BILA TERPAKSA DAN MEMAKSA

Assalamualaikum
Terpaksa dan memaksa, macam tragis je bunyinya kan.. hehe.. Semalam sebelum berangkat ke alam  mimpi tetiba terfikir pasal terpaksa dan memaksa ni. Luas maksudnya. Macam-macam peristiwa yang berlaku ekoran daripada terpaksa dan memaksa ini.

Contoh pertama, kes rogol. Adakah mangsa rogol itu dengan rela hati atau secara terpaksa dia kehilangan mahkota dirinya. Bukan rambut saja mahkota wanita – yeke rambut tu mahkota wanita? Iya la kot sebab tu banyak saloon yang wujud, dah tu kalo ada majlis-majlis macam AJL ke apa-apa majlis lain ler (AJL je yang tahu pun) ramai manusia yang hadir dengan pelbagai jenis gaya rambut. Kadang-kadang sampai senget kepala-kepala nak bawak rambut tu (diorang tak ingat kut, nanti rambut yang cantik tu akan digantung, ditarik di dalam neraka Allah. Nauzubillah). Eh, bercakap pasal rambut pula. 

Baiklah, kita focus kepada kes rogol yang mana mangsa terpaksa merelakan diri dan perogol (perog) pula memaksa mangsa. Mungkin banyak kes yang berlaku dalam dunia zaman kini kerana pengaruh nafsu serakah yang tak dapat dibendung. Yang si mangsa pula, tak tahu ilmu bela diri, so nak selamatkan diri macam mana? Masa tu hanya mampu berdoa sajalah. Yang menghairankan pula ramai mangsa rogol adalah muslim (daripada pembacaan sebelum ni). Kenapa ya? Sebab mangsa pakai ‘sekse-sekse’ sangat ke? Ermmm, tapi ada je mangsa yang pakai tutup habis. Perkara ini pernah menjadi isu hangat perbincangan dalam kelas. Dalam kes ini, siapa yang bersalah?? Pemangsa (perog) atau mangsa rogol.

Tok Guru Mira pernah cakap, dengan perog ni kita tak boleh ganas-ganas dengan mereka. Ganas-ganas tu maksudnya melawan. Kita ikut saja kemahuan mereka. Contoh yang diberi, cakap la “Lain kali la bang. Tak best la kat sini”, bila perog tu termakan pujuk rayu tu, apa lagi tolak dia atau tendang ke apa ke lari la minta bantuan. Waalahualam berkesan atau tak. Tambah beliau lagi, Kalau mangsa menangis lagi la perog tu suka nak buat jahat tu (syaitan pula dok bertepuk sorak gembira). Buat Muslimah di luar sana, hati-hati semasa berada di jalanan. Jangan terlalu mempercayai orang. Belajarlah ilmu bela diri sama ada Silat ke, taekwando ke, karate ke atau apa-apa jenis ilmu bela diri yang lain.

Contoh Kedua, kes rompakan. Tapi maybe ada orang kata si perompak tu ada pilihan lain selain merompak kan?? Fokus utama bukan perompak tetapi orang yang dirompak. Orang yang dirompak ni terpaksa menyerahkan segala harta benda (iyolah kan dah pistol dekat kepala ada bran lagi ka?) Mungkin ada sesetengah orang akan berkata “takpa ambillah harta aku, asalkan aku dan keluarga aku selamat,” dan mungkin juga ada yang menambah “ALLAH akan berikan sesuatu yang lebih baik buat aku dan keluargaku,” Tapi berapa ramai yang redho bila hartanya dirompak??? Cuba Tanya diri kita sendiri, tak payah la fikir kita dirompak cuma bayangkan duit kita tercicir kat mana-mana sudahla. Apa yang kita rasa masa tu? Wallahualam.
p/s : ada bran = ada berani (bahasa slenge).

Contoh ketiga… Bila pelajar terpaksa belajar untuk lulus exam dan bila guru terpaksa mengajar untuk memastikan pelajarnya lulus cemerlang. Lulus exam dengan cemerlang tu bermakna dah cemerlang dalam hidup ke? Belum tentu. Mira masih ingat semasa menjalan kajian mengenai pelajar genius dan superior (semasa berada di tahun kedua), kami perlu menemubual ibu bapa dan guru-guru kepada anak-anak genius atau superior ini. Mana nak dapat anak-anak genius (susah nak cari la budak macam Adi Putra tu), so Mira jalankan kajian ini ke atas anak-anak superior (yang selalu dapat highest mark dalam exam). Mira ke sebuah rumah (setelah dimaklumkan oleh guru pelajar terbabit). Penerimaan yang baik. Ayah si pelajar superior (Mimi-bukan nama sebenar) merupakan seorang pengurus di salah sebuah syarikat. Ibunya (ibu tiri) hanyalah suri rumah sepenuh masa (walaupun ada master).

