KONSPIRASI YAHUDI DALAM EARTH HOUR...

Assalamualaikum..

  EARTH HOUR...KONSPIRASI YAHUDI???
wallahualam..

Hari ini 26 Mac 2011 tepat jam 8.30 malam hingga 9.30 malam,
 seluruh dunia menutup lampu beramai-ramai..
kononnya nak jaga alam...
ermmmmm...

sebenarnya pasal konspirasi Yahudi ni MO malas nak ulas banyak-banyak..
ampa semua mai klik sini,
baca dari sini..
panjang berjela entry dia..

Cuma MO nak kaitkan Earth Hour ni dengan Surah Al-Alaq
yang menceritakan mengenai peristiwa subuh dan kegelapan malam..
MO pernah sentuh mengenainya di entry ini. 

Namun apa yang MO nak sampaikan pada semua..
Mungkin ini konspirasi Yahudi..
Segala Kemungkinan..
Namun tak salah untuk kita turut serta...
bukan nak menyokong Yahudi namun untuk muhasabah diri kita sendiri..
kalau hari-hari lain sapa yang suka-suka nak duduk dalam gelap???
ada ka?? cuba habaq mai sini??
melainkan waktu tidoq la kan.
waktu tidoq, kita dah lena tak sedaq apa dah..
kita lupa kegelapan tu...
semua kita lupa...
jasad dan roh berpisah sampai la kita terjaga di kala subuh..

Tapi kalau kita amik masa sejam Earth Hour tu kita muhasabah diri kita..
kita tengok apa yang tak kena pada diri kita...
tentu kita bersyukur sangat sebab Allah masih sayangkan kita..
Bagaimana kita menilai diri kita..
bagaimana kita menunjukkan kita cintakan diri kita???
kalau kita tak menilai diri kita dengan baik,
kita tak menerima kekurangan diri kita 
maknanya kita tak bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan..

GELAP... HITAM..dan PEKAT MALAM.

Memang megundang rasa takut dalam diri..
Bila takut kita akan ingat Allah..
Mungkin ada yang telefon kawan, mak, ayah atau 
sesiapa sahaja ketika takut duduk dalam gelap sorang-sorang….
Nak dibuat teman bersembang kononnya
tapi sedarkah bahawa di dalam hati kecil kita terjerit nama ALLAH..
Bila takut baru kita rasa kita ni hanyalah insan yang kerdil..

Masa cerah ada kita pikiaq macam ni??
Kalau ada baguslah..
Kalau yang tak pernah terpikiaq macam tu macam mana pulak??
tepuk dada tanya Iman..

Setiap kejadian yang berlaku dalam dunia ni ada pro dan kontranya..
bagaimana kita menilai dan bagaimana kita menerima???
Jangan sesekali menerima sesuatu dengan bulat-bulat 
tanpa kita menapis baik dan buruk sesuatu perkara.

Takut jugak duduk dalam gelap..
Normal la tu.. 
tapi yang nak pi takut hantu tu buat apa???
yang kita kena takut hanyalah Allah bukan yang lain..

nanti kalau di alam kubur pun bukan ada lampu pun..
gelap gelita jugak..
sekadar peringatan untuk diri sendiri dan sahabat-sahabat yang MO sayang..

Jadi sama-sama berfikir sama-sama renung-renungkan...

p/s:
satu lagi penggunaan lilin dalam gelap (macam upacara kegamaan kristian ja)

sekian wassalam.

11 Pesanan:

Gen2Merah said... [Reply]

ooo mcm tu ya... tanpa kita sedari banyak benda yang brlaku di sekeliling kita rupanya adalah agenda Yahudi.. Senangnya kita lalai dan terpedaya kan...

Nadhirah-chan said... [Reply]

mungkin ade agenda yahudi . tapi kita ambik yang baik jela kan ? bukannya kite buat ape2 upacara sama macam dorang ye tak ? paling suke bab peringatan tu . kite manusia memang cepat lupa ......

Firdaus Kasim said... [Reply]

eh earth hour hari nie ke? syok2 tengok bola tadi, x sedar langsung.. haha.. saya duk sibuk sebar kempen nie tapi diri sendiri x sdr.. hehe

fRaMe+LenSeS said... [Reply]

betul. kita x sedar pn kn? ;)

Budak Botak said... [Reply]

dok dlm gelap mengingatkn kpd alam kubur...

FarAh AmiRa said... [Reply]

haisey...urm...wisau sgt dunia zmn sekarang ni..mcm2 da jd

Dawa said... [Reply]

bagus info2 kat sini. nnt nak teruskan membaca psl yahudi tu. thanks for sharing :)

Solihin Zubir said... [Reply]

sy blom pernah sokong earth hour sjak ia mula diperkenalkan..
tak pernah nk tutup lampu pon.. hehhe..
sy ingt sy ni kejam.. tak tau plak yg ia konspirasi yahudi..
wallahu'alam..

Lilyel said... [Reply]

Salam.

Saya tengah buat survey pasal blogging untuk kertas projek saya. So, kalau berkenan sudilah isi questionnaire di bawah ini. Thank you so much 

https://spreadsheets.google.com/viewform?hl=en&pli=1&formkey=dGlZbzRKVmtxWWhPOWt3c0hIdzF5T0E6MQ#gid=0

Salam,
Lily
Note: Sila abaikan jika anda bukan pelajar IPT. 

to'wan said... [Reply]

salam.. singgah membaca

andynurehanadibahrahim said... [Reply]

saya rasa. benda tu tak salah.. tak taulah. nie kan usaha untuk mendidik masyarakat agar sayangkan bumi. huhuhuh

amik yang positive lah. hehe..