudunglah. Bila ditanya kenapa taknak pakai, dia jawab "nampak ketiak, malu". Budak 5 tahun pun malu, inikan pulak kakak budak, mak budak. hurmmm.. 

Kadang-kadang mereka tahu tapi buat-buat tak tahu. Sebagai muslim, kita takkan nak kejar pahala sendiri kan, sebab tu kena saling tegur-menegur dan tolong-menolong. Kalau kita tak tegur nak ke nanti di Padang masyar, kawan kita tu mai tuntut hutang sebab kita tak tegur dia di dunia. Tentulah kita tak nak kan.

Perempuan ini makhluk istimewa (lelaki pun istimewa juga). Jangan persiakan diri kita di dalam negeri persinggahan ini sebelum kita kembali ke kampung halaman kita yakni di akhirat kelak.

Takkanlah kita nak jadi mayat yang hina. Bertaubatlah sebelum terlambat (pesanan untuk diri MO dan sahabat-sahabat di luar sana). Sesungguhnya Allah Maha Menerima Taubat.

sini ada satu entry hot pasal budak tak tutup aurat..

Kata MO : Hidup hanya sekali dan jadikan ia di jalan Allah.. :-)

11 Pesanan:

JIJI YU said... [Reply]

bab aurat pompuan le paling susah nak tegur..

Mohamadazhan.com said... [Reply]

Salam MO, setuju...fesyen sekarang terlampau dedah sana sini...yang peminat ikut membuta tuli...adoi...harap ramadhan mampu berikan sinar baru =)

fRaMe+LenSeS said... [Reply]

takut memikirkan. T.T

Hang Leo said... [Reply]

habis doh sesat belake lening...ramai lebih pentingkan fesyen dai agama..yahudi bertepuk tgn tengok umat islam duk tiru gaya mereka...

Qaseh dalia adelia said... [Reply]

mak qaseh pun salu bebel bila tgk tb .. yg gurl kain sekerat lutut, laki suar pjg ..

Encik JI said... [Reply]

memang xkn habis brcakap sal aurat. huhu

berat sgt kot hal ni nk diikut

nelly said... [Reply]

tak kira lelaki atau perempuan ..sama-samalah jaga aurat ~

cucu umie said... [Reply]

aurat perempuan memang bnyk tpy ayie suka tgok budak2 kecik yg kecik2 sudah thu malu..adik ayie yg dua thun pon xnk pkai suar pendek..nak pkai suar pnjng shje..

zezolla_atin said... [Reply]

betol . sama-sama jaga aurat baik laki mahupun pompuan .

tomatokering :) said... [Reply]

sy pn tak cukup sempurna .. insyaallah makin besar ni makin dtg keinsafan tu .. :)

MO penah tak tgk pasal IFF ? mcm mghina islam je .. fesyen kate islamic tpi masyaallah ....

aimaniman said... [Reply]

ye lee.. susah nak komen sbb takut terasa,.. susah nak senyap sebab takut berdosa jugak.. so kita ni tersepit je ar...