Ikuti sedikit perbualan Mira dengan Kak Ti (bukan nama sebenar). Sesi perbualan lebih kurang la sebab dah dua tahu berlalu, tapi maksudnya masih sama.

Mira  tanya “Tak rugi ke kak belajar tinggi-tinggi tapi jadi suri rumah je?”
Kak Ti jawab “Belajar tinggi mana pun kalau ALLAH tak redha tak guna dik,” MO terkedu seketika. Akak jadi suri rumah bukan duduk saja (walaupun ada pembantu rumah) tapi akak pastikan anak-anak akak dapat kasih sayang dan ilmu yang berguna,”

Kak Ti juga adalah cerita sikit bagaimana hubungan dia dengan si suami bermula tapi tak payah la diceritakan di sini panjang pula ceritanya nanti. Hehe. Tapi sangat romantic memandangkan Kak Ti belum pernah bercinta sebelum ni (yela asyik belajar saja kejanya, dah abis belajar kerja pula sehinggalah dia berkahwin dengan suaminya dan menjadi suri rumah). Hehe. 


 Ini pelajar-pelajar MO semasa praktikal dulu. Mereka ni pelajar-pelajar istimewa yang tidak boleh disisihkan. Mereka juga punya perasaan macam kita?? Rindu mereka semua..

Jadi dalam kes pelajar terpaksa belajar dan guru memaksa pelajar belajar atau guru sendiri yang rasa terpaksa mengajar tak boleh wujud. Sebabnya kita melakukan sesuatu kerana apa? Jika kerana ALLAH haruslah diniatkan supaya segala ilmu yang diajar dan segala ilmu yang dipelajari itu merupakan ibadah dan InsyaALLAH akan membawa kesenangan kepada kita. (macam tak ada kaitan dengan kisah Kak Ti tu, tapi ada maksud yang cuba nak disampaikan. Cuba fahami dan hayati)

  
Ya mereka bukan pelajar-pelajar superior namun mereka mempunyai hati yang bersih dan sangat menghormati guru.

Contoh keempat, U Follow Me, I’ll Follow U back…Apa kaitan dengan terpaksa dan memaksa pulak ni? Hobi terkini Mira adalah ‘jalan-jalan’ singgah dari satu blog ke satu blog yang lain atau nama omputihnya blogwalking. Mula minat berjalan dari satu blog ke satu blog ni bila mencari bahan assignment. Selalu bila kita taip key word dekat search engine tu, antara bahan yang keluar dalam bentuk pdf, ppt atau juga penulisan di dalam blog. Dari situ Mira mula menjengah dari satu blog ke satu blog. Seronok pulak rasa baca penulisan orang lain ni tambah-tambah yang memberi info. Setakat luahan hati dan aktiviti seharian mereka Mira takdak la suka minat nak baca sangat tapi kadang-kadang baca juga kalau menarik.

Dah berjalan-jalan tu ternampak la ada beberapa blog yang menggunakan frasa U Follow Me, I’ll Follow U back. Perlu ke nak meramaikan follower sampai begitu sekali? Dulu masa baru buat blog Mira selalu juga follow blog lain yang Mira rasakan agak Islamik dan boleh memberi info tapi lama kelamaan, Mira sedar yang tak semua blog yang Mira follow tu Mira baca penulisan mereka. Kesian kan kalau follower ramai tapi hanya berapa kerat saja yang baca. Kadang-kadang bukan tak mau baca tapi disebabkan komitmen lain tak sempat nak usha blog orang lain. Bagi Mira kalau nak follow tu biarlah dari hati bukan sebab kita terpaksa follow orang supaya orang tu jadi follower blog kita pula. Tak kisahlah follower ramai atau tak asalkan ada yang membaca dan mengambil ibrah dari penulisan kita. Sekarang ni MO takdelah follow orang ikut suka hati je, setelah diteliliti beberapa lama daripada penulisan mereka barulah MO follow. Mungkin sebab sekarang dah semakin matang kot (iyeke, mungkin)..heheh

Ada banyak lagi contoh lain yang boleh diberikan mengenai terpaksa dan memaksa ni. Tapi sampai sini sajalah perkongsian Mira buat masa ni. InsyaALLAH lain masa kita berjumpa lagi.
p/s :
 jangan la ada yang terasa kerana Mira menulis apa yang Mira rasakan dari hati bukan kerana terpaksa menulis.

Buatlah sesuatu kerana IKHLAS kepada ALLAH swt.
BUKAN kerana TERPAKSA.
TERPAKSA MELAKUKAN adalah menipu diri sendiri.

 Sekian Wassalam

12 Pesanan:

Faris Al-Muhandisu said... [Reply]

kes 'I follow you, you follow me' ni sounds like kata PM masa P/Raya Sibu dulu. Haha

nak cari ilmu pun pilih2 la. bukan semua yang bermanfaat. Kerja kita banyak lagi dalam dunia. Penting untuk semua dai'e menjaga masanya. elakkanlah blog-blog picisan ni.

Muslimah Optimis said... [Reply]

Faris Al-Muhandisu : yep segala benda yang kita terima kena tapis dulu.. betul2, kerja kita banyak lagi dalam dunia ni macam Imam Hassa al Banna kata "Kewajipan yang menuntutmu adalah lebih banyak daripada masa yang kamu ada".. So hargailah masa... Blog ni hanya sekadar mengisi masa lapang (tambah2 student kan)...huhu

Hadi Rofiee said... [Reply]

Salam kenal MO.

Berkaitan mengajar, alhamdulillah saya pernah mengajar pelajar STAM. Namun tidak lama, sekitar lebih kurang 4 bulan sahaja.

Diakui, seronok dapat mengajar walaupun kadang2 ianya sedikit mencabar. Seronok bila ada anak murid. Bertambah seronoklah bila anak2 murid mengingati kita walaupun tidak semua. :-)

Setuju dengan ayat2 MO, niat mesti kerana Allah. Ya, bila ikhlas mahu mengajar, langkah menuju ke tempat mengajar terasa seperti dekat walaupun sebenarnya jauh. Itulah apa yang telah saya rasa. Entah mengapa. Alhamdulillah.

U follow me, i'll follow U back. Hehe. :-)) Menarik tu.

Salam kenalan.

Muslimah Optimis said... [Reply]

Hadi Rofiee : salam kenal cikgu hadi... seronok kan bila murid2 or pelajar panggil kita cikgu??

bila ikhlas mahu mengajar, langkah menuju ke tempat mengajar terasa seperti dekat walaupun sebenarnya jauh. Itulah apa yang telah saya rasa. Entah mengapa. Alhamdulillah.

sebabnya ALLAH dan memudahkan perjalanan kita. Allah dah janji kan, kalo kita mudahkan urusan orang lain maka urusan kita juga secara tak langsung akan jadi mudah.

tiada paksaan dalam folo memolo.. heheeh...

Anonymous said... [Reply]

salam..

dalam apa juga situasi..memaksa orang lain adalah perbuatan yg sangat salah...apatah lagi kalau melibatkan dengan kes2 jenayah spt rogol, rompak, peras ugut dan-lainya..

best entry ini....

# follow blog ini..

Muslimah Optimis said... [Reply]

sekamar rindu : terima kasih atas pujian tu. tapi pujian yang ebih besar hanya kepada ALLAH swt yang mengilhamkan untuk menuis begitu... alhamdulillah...

tq sebab folo sebab folo a dengan hati yang ikhlas bukan kerana terpaksa ya

Ameen Muslim said... [Reply]

salam kak. hurm... soal follow2 ni, saya sendiri pun pernah kecundang bila follower ramai, komentar kurang. lastly, saya dah tak fikir pasal follower and komentar. yang penting, niat kita menulis perlulah berasaskan keikhlasan semata2 kerana ALLAH. jzkk atas post ni, peringatan utk saya.

p/s: part wanita belajar tinggi2, then jadi suri tu, saya tertarik. kenapa? wallahu 'alam.

Muslimah Optimis said... [Reply]

terima kasih sebab membaca dik... ya ikhlas menulis.. isnyaALLAH, ada habuannya... wah, tertarik ya.. mesti nak suh zaujah ameen nanti jadi suri rumah saja kan..heheh....insyaALLAH akak tolong doakan.. amin

Hadi Rofiee said... [Reply]

Yup, rasa seronok bila dipanggil cikgu / ustaz, walaupun umur tak jauh bezanya, bahkan ada yang sama. :-))

Muslimah Optimis said... [Reply]

Hadi Rofiee :

Ustaz Hadi, umur seseorang tu bukan apa jika nak dibandingkan degan kefakihan seseorang...

boleh rujuk entri usia hanyalah sekadar angka.. terima kasih

Syed Hilmi Syed Yahya said... [Reply]

alhamdulillah,,,sekarang baru syed paham...kite kalau nk wt sesuatu 2 kene ikhlas,klau kite follow tp nk kn balasan org follow kite balik 2 maknye nye x ikhlas kn,,,hehe,,,thankz coz syed dh dpt ilmu baru ari nie,,,thankz angt...!!! nice to meet you...=)

cik ciput said... [Reply]

sy memang tak suka bila dipaksa...pantang bila dipaksa, mesti hati ni memberontak...sama la jugak bila ada org suruh follow balik blog diorg..kita bukannya taknak follow balik, cuma kdg2 rsa mcm tak berbaloi je nak follow balik..emm..

**maaf kalau terkasar bahasa...